Salam dan selamat sejahtera kepada anda semua dan semoga anda berada dalam keadaan sihat walafiat.
Saya masih ingat lagi kisah skim cepat kaya yang bertahun lama dulu dari sejak saya masih belasan tahun hingga kini tak pernah habis-habis wujud kat Malaysia....
Skim cepat kaya yang pertama pernah saya dengar masa masih zaman sekolah adak Pak Man Telo dan Platinum...kemudian kerajaan haramkan sebab ambik deposit wang tanpa kelulusan Bank Negara. Kemudian 3 tahun yang lalu pulak NORADZ, Jasmen dan Buluh Emas tapi semua kantoi gak walaupun ada jugak mampu meraih keuntungan yang banyak di sebabkan nasib mereka baik kerana masuk awal sebelum di serbu Bank Negara...
Dan terkini 3 bulan yang lepas tombul plak satu skim yang saya tidak berapa pasti tapi cara perjalanan sama lah cam skim cepat kaya...namun apa yang telah saya nasihatkan kepada kawan-kawan yang terjebak 3 bulan yang lalu telah terbukti semalam apabila segalanya lenyap begitu sahaja dan berputih mata lah mereka yang baru join....Ini lah yang saya namakan Skim Cepat Kaya....tapi sesal dahulu pendapatan sesal kemudian air mata darah pun akan kembalikan wang yang dah di laburkan beribu ringgit.
Jadi jangan lah anda terpengaruh untuk menjadi kaya dalam sekelip mata tanpa berusaha dan ingat serta simpan apa yang saya nak cakapkan dalam minda kelabu anda " TIADA YANG MUDAH UNTUK DAPATKAN KEKAYAAN ".....HANYA TUAH YANG MEMBAWA KEJAYAAN DI SAMPING BERUSAHA DAN TAWAKKAL KEPADA ALLAH" GAGAL DALAM PELAJARAN BUKAN BERERTI GAGAL DALAM KEHIDUPAN, SUSAH HARI INI BUKAN BERMAKNA SUSAH UNTUK ESOK, KAYA HARI INI ESOK BELUM TENTU " fikir dan renung-renungkan??????
TIP DAN PANDUAN ANDA MULAKAN BIZ PASAR MALAM DISINI PERCUMA
No comments :
Post a Comment