nuffnang1

.:)

May 5, 2016

Hukum Meletakkan Iklan Di Blog

Ketahui Apakah Wang Pendapatan Yang di Perolehi Dari Iklan Nuffnang, Adsense Atau Advertlet Haram Atau Halal


Semasa saya sedang mencari kaedah penggunaan baru sistem yang di sebut http dan https terjumpa saya satu artikel yang di tulis oleh seseorang yang bergelar Ustaz Noramin....artikel ini telah di tulis pada tahun 2010 dan boleh dijadikan panduan oleh anda yang masih ada perasaan ragu-ragu.
Sila baca artikel yang saya kongsikan dari blog Ustaz Noramin...dan saya sedikit pun tidak edit penulisan beliau.


Salam bahagia dan salam seislam kepada semua pengunjung blog ini, Alhamdulillah hari ini Allah telah memberikan saya kekuatan untuk menulis artikel yang berkaitan buat duit dengan iklan perklik atau iklan nuffnang, google adsense, advertlets dan banyak lagi. Tujuan saya menulis artikel ini adalah disebabkan seorang dari pengunjung blog ini bertanya hukum berkaitan iklan-iklan perklik ini.
Sebenarnya, masalah ini dinamakan kontemporari (masalah baru) yang timbul dalam dunia bisnes internet.

 Ramai orang yang menyertainya kerana bisnes ini sangat mudah untuk menjana pendapatan sampingan, ada orang pernah memperolehi pendapatan dari bisnes ini sehingga ribuan ringgit. Sebelum itu, saya tegaskan bahawa bukan saya menegakkan benda yang haram, tetapi semua kenyataan yang dicatatkan di artikel ini adalah hasil dari kajian saya melalui sumber-sumber yang boleh dijadikan hujah. Perkara yang haram adalah jelas dan perkara yang halal adalah jelas. Bagi sesiapa yang membaca dan mempunyai pendapat yang berbeza, maka lebih baik kita berdiskusi dengan baik dan jangan menggunakan bahasa-bahasa yang kurang baik. Jagalah tingkah laku sebagai seorang Islam yang dikenali dengan akhlak yang mahmudah (baik).

Terlebih dahulu saya berikan maksud iklan perklik ini dahulu untuk memudahkan penulisan atau perbahasan saya dalam artikel ini. Maksud iklan perklik ini adalah seseorang yang memiliki blog atau laman web memohon menyertai ahli di dalam bisnes iklan perklik ini dengan syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh syarikat pengeluar. Iklan yang dipohon dimasukkan ke dalam blog atau laman web dan dibayar pada setiap kali pengunjung mengklik iklan yang disediakan di blog atau laman web peserta. Banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik ini, contoh syarikat iklan perklik ini ialah nuffnang, google adsensa, advertlets, dapat wang, jutawan klik, adbrite dan banyak lagi. Ada syarikat yang menyediakan perkhidmatan secara percuma dan juga yang menyediakan perkhidmatan berbayar mengikut pakej yang disediakan.

Menurut pendapat saya, menyertai iklan perklik ini diharuskan kerana, di sini tidak terdapat penipuan dan penindasan dan ada ikatan perjanjian yang perlu dipatuhi kedua belah pihak. Sumber pendapatan yang dimiliki adalah dari hasil pekerjaan ahli yang meletakkan iklan di dalam blog dan web mereka. Timbul persoalan siapa penjual. Siapa pembeli? Jawapannya ialah penjual ialah syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik dan pembelinya ialah pemblog yang meyertainya untuk memiliki iklan perklik, bukan pengunjung sebagai pembeli, kerana pemblog yang melakukan permohonan dan menandatangani perjanjian dengan syarikat pengeluar.

Bagaimana pula syarikat yang mempunyai iklan yang diharamkan oleh Islam? Jawapannya semasa pemohon mengisi boring jenis iklan yang diingini oleh pemohon, jika pemohon menerima iklan-iklan yang diharamkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan menjadi haram dengan sebab pemohon redho (bersetuju) dengan iklan yang diharamkan Islam. Tetapi pemohon memilih iklan yang dihalalkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan adalah halal dan boleh digunakan untuk keperluan hariannya. 

Contoh iklan yang diharamkan Islam ialah arak, judi, porno dan seumpamanya. Manakala contoh iklan yang dihalalkan oleh Islam ialah iklan makanan, kesihatan, ubat-ubatan, barang-barang keperluan dan seumpamanya.




Bagaimana jika pihak syarikat membayar ahli dengan duit yang dicampur-campur dengan duit dari sumber yang haram? Jawapannya, Perlu kita fahami bahawa wang atau ‘fiat money' atau duit kertas itu tidak menjadi haram kerana sifat fizikalnya. Ia bukannya seperti najis yang boleh merebak ke bahagian lain apabila bercampur. Menjadi haram cara kita memperolehi duit tersebut bukan duit yang menjadi haram. Contohnya, seseorang itu meletakkan iklan arak atau judi di dalam blog atau webnya, maka inilah yang dinamakan haram kerana cara perolehannya tidak betul. Duit itu tidak menjadi masalah dan boleh digunakan kerana yang bertanggungjawab adalah pihak syarikat dan bukan kehendak pemohon.

Ingatan saya kepada semua, berhati-hatilah dalam bisnes ini kerana ia boleh jadi haram dengan perbuatan pemohon. Menurut pandangan Ustaz Ismail seperti berikut :

“Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram. Pernahkah anda terlihat atau terbaca di mana-mana blog, ayat-ayat yang berbunyi :

" Sila bantu saya menjana wang, sila klik pada iklan "

" Klik pada iklan bagi menjana wang untuk blog ini "

" Bantu saya dengan satu klik pada iklan "

Setiap ayat di atas mengajak kita untuk membantu penulis blog bagi menjana pendapatan untuknya melalui iklan. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat perjanjian di antara ejen pengiklan dan penulis blog di mana penulis blog tidak boleh menyuruh, menyebabkan pelawat blog mengklik pada iklan dengan sengaja seperti contoh-contoh di atas.


 Ia kerana ajakan atau suruhan tersebut menganggu atau lebih spesifik lagi tidak jujur dalam melawat iklan berkenaan. Berbeza dengan naluri atau niat pelawat blog yang tertarik pada iklan tersebut lalu menghadiahkan klik pada iklan dengan tujuan untuk melihat isi iklan berkenaan dan bukan kerana untuk menderma dengan menggunakan duit pengiklan. Justeru itu, ajakan, suruhan yang berbentuk kepada menyebabkan pengunjung mengklik kerana kasihan atau ingin membantu adalah salah sama sekali begitu juga dengan penulis jika mengklik iklan di blog sendiri dengan niat menambah bilangan klik pada iklan tersebut."

Kesimpulan dari perbahasan di atas ini, saya berpendapat bahawa iklan perklik ini diharuskan dengan hujah, bisnes ini memenuhi syarat-syarat muamalah Islam iaitu penjual (pihak syarikat), pembeli (pemohon/pengusaha/pemblog), barang (produk iklan yang dipersetujui) dan akad (akad mafhum/faham-faham). Tetapi perlu diingat jangan sesekali melanggari syarat perjanjian antara pihak syarikat iklan dan pemohon, kerana ia boleh menjadi haram sepertimana telah diperjelaskan di atas.





May 4, 2016

Pengalaman Pertama Kali Berniaga Di Pasar Malam

                                         Image result for pic aree bihunsup


Malam ni saya terkenang kembali kisah silam 18 tahun yang lalu, bagaimana saya boleh terlibat dalam perniagaan pasar malam. Sambil menonton tv cerita Maharaja Lawak 2014 bersama isteri tercinta saya teruskan menaip di komputer. Malam ini sebab telefon dah habis bateri maka terpaksa gunakan komputer. Rasanya menaip dengan komputer lebih selesa lagi.

Selepas saya kembali dari berkhidmat di Bosnia Hergovina selama 7 bulan maka kami semua kembali ke tanah air yang bertuah, Malaysia. Semua anggota terlibat di beri cuti selama seminggu tanpa rekod. Masa tu punya la boring tak tahu nak buat apa. Nemgok dalam akaun elaun Bosnia boleh tahan jugak hehehehe....otak mula la fikir nak perabih je . Nasib baik abang saya bersuara, "Awat hang tak mau berniaga", ayat yang cukup simple tapi memberi seribu pengertian.

Seminggu mula berlalu namun langsung tak terfikir untuk berniaga, masa tu kebanyakan kami anggota tentera di kem Sg Ara melakukan kerja part time sebagai "waiter" di hotel berdekatan iaitu di Bukit Jambul sebagai menambah duit poket sebab masa tu gaji anggota tentera tidaklah sehebat anggota tentera sekarang ini yang cukup tinggi.


Setiap petang jam 6 saya akan masuk bekerja di Hotel tersebut, dari jam 6 petang hinggalah jam 2 pagi. Boleh dikatakan setiap hari rutin memang macam itu sampailah satu ketika dah jemu kerja penat gaji sejam RM4 jer adusss.

Akhirnya saya pun terfikir lebih baik berniaga, cuba nasib sebab ada seorang kawan berniaga keropok lekor dan pemerhatian saya nampak kehidupanya lebih baik dari kami yang sekadar buat kerja di hotel berkenaan.

Saya pun mulakan perniagaan keropok lekor juga dan lokasi pertama adalah di Seberang Jaya berhadapan dengan Flat Jalan Tuna. Hari mula berniaga muka punya la tebal macam tong drum hahahaha....punya malu tak terkata, Allah saja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. Apatah lagi kalau ada awek awek yang lalu depan gerai pacak payung saya....depa tak rasa apa tapi saya muka dah merah padam hehehehe....ketika itu usia saya dalam lingkungan 27 tahun masih encem lagi hahahahaha.

                                               Image result for pic aree bihunsup

Lebih kurang enam bulan juga saya menjual keropok lekor di tepi jalan. Kemudian terfikir pula nak ke ceramah-ceramah politi sekitar tahu 1998 ketika itu pilihanraya bakal diadakan tapi yang ke berapa saya tak ingat sebab dah lama sangat dah. Cukup menakjubkan berniaga di pusat-pusat ceramah politik sedang diadakan. Perniagaan memang sangat menguntungkan kerana orang yang datang berpusu-pusu apatah lagi kalau pencerah di kalangan orang-orang terkenal sebagai contoh Ustaz Hj Hadi wakil PAS .

Dalam pada itu mata saya tertumpu pada beberapa khemah yang menjual bihunsup kerana setiap ruang meja penuh dengan pelanggan sampai habis ceramah tersebut. Agak lama juga saya jadi spy tanpa gaji intip perniagaan bihunsup dan akhirnya saya pun bergelar Aree Bihunsup Ex Service...setakat itu je la ending malam ...mata ngantuk plak dah....niteeee

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DAN EBOOK BAZAAR RAMADAN ANDA DISINI KERANA KAMI AKAN BERI DISKAUN KEPADA YANG CEPAT MENDAPATKANYA

May 2, 2016

Gaji Baru Prebet (PBT) ATM RM1,564 Mulai Julai 2016

Perlaksanaan Kenaikan Gaji Baru Beri Manafaat Buat Prebet ATM Sebelum ini RM1,137 Sebulan Naik Kepada RM1,564 Mulai Julai 2016.


Selaras dengan Kenaikan Gaji Perkhidmatan Tentera Yang Tertinggi Dalam Mana-Mana Perkhidmatan Maka Kini Telah Di Realisasikan....


Seramai 131,813 kakitangan awan Kementerian Pertahanan termasuk warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menerima manfaat satu kenaikan mata gaji tahunan mengikut Skim Perkhidmatan Awam Persekutuan berkuat kuasa 1 Julai ini.

Kenaikan itu dilaksanakan mengikut rasionalisasi di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM), selaras dengan usaha transformasi Perkhidmatan Awam yang diumumkan Perdana Menteri pada bajet 2016.
Bagi anggota lain-lain pangkat (LLP) ATM dan Perajurit Muda yang baru menamatkan latihan asas akan menikmati gaji permulaan Prebet (PBT) sebanyak RM1,564 berbanding RM1,137 sebulan sebelum ini.


Manakala Pegawai ATM pula, gaji Pegawai Kadet berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional bermula RM1,500 berbanding RM1,104  sebulan ( Ini untuk yang masih dalam meneruskan pelajaran dan belum bekerja sebab skim Pegawai adalah Ijazah).

Pegawai yang berpangkat Leftenant Muda (LT M) dengan kelulusan ijazah Sarjana Muda (Pelbagai Jurusan) dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang telah ditauliahkan bakal memperolehi gaji RM2,585 dan RM2,730.61, berbanding RM2,411.85 sebulan sebelum ini.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan pula bakal memperolehi gaji baharu RM2,876.67 berbanding RM2,703.37 seterusnya pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar pula bakal menikmati gaji RM3,022.13 berbanding RM2,593.94 sebulan.

Penambahan kenaikan gaji terendah baharu ini akan memberi kesan langsung terhadap penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum melibatkan kenaikan gaji tahunan antara 10 hingga 41 peratus.

Admin walaupun sudah berpencen namun tetap rasa bersyukur atas kenaikan gaji anggota angkatan tentera dan semoga kita bersyukur dalam segala pemberian yang di nikmati. Berhemah dalam perbelanjaan sebab anggota Lain Lain Pangkat bekerja tidak lama, dalam usia 40 atau 45 tahun kena berpencen wajib.


Yang bakal bersara satahun dua lagi, rancangkan persaraan anda sebaik mungkin kerana hidup selepas bersara tidak semuanya indah dan yang kental sahaja mampu bertahan...



May 1, 2016

Pasar Malam Terhebat Luar Negara

Luar Negara Juga Punya Pasar Malam Yang Hebat Jadi Tidak Perlu Negatif

Mungkin ramai di kalangan kita warga Malaysia yang masih kurang ilmu pengetahuan dunia luar dan jarang mencari kesamaan apa yang terdapat di Malaysia dan di luar negara.

Hari ini saya akan tunjukkan kepada anda pasar malam yang cukup terkenal di luar  negara tapi jangan pula di sebur dengan "nite market" sebab perkataan itu kalau enjin carian google akan salah faham kerana pengertiaan yang di fahami adalah pasar gelap. Jadi kalau untuk kefahaman perlu ditulis dengan tambahan "selling fish and vegetable".




Tujuh PASAR Malam TERKENAL Di Dunia


Pasar Malam Ratchada, Bangkok, Thailand


Setiap malam Sabtu, kawasan parking di Stesen MRT Ratchadapisek akan dipenuhi pengunjung, sama ada pelancong atau penduduk tempatan yang berkumpul di sana. Inilah salah satu pasar malam yang terkenal di dunia.
Jalan-jalan ke sana, pelancong boleh mencari jins antik, bag kulit, kamera digital, dan pelbagai perabot lain. Apa yang lebih menarik adalah pembeli dibenarkan menawar bagi mendapatkan yang harga murah.




Pasar Malam Musim Panas Richmond, Kanada

Pasar Malam Musim Panas , The Summer Night Market di Kanada menyajikan banyak hiburan untuk pengunjung, seperti pertunjukkan tarian. Pada hujung minggu, pasar yang berada di pinggir Bandar Vancouver ini dibentangkan dengan 200 surat khabar.
Walaupun anda  berada di Kanada, namun seolah-olah berada di negara lain kerana  beberapa gerai menjual aneka makanan khas China, Thailand dan Itali. Kalau anda  bijak dalam tawar menawar, anda boleh mendapatkan barangan yang dikehendaki dengan harga yang sangat murah.




Pasar Malam Chiang Mai, Thailand

Merupakan salah satu pasar malam yang paling menarik di Thailand. Pasar Malam Chiang Mai berlokasi tiga blok dari jalan Chang Klan.
Sepanjang pasar ini, pelancong boleh membeli-belah pelbagai aksesori menarik dan pastinya makanan. Yang paling menarik adalah dengan kehadiran para seniman. Mereka cukup mahir mereka dalam bidang lukisan, mereka mampu melukis wajah anda cukup mirip wajah sebenar untuk dijadikan cenderamata.




Pasar Malam Marrakech, Maroko

Pasar malam di Marrakech, Maghribi adalah syurga bagi mereka yang meminati makanan berkonsepkan roti dan makanan segera. Inilah tempat di mana anda boleh mencari pelbagai macam makanan yang lazat, seperti ayam bakar.

Bukan hanya makanan, pasar malam ini dimeriahkan lagi dengan muzik secara "live" ,  pelukis dan ahli silap mata yang bersedia membuat percutian anda menjadi lebih menarik. Pada yang meminati tatu, disinilah tempatnya. Jangan terlepas peluang  untuk mencuba tatu henna di tangan atau kaki.




Pasar Malam Suzuki, Australia

Pasar Malam Suzuki di Melbourne, Australia hanya dijalankan pada setiap malam Rabu dari bulan November hingga Februari. Peniaga di sini merupakan pendatang yang berasal dari India, Ethiopia, Belanda, Sepanyol dan Vietnam.

Berada di tempat terbuka, ada banyak gerai yang menjual pelbagai barangan menarik di sini. Selain itu, ada juga pelbagai makanan untuk dinikmati.




Pasar Malam Ningxia, Taiwan

Kalau kebanyakan pelancong mengenali Pasar Malam Shilin, Taipei di Taiwan, ada lagi pasar malam yang tidak kurang hebatnya, Ningxia namanya. Pasar malam ini ternyata sudah wujud sejak 60 tahun lalu.

Ada lebih dari 200 kedai di pasar malam ini. Kebanyakanya menjual aneka makanan istimewa Taiwan yang lazat.



Pasar Malam Barranco, Peru

Ibukota Peru, Lima juga terdapat pasar malam yang juga mempunyai ramai pengunjung dari seluruh dunia, iaitu Pasar Malam Barranco. Sesuai dengan namanya, pasar malam ini berada di Daerah Barranco. Berkunjunglah ke sana, anda akan menemui banyak cenderamata istimewa Peru, seperti syal bulu alpaca.