nuffnang1

.:)

Jun 30, 2008

Penjualan Keropok Lekor

Salam....

Percayakah anda jika saya katakan dengan hanya menjual keropok Lekor, pendapatan sebulan boleh diperolehi antara RM3000 ke RM3500. Tentu ada yang tertanya-tanya...betul ke!

Jawapannya memang benar...sahabat saya Pak Chop sering berniaga di sebelah tapak bihunsup saya dan beliau menjana sebulan dalam jumlah yang saya sebutkan dan mungkin jumlah ini adalah lebih tinggi dari yang anda perolehi dengan pendapatan anda sekarang?

Keropok Lekor mudah didapati sekarang kerana kosnya yang murah dan mudah didapati di seluruh negeri ...rata-rata pengedar keropok Lekor sudah ada di setiap negeri dan mereka menghasilkannya sendiri tanpa perlu mendapatkan stok dari Pantai Timur..

Harga yang di perolehi antara RM100 ke RM1.50 sebatang mengikut saiz dan keuntungan anda jika anda pandai teknik memotongnya dan ia dijual dengan harga RM1.00 untuk 5 keping atau 4 keping dan cuba kira berapa keuntungan anda perolehi dengan hanya menjual sebatang sahaja...dan lebih menguntungkan sekarang ini penjual-penjual menggunakan trend baru dengan memasukkan Keropok Lekor di dalam "cup" seperti jagung..dan dijual dengan hanya RM1.00....bijak-bijak..inilah dikatakan strategi perniagaan berwawasan....


No comments :