nuffnang1

.:)

May 31, 2016

Tarikh Dan Tempat Melihat Anak Bulan Ramadan 2016

Mungkin Masih Ramai Yang Belum Tahu Di Mana Lokasi Melihat Anak Bulan Bagi Menentukan Tarikh Samada Untuk Berpuasa atau Syawal


Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa pada tahun ini ditetapkan pada petang Ahad, 5 Jun bersamaan dengan 29 Syaaban 1437 Hijrah.

Tarikh itu telah ditetapkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dan Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan rukyah dan hisab.
Cara penetapan menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab (hitungan) berpandukan kriteria imkatur rukyah ( kebolehnampakan ) seperti yang disepakati negara-negara anggota Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS).

Semua hasil rukyah hilal di 29 tempat cerapan akan dilaporkan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Jika Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerima laporan yang pertama daripada Pusat Cerapan Hilal di peringkat negeri mengenai adanya kelihatan hilal, mereka akan menyembahkan perkara itu kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  untuk perkenan baginda.

Tetapi jika sekiranya Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerima laporan dari semua negeri yang hilal tidak kelihatan, mereka akan berpandukan kepada kiraan falak yang disediakan Panel Pakar Falak JAKIM. - Sumber di petik JAKIM.

Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Rasmi Agama Islam Di Malaysia jadi segala yang berkaitan hal ehwal agama di bawah Yang di-Pertuan Agong.

Pengumuman tarikh bermulanya puasa kemudian akan diumumkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong melalui siaran TV dan radio.
Lokasi Melihat Anak Bulan
                                


Perlis

Kuala Sungai Baru Simpang Empat



Kedah

Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda

Pemandangan Indah, Pulau Langkawi

Menara Alor Setar, Alor Setar



Pulau Pinang

Pusat Falak Sheikh Tahi, Pantai Acheh


Perak

Pantai Pasir Panjang, Pengkalan Baru Daerah Manjong



Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur


Selangor

Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat

Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam













May 30, 2016

Tip Menyimpan RM500 Wang Bulanan Peniaga Pasar Malam Bujang

Tip Mudah Buat Peniaga Atau Pekerja Pasar Malam Menyimpan RM500 Sebulan Bagi Yang Bujang


Tergerak di hati saya apabila ramai sahabat peniaga pasar malam yang sering merungut tak pernah dapat simpan wang atau mengurus wang dengan cara berhemah. Tip ini saya tak mahu cerita kisah tauke-tauke besar yang mempunyai pendapatan ratusan ribu ringgit tetapi saya akan fokus kepada mereka yang mempunyai pendapatan bawah RM1350 dan masih bujang.
Ramai dikalangan kita yang tak tahu cara yang betul untuk menguruskan wang. Dengan gaji basic RM1350 dan ke bawah, Zul Ikramullah berjaya menyimpan wang serta buat sikit pelaburan dalam i-ASB.

Saya harap dengan perkongsian tentang pengurusan wang daripada Zul Ikramullah ini dapat membantu anda memulakan simpanan sendiri. Mulakan saving dari sekarang. Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!

Opsss sebelum kita teruskan, yang Zul Ikramullah itu adalah anak saya sendiri yang baru sahaja mencapai ke usia 21 tahun dan dia bekerja dengan saya sebagai pembantu jualan dengan pendapatan RM1320 sebulan yakni 22 hari sahaja kami berniaga. Tanpa perlu membayar sewa rumah menjadi satu kelebihan buat mereka yang masih bujang.

Bagaimana saya membantu Zul Ikramullah menjadikan sistem  tabungan RM500 sebulan sebagai realiti dan kaedah  pengurusan kewangan yang berkesan.

Kebiasaanya pekerja yang bekerja di pasar malam akan di bayar gaji harian antara RM50 ke RM70 sehari bergantung kepada budi bicara seseorang majikan. Kalau majikan itu memang yang baik dan tak lokek maka banyaklah gaji bakal anda terima.

Tapi yang tidak memberi kemujaraban dalam menabung adalah pendapatan yang diterima merupakan harian dan ini bermakna anda ada wang tunai setiap hari yang akan membuatkan anda tidak berdisiplin.

Dalam mengajar cara menabung yang betul dan berdisplin kepada Zul Ikramullah, dia hanya akan mengambil gajinya sebanyak RM10 saja sehari dan baki RM50 akan disimpan di dalam tabung khas yang saya sediakan. Adakah dengan RM10 sehari anda cukup untuk menyara kehidupan anda?. Nanti dahulu saya belum habis lagi membuat huraian.

Sebenarnya sebelum anda mulakan teknik ini, anda perlu sediakan wang bulanan pendapatan gaji anda bulan  lepas . Maka bulan ini anda sudah boleh bermula menabung. Jika anda bekerja 22 hari seperti Zul Ikramullah maka pendapatan bulanan adalah RM1320 . Setelah di tolak dengan pengambilan harian RM10 maka baki  yang masih dalam tabungan adalah RM1100.

Apabila genap sebulan atau pada hujung bulan 30 atau 31hb maka keluarkan wang tersebut.

Contoh Mudah Bagaimana Bertindak:

1. Gaji - Simpanan = belanja

2. Dari belanja itu tolak semua keperluan bulanan sebagai contoh bajet untuk minyak moto RM50, duit untuk mak/bapa, topup dan keperluan lain. Ada orang suka sedekah jadi terpulang kepada anda untuk bajet sendiri.

Anda perlu  punya target tiap-tiap bulan, berapa banyak ingin menyimpan dan ianya mestilah Ikut kemampuan anda. Janganlah terlampau nak berjimat dan seronok tengok banyak duit sampai ikat perut, tak perlu sampai tahap macam tu.....nanti takbur rezeki Allah pulak.
Lepas dah tolak semua tu, barulah duit digunakan utk enjoy. Selalunya, lepas dah tolak semua kat atas tu, adalah baki dalam RM 300- 400.

3. Di samping itu juga saya membuka akaun i-ASB buat Zul Ikramullah dengan simpanan wajib RM50 sebulan. Dan dalam proses untuk membuat Loan dengan ASB bagi deposit tetap pinjaman.
4. Juga insuran takaful buat Zul Ikramullah dengan minima "coverage" bak kata orang sediakan payung sebelum hujan .

★★★# Itulah serba ringkas tip dan panduan yang mampu saya jelaskan bagaimana untuk menabung RM500 sebulan.....Anda ikutlah kemampuan sendiri dan yang penting adalah disiplin diri yang tinggi.




Peralatan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW

Semoga Dengan Memperlihatkan Peralatan Rasullullah Akan Meningkat Keimanan Kita Umat Islam Insha Allah


Jam 3.04 pagi ini terdetik di hati saya untuk melihat peralatan yang pernah dan menjadi milik junjungan Nabi Muhammad SAW. Dan semoga ianya dapat meningkatkan kecintaan kita kepada Rasullullah, Sama-sama kita mengucapkan Selawat keatas Baginda. 


Serban dan Tongkat Pakaian Rasulullah SAW





Kunci Kaabah Zaman Rasulullah SAW



Mangkok Minuman Rasulullah SAW



Sandal Rasulullah SAW



Pedang Rasulullah SAW



Baju Rasulullah SAW



Busur Panah Rasulullah SAW




Tapak Kaki Rasulullah SAW




Topi Besi Rasulullah SAW




Makam Rasulullah SAW




Gigi Dan Rambut Rasulullah SAW





Pintu Emas Di Makam Rasulullah SAW






Bekas Rambut Rasulullah




Jubah Rasulullah SAW




Cop Rasulullah SAW


Ya Rasulullah Kami Amat Merindui Mu Wahai Kekasih Allah..

May 29, 2016

Bagaimana Haiwan Boleh Membantu Peniaga Pasar Malam

Khas Buat Peniaga Pasar Malam Mengetahui Samada Hujan Akan Turun Atau Tidak


Sejak kebelakangan ini hujan sudah mulai turun samada siang atau pun malam dan ada ketikanya peniaga pasar malam tidak sempat berkemas menyebabkan barang jualan habis basah kesemuanya.

Di hari minggu ini sambil bersantai saya ingin memberi sedikit tip atau petua buat ketahui bagaimana haiwan juga boleh membantu dalam cara mengetahui berlaku atau tidaknya hujan sekitar lokasi perniagaan anda. Ini bukan kisah mitos atau rekaan. Saya mencari sumber di setiap laman web atau blog yang saya rasa cukup logik dan boleh di percayai.

1. Jika burung terbang tinggi di langit, ada kemungkinan akan cerah. (tekanan udara rendah disebabkan terjadinya badai, sehingga burung merasa tidak selesa khasnya pada bahagian telinganya, dengan demikian burung akan terbang rendah untuk meringankannya.

2. Burung camar (Seagulls) cenderung berhenti terbang dan berlindung di pantai jika hujan akan datang. Burung camar menjadi sangat tenang semasa terbang sebelum hujan.

3. Lembu biasanya akan berbaring sebelum hujan. Mereka juga kebiasaanya akan berhimpit  sesama mereka jika cuaca buruk akan datang.

4. Semut membangun bukit dengan sangat curam sebelum hujan.

5. Kucing cenderung membersihkan di belakang telinganya sebelum hujan.

6. Kura-kura (Turtles) sering mencari tempat yang lebih tinggi apabila hujan lebat akan turun. Mereka biasanya sering berada di jalan selama satu hingga kedua hari sebelum terjadinya hujan.

7. Jika anda terlihat  burung bergerak cepat ini bermakna yang  hujan akan turun untuk waktu yang lama.

Selain daripada tanda-tanda di atas, anda juga boleh melihat tanda-tanda seperti di bawah:


1. Unggun Api

Asap daripada unggun api jika naik terus keatas dan apabila asap berputar-putar kemudian turun semula ke bawah ini menunjukan yang atmospera mempunyai tekanan  rendah, ini membawa maksud yang hujan akan turun di kawasan anda.

2.  Bulan

Jika bulan kelihatan  kemerahan dan terlihat agak suram kehitaman ini memberi tanda yang banyak debu diudara. Sebaliknya apabila bulan terlihat terang, ini menunjukan udara terlihat cerah, biasanya telah terjadi hujan akibat terdapat sistem tekanan rendah. Apabila disekitar bulan terdapat lingkaran cincin dan terdapat kepulan awan cirostarus ini menandakan akan berlakunya hujan dalam tempoh tiga hari lagi.