Selamat menyambut hari Kemerdekaan yang ke 56 tahun buat seluruh Warga Malaysia dalam dan luar Negara. Sama-sama kita mengibarkan jalur gemilang, bendera kebanggaan kita dan simbol perpaduan seluruh rakyat Malaysia.
Petang tadi saya berkesempatan singgah di Alma semasa membeli barang . Saya singgah sebentar di warung menjual nasi lemak dan teh tarik. Lapik perut sementara menunggu hari malam, saya makan nasi lemak 2 bungkus dan teh tarik.
Apa yang menarik perhatian saya adalah sikap majmuk masyarakat Malaysia pelbagai kaum yang singgah makan dan minum disitu yang terdiri dari Melayu, Cina, India dan lain-lain etnik. Sesuatu yang amat boleh di banggakan kerana semua kaum boleh duduk dibawah satu bumbung sambil menikmati makanan petang yang tidak mungkin dapat dilihat di negara lain.
Perpaduan kaum beginilah yang kita ingini demi keharmonian Malaysia dan semoga kita akan kekal aman selamanya, insyallah.....
Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Buat Semua.. " MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAH KU"////
DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM UNTUK EKONOMI ANDA
Saya Askar Pencen Akan Bantu Anda Hingga Berjaya di Pasar Malam Dan Sebagai Jutawan SimKad Tone WoW.Jana Pendapatan PASIF Hingga Pencen
nuffnang1
Aug 30, 2013
Aug 26, 2013
PENGERTIAN SIMBOL PADA BENDERA MALAYSIA

BENDERA MALAYSIA
Bendera dan lagu kebangsaan ialah lambang kebesarn sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia mempunyai bendera dan lagu kebangsaannya sendiri.
Bendera Malaysia mengangdungi 14 jalur merah dan putih. Jalur merah dan putih ini membawa maksud 13 buah negeri di Malaysia dan sebuah kerajaan Persekutuan.
Bendera Malaysia mempunyai empat warna, iaitu merah, putih, kuning dan biru. Warna biru tandanya perpaduan. Warna kuning ialah warna diraja. Bulan sabit lambang agama Islam negara ini. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan.
MENGHORMATI BENDERA MALAYSIA
- JANGAN LETAK BENDERA DI ATAS TANAH.
- JANGAN BIARKAN BENDERA MELERET KE TANAH SEWAkTU MENURUNKANNYA.
- JIKA BENDERA DIKIBARKAN SEPARUH TIANG, NAIKKAN DAN BAWA IA MASUK PADA WAKTU PETANG.
- JIKA HENDAK MENGIBARKAN BENDERA SEPARUH TIANG, NAIKKAN DAHULU SEPENUH TIANG, KEMUDIAN BARULAH TURUNKAN.
- JANGAN GUNAKAN BENDERA SEBAGAI ALAS MEJA ATAU PENUTUP SESUATU BENDA, KECUALI SEBAGAI TANDA PENGHORMATAN. MISALNYA UNTUK MENUTUP KERANDA.
- TALI BENDERA HENDAKLAH SENTIASA DIPERIKSA. PASTIKANIA TEGUH DAN TIDAK MUDAH PUTUS.
PULAU PINANG PULAU MUTIARA
BENDERA NEGERI PULAU PINANG
Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih pula
membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai. Warna kuning melambangkan
kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.
Jalur Gemilang - Patriotik Rakyat Malaysia Terlampau Kurang
Minggu lepas saya menjalankan "survey" ke Pulau Pinang bermula dari turunnya Jambatan Pulau Pinang sehingga ke Bandar sekitar "Penang Road: terus menuju ke Tanjung Tokong, melalui "Gurney Drive" serta ke Padang Kota Lama.
Bendera Malaysia hanya di pasang pada bangunan kerajaan sahaja sahaja dan boleh di kira dengan jari pada premis-premis swasta dan individu.
Hari ini saya bersiar sekitar bandar Bukit Mertajam melalui simpang empat terus bukit minyak, melalui Alma serta berpatah balik melalui jalan Kampung Baru... begitu juga suasana yang sama dapat saya perhatikan betapa kurangnya pemasangan bendera Malaysia malah ada sekolah -sekolah tidak memasang bendera dan saya mengucapkan tahniah kepada beberapa buah SJKC yang penuh dengan bendera Malaysia dan berbeza dengan Sekolah Menengah Kebangsaan di sekitar BM yang langsung tidak memasang Bendera Malaysia .
Mungkin selepas membaca blog ini Pengetua Sekolah tersebut pasti akan memasang bendera Malaysia dengan segera takut hujung tahun tidak tercalon pengetua cemerlang huhuhu...
Perlukah kita menunggu pemberian percuma dari kerajaan untuk membeli sehelai Jalur Gemilang yang hanya berharga sekitar RM4.90 atau paling mahal RM5.70 mengikut kedai-kedai yang menjual dengan ukuran 3 X 6 kaki.
Rasanya sedikit pun tidak memberi impak pada wang saku kita kerana RM500 dan RM250 pemberian BR1M telah di terima justeru itu tidak perlulah kita pertikaikan dan menanti segalanya dengan percuma sahaja. Kenapa kita tidak boleh mencontohi negara jiran seperti Thailand dan Indonesia yang mempunyai semangat Patriot yang terlalu tinggi, adakah kita merasa cukup selesa dan berada di ambang kesenangan yang terlau mudah kita perolehi. Berbeza dengan Indonesia yang menumpahkan darah demi kemerdekaan.
Begitu juga dengan di rumah-rumah sekitar Taman Perumahan yang boleh dikira jika terdapat 100 rumah yang memasangnya hanya 1 atau 2 rumah sahaja itu pun di kalangan bekas pesara tentera yang pernah terlibat dengan perjuangan menentang Komunis kerana semangat mereka tetap kental walaupun sudah bersara.
Perlukah Kerajaan mewajibkan setiap premis memasang bendera kalau gagal didenda??? adalah kita mahu begitu??? tepuk dada tanya selera....
Mungkin akan kedengaran ayat-ayat "Clisye" mengatakan " kami punya semangat patriotik yang cukup tinggi, tak perlu pasang bendera untuk menunjuk-nunjuk."//////saya dah pun dengar ayat begitu....malas nak layan...
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM SEBAGAI PANDUAN MEMULAKAN PASAR MALAM

Aug 23, 2013
Pasar Malam Penanti - Mengkuang Titi
Pasar Malam Penanti atau lebih tepat lagi terletak di Lokasi Mengkuang Titi merupakan sebuah pasar malam yang telah diasaskan sejak 20 tahun yang lalu dan dikhabarkan sebelum siapnya lebuh raya kehadiran pengunjung memang cukup ramai, termasuk juga peniaga mencecah hampir 200 gerai .
Pengalaman seorang peniaga yang telah berumur hampir 55 tahun menceritakan pengalaman beliau kepada saya. Kemudian setelah projek Lebuhraya sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan pasar malam di kawasan ini.
Saya mula berniaga disini sejak 13 tahun yang lalu dan merasai pelbagai susah dan senang bertahan disini. Pengamatan saya sekarang memang pada mula dulu perniagaan kurang memberangsangkan. Namun setelah kehadiran pekerja-pekerja luar dari Myamar, Vietnam dan Bangladesh sedikit sebanyak telah melonjakkan rentak perniagaan disini.
Jangan terkejut kalau sup adalah menjadi makanan "favorite" bagi warga Bangladesh dan Warga Nepal. Mereka pandai bertutur didalam Bahasa Melayu dan setiap kali datangnya hari ahad mereka pasti tidak melepaskan peluang menikmati "SUP" kerana di negara mereka juga terdapat "SUP" yang seumpamanya, namun mereka tidak makan bihun atau koay teow.
Dengan wujudnya taman perumahan di persekitaran pasar malam ini maka telah membantu dari segi ekonomi untuk peniaga pasar malam Mengkuang Titi menambah pendapatan dan meningkatkan jualan.
Mungkin juga ada dikalangan penduduk kawasan persekitaran yang tidak pernah berkunjung ke Pasar Malam ini. Merupakan satu kerugian kepada anda jika anda tidak pernah berkunjung kerana anda terlepas peluang menikmati makanan yang cukup enak jika di bandingkan dengan kedai makan yang dan disamping harga yang cukup murah dan layanan yang teristimewa.
Jangan lupa lapangkan masa anda pada hari ahad ini untuk berkunjung ke pasar malam Mengkuang Titi untuk menikmati pengalaman yang tak mungkin anda lupakan dan jangan terlepas peluang berkunjung ke Gerai " AREE BIHUNSUP EX-SERVICE " ..
ANDA INGIN BERNIAGA DI PASAR MALAM NAMUN TIADA PENGALAMAN, KINI ANDA BOLEH DAPATKAN EBOOK PANDUAN YANG PENUH INFORMASI DISINI SEKARANG

| SUP GEAR BOX |

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)