nuffnang1

.:)

Mar 14, 2016

Fenomena El Nino Atau Ekuinok

Malaysia di ramal alami Ekuinok Panas Berpanjangan lapor akhbar.

Kalau dibuka akhbar, fb, whataps dan apa sahaja media sosial perkara yang dibincangkan dan menjadi tajuk utama walaupun dikedai kopi adalah cuaca yang tersangat panas membahang yang dialami oleh Malaysia dan Negara-Negara Asia.

Tapi tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan istilah El Nino dan Ekuinok yang ramalan cuaca Malaysia sentiasa meramalkan dengan tidak menentu.


Maksud Atau Pengertian Ekuinoks adalah apabila matahari berada betul-betul tepat diatas garisan Khatulistiwa. Berlaku sekitar 20 Mac dan 22 September setiap tahun. Pada hari ke- 21, bulan terakhir setiap suku tahun dalam takwim suria terjadinya ekuinoks atau solstis.

Pada tarikh-tarikh inilah waktu malam dan siang sama panjangnya, manakala matahari melintasi Khatulistiwa Cakerawala pada titik serong 0 darjah.


Mar 13, 2016

Tip Dan Panduan Ketahui Copy N Paste

Ketahui Cara Dan Tips Adakah Artikel Anda Telah di Copy Paste

Entry ini terdetik dihati saya untuk mengarang bila saya terjumpa sebuah artikel yang pernah saya karang 4 tahun lalu boleh berada disebuah laman web orang lain....bila saya amati memang sebijik ayatnya macam apa yang saya karang dahulu.

Anda boleh membuat semakan samada blog atau website anda bebas dari copy paste (tiru semula) atau tidak.

Adalah amat penting untuk anda ketahui kenapa bebas dari copy paste ini amat penting pada blog atau website anda seperti ulasan dibawah:

1. Perkara utama yang amat penting sekali adalah index SEO google kerana konten yang original/asli yang mula-mula sekali akan terindex dan berada pada rangking pertama enjin carian google pada halaman pertama (front page).

2. Ada sesetengah dikalangan kita inginkan sebuah website atau blog yang telah kuat SEO yakni berada dirangking tertinggi dan sanggup membeli blog atau web tersebut dengan harga yang tinggi. Maka inilah cara terbaik untuk anda membuat semakan. Jangan membeli pada harga yang tinggi tetapi anda bakal kecewa disebabkan Copy Paste.

3. Kalau anda ada mengupah seseorang untuk menulis sesuatu artikel berkaitan produk yang anda jual secara online atau offline sudah semestinya anda mahukan sebuah artikel yang hebat dan sewajibnya Original...maka cara ini amat membantu anda..

Baiklah sekarang kita akan terus ke aplikasi-aplikasi yang telah disediakan untuk  menyemak artikel Copy Paste bagi memastikan keaslianya dan menghindarkan aktiviti Plagiarisme.

1. Copyscape.com- http://www.copyscape.com

Website yang cukup terkenal dan sering diguna pakai oleh bloger dan pengarang artikel untuk memastikan samada artikel mereka bebas Copy Paste.
Cukup mudah digunakan, anda hanya perlu masukan Url blog atau website anda sahaja untuk semakan. Juga akan dimaklumkan blog-blog atau website yang mempunyai persamaan dengan artikel anda akan ditampilkan.

Cara Tangani Tekanan Dalam Bisnes Pasar Malam

                                             Image result for sakit kepala bisa jatuh

Setiap hari perniagaan yang anda jalankan mencapai keuntungan yang maksima dan amat memberangsangkan . Setiap malam anda akan pulang dengan penuh perasaan yang gembira sambil bersiul-siul semasa memandu kenderaan dengan ditemani isteri tercinta.

Tapi tiba-tiba lokasi pasar malam yang memberi anda keuntungan yang tinggi menjunam sehingga adakalanya anda alami kerugian, lokasi inilah yang anda harap-harapkan mencapai keuntungan yang berlipat kali ganda dan tinggi . Sudah hampir 3 bulan lokasi ini yang anda sentiasa ternanti-nantikan bila tiba harinya. Namun kini bila tiba pada hari yang pernah anda nantikan dahulu menjadikan diri anda kurang gembira, kurang ceria dan malas untuk membicarakanya seperti dahulu dengan rakan-rakan.

Kenapa berlakunya kejatuhan yang ketara pada perniagaan anda dilokasi yang dulunya tersangat hebat. Adakah hanya anda seorang sahaja mengalaminya atau rakan-rakan yang lain juga begitu. Tentunya pelbagai pemikiran negatif bermain di minda anda...

Jom kita kupaskan isu ini, sama-sama kita cari penyelesaian yang terbaik agar stress yang kita alami akan hilang atau sedikit berkurangan....

EBOOK PANDUAN LENGKAP ATASI MASALAH KEJATUHAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA DISINI

Mar 11, 2016

Kebab Paling Laris Di Pasar Malam Taman Pauh

Bang Chik Kebab The Maverlous N Delicious

Kebab yang menjadi idaman dan pujaan setiap lapisan masyarakat tak kira tua atau muda dan sudah pastinya The Marverlous and Delicious Kebab Bang Chik Aka Mat Nip.

Pernahkah anda berkunjung ke mana-mana pasar malam dilokasi tempat tinggal anda. Apa jenis makanan yang anda cari dan pernahkah anda beli dan makan Kebab yang menjadi makanan kegemaran anda sejak dahulu lagi. Adakah kebab yang anda makan itu memang sedap atau terliur melihatnya sahaja tapi bila masuk ke mulut mmmmmm anda sahaja hang mampu memberi ulasan.

Tetapi saya cadangkan anda berkunjung ke pasar malam Taman Pauh, hadapan Politeknik S.Perai dan anda boleh nikmati kebab paling hangat di Pulau Pinang. Kebab yang sentiasa dinantikan oleh setiap pelajar Uitm dan Politeknik setiap mendatangnya hari sabtu saban minggu.


Lihat saja gambar diatas betapa menyelerakan persediaan daging dan ayam sebelum diletak bersama roti untuk dibakar atas kuali besar. Sukar didapati di mana-mana pasar malam . Mungkin sama tapi tak serupa. Letak dimulut pasti kehangatan akan terasa, bibir terasa kelu dan hati berkata-kata tak dapat digambarkan kenikmatan yang teramat sangat.


Bang Chik Kebab atau Mat Anip pengusaha kebab yang berjiwa kental, mempunyai motivasi tinggi dalam perniagaan. Anak muda yang merupakan penyokong tegar bolasepak Pulau Pinang ini cukup ramah dan baik hati. Dihormati pelanggan dan amat disenangi kawan-kawan.