nuffnang1

.:)

Mar 19, 2015

AMARAN KEPADA PEMBELI EBOOK PASAR MALAM - THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIRE

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua dan semoga anda sihat sejahtera...bagaimana dengan perniagaan pasar malam sahabat sahabat sekalian. Saya doakan agar perniagaan saudara semua semakin maju dan kehidupan saudara semua semakin bermakna dengan limpahan rezeki yang banyak.




Tujuan entry ini saya tulis adalah untuk memberi pahaman dan situasi sebenar kepada para pembeli yang telah membayar wang dan gagal mengisi borang pengesahan. Adakala dan ketikanya Borang Pengesahan Pembayaran gagal berfungsi, saya sendiri pun tidak mengetahui puncanya yang sebenar.

Ini tidak bermakna yang setiap orang boleh mengisi borang pengesahan tanpa membuat sebarang pembayaran kerana saya dapat menyemak jumlah wang yang masuk, masa dan tarikh sebenar. Penipuan adalah haram disisi Agama Islam.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

TIP SETELAH PEMBELIAN DIBUAT DAN GAGAL MENGISI BORANG PENGESAHAN

1.  Setelah anda bank ini wang ke akaun Maybank saya...terus sahaja message atau whataps saya di talian 013-4704110 (Zulkarnai atau Aree).

2.  Nyatakan jumlah wang yang dimasukkan samada online/ cash deposit / Giro transfer.

3.  Masa dan Tarikh Bank In.

Nota : 

KAEDAH INI DIGUNAKAN SEKIRANYA BORANG PENGESAHAN GAGAL BERFUNGSI.

Di harap dengan adanya penerangan ini maka tidak akan timbul sebarang masalah lagi dan semoga memudahkan tuan tuan memperolehi ebook tuan tuan...sekian terima kasih.




Mar 6, 2015

Masa Untuk Peniaga Pasar Malam Buat Duit

Biarlah orang lain merungut cuaca sekarang panas terik sehingga mencecah 39 darjah namun bagi kita peniaga pasar malam , musim inilah rezeki kita akan melimpah ruah.
                                 
                                       


Tambahan pulak bagi mereka yang berniaga air berkonsepkan balang yang sudah pastinya kandungan ais mencecah sehingga belasan bag setiap hari, syukur alhamdullilah kehadrat Allah ...Inilah masa yang terbaik bagi kita melonjakkan jumlah perniagaan.

Tentu saudara sekalian masih ingat lagi tahun lepas , bermulanya September 2014 hujan turun mencurah curah setiap hari sehingga ke Disember dan kita menjangkakan ianya akan tamat namun Allah lebih mengetahui apabila hujan berterusan sehingga ke akhir Januari 2015. Dan terlebih kita simpati lagi kepada kawan kawan yang di sebelah pantai timur yang mengalami banjir luar biasa mengakibatkan mereka kehilangan harta benda yang cukup banyak disamping tidak dapat menjalankan sebarang aktiviti perniagaan.

Bersyukulah kita yang berada di zon Utara yang masih mampu menjalankan aktiviti perniagaan seperti biasa walaupun hujan mencurah namun perniagaan masih menguntungkan. Maka rebutlah peluang sekarang ini dikala Allah mengurniakan cuaca yang panas ini...Allah tidak pernah menzalimi umatnya, Allah maha adil apabila dalam setahun di bahagikannya sama rata musim panas dan lembab.

Bagi peniaga peniaga yang masih baru dan ingin memulakan perniagaan pasar malam, inilah masa yang terbaik untuk anda teruskan niat dan cita cita anda bergelar seorang usahawan pasar malam. Mulakan langkah kanan anda sekarang dan nikmati pendapatan sehingga belasan ribu ringgit sebulan hanya di pasar malam, jangan lagi menoleh ke belakang dan terus mara kehadapan, insyallah anda mampu lakukanya dan saya yakin anda pasti berjaya...

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA

Feb 9, 2015

Gaji Pekerja Pasar Malam

Semasa saya sedang menjamu selera petang semalam di sebuah kedai makan dalam kawasan Penaga, Kepala Batas. Terdengar perbualan tauke kedai makan tersebut bercerita tentang pekerja beliau.

Macam macam yang beliau ceritakan kepada sahabatnya tentang perangai pekerjanya yang telah beliau berhentikan.


                                     


Apa yang menarik adalah soal gaji yang beliau pertikaikan kerana beliau telah membayar gaji pekerjanya sebanyak RM30 sehari, bekerja dari jam 7 hingga 12 malam. Saya dan isteri tersenyum mendengar jumlah gaji yang di bayar...banyak sangat ke RM30 tu..kenapa kedekut sangat...

Kami peniaga pasar malam membayar gaji jauh lebih tinggi dari nilai yang dibayar pekedai tersebut..saya sendiri membayar gaji pekerja saya paling kurang RM40 itu untuk yang membasuh pinggan. Yang lain lain RM50 dan RM60. Pekerja saya bekerja dari jam 3.30 petang sehingga jam 10 malam.

Kenapa kita sebagai seorang tauke tersangat kedekut dengan pekerja yang berpenat lelah memberi rezeki kepada kita, Disebabkan kita lah maka semua pekerja akan cabut lari, jangan salahkan mereka andainya mereka berpindah ke sektor perkilangan yang menjanjikan pendapatan jauh lebih lumayan.


Pekerja juga ingin mencari pendapatan yang lumayan, mereka juga punyai tanggungan yang perlu di beri makan dan pakai serta wang saku untuk anak anak. Bersikap adillah terhadap mereka. Allah akan melipat gandakan keuntungan kita sebagai seorang majikan yang baik dan bertimbang rasa.

Tidak perlulah kita terlampau mandambakan keuntungan yang banyak dengan memerah keringat pekerja pekerja dan ingatlah yang kita beragama Islam kerana segala amal perbuatan akan dihisab diakhirat kelak yakni amal baik dan jahat...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM UNTUK MENJANA PENDAPAT LUMAYAN

Jan 28, 2015

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia

Tajuk hari ini memang agak menarik dan mungkin ada dikalangan mereka yang berminat untuk berkhidmat didalam Tentera Udara akan terjumpa blog ini semasa sedang browse Google.

Tujuan saya mengambil entry berkaitan Tentera Udara adalah kerana pengambilan baru akan diadakan pada 4 dan 5 Mac 2015 di Pangkalan Udara Butterworth . Sebabnya adalah kerana anak saya sendiri telah menyuarakan hasratnya untuk menyertai pemilihan terbuka nanti kerana ramai kawan kawan yang ingin menyertainya.

Disinilah bermulanya kerjaya saya didalam ATM selama 22 tahun dan mula berpencen pada tahun 2008 dan pasukan akhir saya adalah TUDM Butterworth. Mungkin anak saya berminat disebabkan pernah melihat bapa menyarung Uniform tentera. Namun apa yang di lihat tidak seindah apa yang pernah saya lalui.

Saya cuba meyakinkan anak saya agar meneruskan perniagaan pasar malam yang telah saya usahakan selama 17 tahun dan cuba meyakinkan yang pendapatan hasil pasar malam jauh lebih lumayan dari pendapatan seorang anggota tentera kerana saya sendiri telah alaminya.

Saya cuba meyakinkan anak saya juga, kalau kita tiada perniagaan sudah pastinya saya membenarkan beliau berkhidmat dengan tentera, tetapi disebabkan perniagaan telah kita ada maka sebaiknya teruskan perniagaan yang menguntungkan ini. Memanglah kalau orang dengar niaga di pasar malam langsung tidak glamour tapi dari segi pendapatan jauh lebih glamour ......cumanya dengan berniaga kita kena pandai menyimpan wang dan bijak menguruskan perniagaan sebaik mungkin..

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM SEGERA DISINI