nuffnang1

.:)

Oct 19, 2015

Nasihat Buat Peniaga Kaki Lima

Beberapa nasihat untuk mereka yang nak berniaga di kali lima

1. buat je, " orang yang tahu dengan orang yang tak tahu bezanya sikit je. yang paling penting buat je. ".

2. Jangan terlalu berharap besar, nanti kecewa besar.

3. Jangan takut, rezeki masaing-masing.

4. Keyakinan diri dan kesabaran menguji ketabahan.

5. Jangan harapkan sempati orang lain, apa yang nak dimalukan kita berusaha menjual.

6. Peniaga kaki lima, mengajar sebenar anda menjadi peniaga sejati. Jatuh bangun dalam bisnes saya mesti teruskan dalam berbisnes.

7. Asas utama berniaga adalah menjual.

8. Rezeki dari Allah, mohon dari Allah.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA SELAGI STOK MASIH ADA

Nasihat Dari Tun Mahathir Mohammad Untuk Berjaya

1. Melayu perlu belajar dari bawah. Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan. Bukan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu membuka retsoran, bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja membuat air, tukang masak, pelayan dan sebagainya. Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.


                                         Image result for pic wajah tun m

2. Modal efektif. Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan. Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000. RM100,000 untuk bisnes.. bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan. Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000.

3. Berusaha bersungguh-sungguh. Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu. Usaha berterusan sama ada dalam promosi, pemasaran, produk dan sebagainya. Tanpa usaha keras, kejayaan tidak akan datang.

4. Bersabar dalam tempoh lama. Melayu perlu belajar bersabar kerana bisnes perlukan masa yang panjang. Dr Mahathir berkata “Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung…”.Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya, bukan sekelip mata.

5. Mengenai jenis perniagaan. Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik. Jika buka restoran, tahu apa jenis masakan, cara promosi, cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6. Rajin meninjau bisnes. Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk, pekerja dan segalanya. Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7. Manfaatkan teknologi. Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden, internet dan sebagainya. Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8. Sentiasa tambahkan aset. Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah, rumah kedai, emas dan sebagainya kerana harganya akan meningkat. Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

9. Belajar dengan bangsa lain. Melayu perlu belajar dengan bangsa lain. Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes, Melayu perlu belajar dengan mereka. Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

10. Ikhlas dalam perniagaan. Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes, bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11. Menolak mitos. Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos. Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih. Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara. Beliau menyindir “Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu, buatlah!”

12. Mengamalkan peribadi mulia. Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin, amanah, tidak menipu dan sebagainya. Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya. Manusia yang menipu dan tidak amanah, kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13. Menjauhkan sifat keji. Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong, mungkir janji, tidak amanah, menjual harga terlampau tinggi, hasad dengki, menjatuhkan bisnes orang lain dan sebagainya. Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

14. Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan. Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai. Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15. Mempunyai network. Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya.

16. Membayar hutang dengan baik. Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul. Hutang wajib dibayar walaupun satu sen. Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman. Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri, namun menyusahkan pihak lain. “Jangan jadi puak kecil.. tunggu di luar bandar. Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai”

Sekian.. Sungguh dalam nasihat beliau buat kita.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA

Sistem Kewangan Dan Perbelanjaan Individu

Salam dan selamat sejahtera buat pembaca blog ini, maaf kerana hampir 2 bulan tiada sebarang update di blog ini. Masa tidak mengizinkan untuk saya menulis diruangan ini ...



Minggu lepas semasa hujan sedang turun kebanyakan kami peniaga pasar malam lebih banyak duduk sembang sembang dan berborak kosong.

Dalam borak punya borak seorang sahabat telah membawa topik dari segi mampu milik kenderaan, pakaian dan perbelanjaan peniaga pasar malam sendiri. Kami mula berbicara kehebatan dikalangan kami sendiri. Ada yang punya rumah yang berharga sehingga RM200K, ada yang punya kereta hingga RM170K dan ada yang suka membeli pakaian yang berjenama....

Maka kami pun membandingkan antara soraang dengan lain dari segi kemampuan...
Lastly ada seorang dikalangan kami terus berkata, " setiap orang tidak sama dari segi perbelanjaan"..
ada yang punya wang tapi disimpan dibank ...sayang nak keluarkan.

Ada pula yang suka membeli harta sebagai invesment, ada pula yang suka pakaian berjenama dan ada yang suka berkereta besar dan berjenama, apa apa pun semua terpulang kepada individu tersebut untuk menyusun kehiduapanya sendiri...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA SELAGI ADA STOK

Jul 10, 2015

Persaingan Sihat Di Uptown Bandar Baru Perda

Dalam dunia perniagaan masing masing cuba mencari keuntungan sebanyak mungkin dibualan Ramadan yang mulia ini...namun cara persaingan perlu lah sihat dan bukanya dengan cara potong "line" kawan kita.

                                       Image result for pic aree bihunsup

Dalam banyak banyak perkara yang kita lakukan, perkara yang paling sukar adalah menegur kawan kita kerana kekadang bila kita cakap mudah sangat tersentap walhal beliau yang bersalah. Inilah sedikit sebanyak asam garam dalam dunia perniagaan di bazaar ramadan dan uptown.


                                       Image result for pic aree bihunsup

Berniaga hanya dalam tempoh satu bulan sahaja dan nak berkawan pun dalam satu bulan sahaja dan nak cari musuh pun dalam satu bulan sahaja. Maka fikirlah secara rasional dan logik akal apa yang kita lakukan. Saya tidak ingin mendedahkan siapa dan mengapa serta bagaimana ianya berlaku. Cukuplah sekadar bahasa kiasan.


                                       Image result for pic aree bihunsup
Memang betul rezeki Allah yang bagi tapi kalau cara persaingan yang kurang sihat, balasan Allah nanti jangan disalahkan mana-mana individu yang dirasakan terbabit..

                                     . Image result for pic aree bihunsup

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA SGERA DISINI