nuffnang1

.:)

Apr 1, 2009

Berhati-hati Dengan Kad Kredit


Jam Dinding Hasil Design Saya Sendiri, Berminat nak beli hubungi saya..diruangan komen


Salam, hari ini saya off topik kejap tentang perniagaan Pasar Malam. Apa yang saya nak bicarakan adalah berkenaan kad kredit dan cara pendedahan dalam urusan jual beli barang melalui kaedah online.

Saya ingin menasihatkan kepada anda semua bagaimana cukup mudahnya bagi individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan kad kredit yang bukannya hak milik mereka dengan membeli barang serta menggunakanya dengan sesuka hati...perkara ini mudah dan senang dilakukan...

Saya dedahkan perkara ini kerana saya sendiri telah pun terkena dan alaminya 31/3/09..saya baru menyedarinya apabila En Sunil dari bahagian "Fraud" atau security Maybank K.Lumpur menghubungi saya pada jam 10.30 malam dan cuba mengesahkan transaksi yang telah saya lakukan..transaksi berikut adalah membuat pembelian tiket kapalterbang EMS dari Malaysia ke Cebu, Filipina , transaksi pembelian barang bernilai RM1600 dan transaksi sejumlah RM8.00, semua transaksi ini berlaku antara jam 3.05 ke 3.30 petang pada 31/3/09.

Pihak Maybank mula meragui transaksi ini dan mereka pun menghubungi saya untuk pengesahan ..saya menafikan semuanya transaksi ini. Kemudian akaun kad kredit Master saya telah di blok bagi menjalankan siasatan.

Saya tidak pernah mendedahkan no kredit kad saya pada mana-mana individu tetapi hanya membuat pembelian barang malalui kaedah online dengan kredit kad.

Apa yang pihak Maybank nyatakan pada saya adalah mungkin syarikat yang saya buat pembelian barang, beli domain atau hosting, beli ebook bayar yuran atau sebagainya tidak melakukan ini semua tetapi kemungkinan ada diantara staf-staf mereka yang tidak jujur atau yang telah di berhentikan kerja yang melakukan perkara ini...

Pihak Bank akan menyiasat dan kebiasaanya mereka pasti akan dapat menangkap individu tersebut jika transaksi dilakukan dengan Laptop personal atau atas nama individu dengan kaedah mengesan IP adressed...namun yang menjadi kesulitan kiranya mereka menggunakan Cyber Cafe kerana nama individu tidak dicatatkan..

Pihak Bank telah pun menyekat( blok ) transaksi pembelian tiket untuk ke Cebu, mereka akan mendapatkan semula sejumlah wang tersebut dan akan di kreditkan semula ke akaun saya.

Apa yang ingin saya sampaikan pada anda agar berhati-hati...kerana sekiranya ada orang memperoleh kad kredit anda dan dia mengetahui no 3 angka di belakang kad.. maka dengan mudah segala transaksi akan berjaya di lakukan selagi masih ada kredit dalam kad anda...dalam kes saya nasib baik limited balance kad saya tak cukup untuk penyangak tu buat transaksi ..itu sebabnya dia kantoi...salam...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DENGAN HARGA HANYA RM30 SAHAJA SEKARANG

No comments :