nuffnang1

.:)

Feb 29, 2008

THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIR


THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIR
(JUTAWAN PASAR MALAM)

Salam Pengenalan!


Salam dan selamat sejahtera kepada anda yang sudi melayari blog saya yang berkisar tentang perniagaan pasar malam.

Sebenarnya saya sering terbaca tentang pelbagai perniagaan yang sering dilayari atau sering dicari oleh pelayar-pelayar di Internet dan saya mendapati rata-rata antara mereka banyak yang mencari cara membuat duit di Internet samada dari dalam atau luar Negara. Walaupun kekadangnya ia langsung pun tidak mendatangkan hasil.

Dari situlah timbul dihati saya untuk membina sebuah laman blog (senang update dan free) untuk menceritakan tentang perniagaan fizikal yang sudah pastinya menjanjikan pulangan yang lumayan dan kekal.

Ok, sekarang saya ceritakan serba sedikit tentang diri saya dan perniagaan yang telah saya bina hampir 12 tahun yang lalu dan kini telah bertapak kukuh di seluruh Seberang Perai, Pulau Pinang. Saya berasal dari Pulau Pinang dan telah merantau hampir ke seluruh tanahair baik Semenanjung mahu pun Sabah dan Sarawak . Saya juga pernah berkhidmat di Luar Negara seperti di Eropah(tentu anda tertanya-tanya> nanti kita story ok).

Bagaimana saya boleh terlibat di dalam Perniagaan Pasar Malam?>>>>> Cerita yang menarik dan sedih!

Pada penghujung tahun 1997 setelah kembali berkhidmat di Negara Balkan yang bergolak ketika era 1991 dengan pembunuhan etnik yang kejam maka bermulalah kerjaya saya sebagai seorang peniaga ( Belum di pasar malam lagi).
Pada waktu tu saya sering terfikir , bagaimana untuk mengisi masa lapang selepas balik dari waktu kerja mulai jam 0800 sehingga 1700 ( anda akan dapat meneka siapa saya hanya melihat cara saya menaip waktu jam disini).Memang boring hidup ini kalau tidak di penuhi dengan aktiviti, maksud saya aktiviti yang berfaedah bukannya melepak atau merempik.
Saya terfikir bagaimana nak buat aktiviti yang boleh mendatangkan hasil dari segi kewangan dan tak membuang masa.

Permulaannya ada kawan mencadangkan saya buat “part time” kat hotel sekitar Pulau Pinang ni sebagai “waiter dan steward”.
Ok jugak, bermain dalam fikiran saya dan saya pun mulalah kerjaya sebagai “Partimer”kat hotel Shangri-la di tengah-tengah Bandar Pulau Pinang. Pada awalnya memang menyeronokan kerana setiap hari dapat duit, walaupun tak banyak , Cuma RM24 sahaja satu malam bermula dari jam 6 petang sehingga jam 2 pagi. Tugas saya adalah sebagai “steward” nak tahu apa itu “steward” sila tanya kepada pekerja-pekerja hotel. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Mr Rasool, Mr Taibukan dan Mr Ayob serta rakan-rakan di Shangri-la hotel kerana memberi tunjuk ajar kepada saya , sekarang ni saya dengar Mr Rasool dah posting ke tempat lain dengan jawatan yang lebih tinggi> Tahniah!

Kerjaya ini saya teruskan sehingga ke Hotel Equatorial di Bukit Jambul dan disini saya adalah “waiter” ,mak oi! Kerja kat sini punya la seronok . Tiap-tiap hari ada “fungtion” dan jumpa macam-macam jenis orang yang datang samada “lunch” atau “dinner”, semuanya orang kaya beb! Kalau dapat kerja kat “coffee garden”lagi la punya syooookkk! Artis pun ada geng!
Yang paling syooooknya saya ditugaskan melayan Perdana Menteri Malaysia pada masa tu, jeng jeng jeng> Tun Dr Mahathir dan timbalannya Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Di hotel Equatorial ni saya nak ucapkan terima kasih Mr Jimmie dan Kapten Suhaimi ( Maaf Me dulu asyik bantah cakap hang).

Tapi langit tidak selalunya cerah dan mendung pun beraraklah dengan titisan hujan. Pada masa tu tahun 1997 ekonomi Malaysia merudum (Jatuh) teruk sampai kawan-kawan saya yang bekerja di kilang dengan gaji RM2-3000 semuanya bungkus. “Overtime” dah tidak ada , kilang banyak tutup. Yang beli kereta ,semuanya kena tarik atau jual semula.
Begitu juga nasib saya, tempahan di hotel semakin kurang dan”Partimer”macam saya tidak diperlukan lagi , alamak punya la sengsara jiwa masa tu. Saya dah tak tau nak buat apa lepas tu , hanya lepak kat rumah selepas balik kerja> boring boring!
Sehinggalah tiba pada suatu hari, abang saya datang ke rumah dan tanya saya “ Aree! Hang minat buat niaga ka> loghat Penang”. Dalam hati saya gelak sendiri, nak niaga apa! Wuiii malunya nak niaga kena berhadapan dengan orang.


Selang beberapa hari lepas tu di sebabkan keboringan yang teramat sangat saya pun bagitahu pada abang saya untuk berniaga macam idea beliau pernah bagitahu dahulu, tapi saya Tanya nak berniaga apa. Secara spontan abang saya jawab>”Keropok Lekor”.
Bersambung he he he> Besok jangan lupa visit lagi ok,by


Hai kawan-kawan bertemu lagi kita disini ! Hari ini Jumaat 29/2/08

Maka bermulalah perniagaan saya sebagai penjual keropok lekor di Bandar Seberang Jaya. Saya mula menjalankan perniagaan ini dengan modal lebih kurang RM100 kalau tak salah saya le, tak berapa ingat sangat, pasal dah terlalu lama.
Masa mula berniaga tu , fulamak muka punya la tebal! hanya tuhan saja yang tahu betapa malunya dan tak tahu nak letak kat mana muka ni, aik mengantuklah pula mata.
Saya sebenarnya baru balik dari memancing ikan ni kat "Gurney Drive" tadi ngan member. Hari ni ikan mogok tak nak makan umpun-umpun, maaf no saya tidur dulu>>>bizzzzzzzzzzzzzzz?

No comments :