nuffnang1

.:)

Dec 30, 2012

Doa Mustajab Pasar Malam




Salam dan selamat sejahtera, semoga anda sihat walafiat hendaknya..pastinya semua yang berada di Negeri Pulau Pinang gembira disebabkan hampir satu minggu hujan tidak turun. Apa yang penting kita bersyukur dengan apa yang Allah telah limpahkan kepada kita.

Namun apa yang ingin kita bicarakan pada hari ini merupakan satu amalan yang bagaimana anda lakukan untuk melariskan jualan anda, di harap anda tidak menggunakan benda-benda tahyul yang khurafat.

Sebagai umat Islam senjata yang paling hebat dan paling kuat merupakan doa, namun bagaimana anda melakukan dan menggunakan doa-doa tertentu dalam penyediaan makanan yang anda sediakan.

Berdoa tidak semestinya di dalam bahasa Arab sahaja , doa juga boleh menggunakan bahasa ibunda masing-masing kerana Allah tidak memandang bahasa pertuturan atau kulit atau bangsa , yang menjadikan manusia itu hebat adalah amal ibadatnya justeru itu jangan lah anda risau sekiranya anda tidak mampu berdoa didalam bahasa Arab yang mungkin menyebabkan anda malas untuk berdoa.


Doa merupakan sesuatu yang kita pohon kepada Allah yang maha esa meminta pelbagai perkara yang kita ingini dan sebagai seorang peniaga sudah pastinya, kita ingin memohon agar perniagaan kita berjalan dengan lancar serta laris dan rezeki yang kita perolehi melimpah ruah saban hari.

Tetapi bagaimana cara anda aspirasikan cara berdoa tersebut dan bila perlu anda mulakan dan bagaimana keadaan diri anda semasa berdoa. Berdoa tidak semestinya semasa berada di atas tikar sembahyang ( sejadah ) sahaja, berdoa boleh di lakukan sebilang masa samada duduk, berdiri atau apa sahaja.

Anda juga perlu beradab semasa berdoa namun tidak perlu terlalu formal, jangan salah ertikan formal itu. Sebaiknya jika anda telah melakukan hubungan intim seeloknya anda mandi hadas dahulu sebelum memasak kerana kurang elok memasak untuk di makan dalam keadaan berhadas besar dan inilah yang di katakan keberkatan.

Di sini saya akan dedahkan cara-cara berdoa untuk perkongsian buat kawan-kawan yang masih dalam keadaan was-was doa yang sepatutnya dituturkan. Doa ini telah saya amalkan sejak 14 tahun yang lalu sehinggalah sekarang ini tanpa ada perasaan jemu jemu. Saya selalu mulai berdoa semasa permulaan melakukan tugas-tugas memasak seawal pagi.

>>>>>  BISMILILAHIRRAHMARNIRRAHIM , YA ALLAH YA TUHANKAN, ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENGAMPUN, ALLAH YANG MAHA MENDENGAR , ALLAH YANG MAHA MEMBERI, AKU POHON PADA MU YA ALLAH, KAU BERKATILAH HIDUP KU PADA HARI INI, ANDAINYA REZEKI KU DI LANGIT KAU TURUNKAN LAH, ANDAINYA REZEKI KU DI BUMI ENGKAU NAIKANKAN LAH, LARISKAN JUALAN BIHUNSUP, TARIK LAH MINAT ORANG RAMAI MEMBELI BIHUNSUP KU SEHINGGA JUALAN AKU MENCECAH RM1500 MALAM INI, LIMPAH RUAHKAN LAH AKU DENGAN WANG RINGGIT DAN KEBAHGIAAN RUMAHTANGGA BERSAMA ISTERI KU SITI AISHAH BINTI SAFEE MUHAMMAD. AMIN AMIN YA RABBALALAMINN  <<<<<<<<<

Itu lah doa yang sentiasa saya amalkan dari dahulu sehingga sekarang, anda tidak perlu mengikut doa seperti saya tetapi anda boleh cipta sendiri bagaimana cara untuk anda memohon dari Allah....

Masih ada lagi doa semasa memasak yang saya amalkan...dan saya akan dedahkan pada posting akan datang...salam

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM YANG PENUH MAKLUMAT TERKINI DISINI

Dec 28, 2012

Etika Peniaga Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera buat semua teman-teman seperjuangan dan tak lupa juga buat peminat blog pasar malam. Dalam mengharungi liku-liku kehidupan sebagai peniaga pasar malam pastinya pelbagai kenangan pahit dan manis yang telah sama-sama kita rasai.



Posting kali ini mungkin memuatkan anda tertanya-tanya, " Aikkk pasar malam pun kena ada etika ke? " namun sebagai seorang manusia kita perlu ada etika yang telah ditetapkan tak kira apa sahaja bidang dan jurusan yang kita ceburi dalam hidup ini untuk mencari nafkah dan lebih tepat lagi segalanya mempunyai undang-undang dan peraturanya.

Etika yang saya maksudkan bukanlah undang-undang yang telah di kuatkuasakan oleh pihak berwajib seperti etika seorang Pegawai Perubatan dan bidang yang sama dengannya, iaitu menyimpan rahsia pesakit dan segala fail dan folder tidak boleh di dedahkan sama sekali.

Begitu juga dengan peniaga pasar malam yang segintirnya gemar berbicara atau bercerita soal-soal peribadi yang mengaibkan seseorang samada sedar atau tidak. Perkara ini benar-benar berlaku dan saya sedar umpat-mengumpat berlaku di mana-mana sahaja dalam dunia ini tanpa dapat di bendung  atau di sekat sebab mulut tempayan boleh ditutp tetapi mulut manusia nak tutup macam mana????

Kisah-kisah peribadi kawan-kawan yang berniaga di pasar malam tidak perlu di hebahkan atau disebarkan keseluruh pasar malam kerana ini sudah tentu mengundang rasa tidak puas hati dan boleh mendatangkan aib, tidak perlu saya perincikan satu persatu perkara yang saya maksudkan, anda bijak memikirkannya sendiri.

Kekadang mereka-mereka yang selalu suka mengaibkan orang tidak sedar yang mereka juga tidak sehebat orang yang telah mereka ceritakan , namun mereka terpaksa menceritakan kisah orang lain bagi menutup tembelang mereka sendiri. Ingatlah yang rezeki kita cari menuntut keikhlasan dan hati yang mulia dan pastinya rezeki yang di perolehi juga berkat.

Fikir-fikir dan renung-renungkan.....eloklah cermin diri sendiri daripada mencerminkan orang lain.

EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM NO SATU DI MALAYSIA DISINI, DAPATKAN SEGERA

Dec 24, 2012

Amaran Hujan Negeri-Negeri Semenanjung

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, sejak kebelakangan ini cuaca nampaknya semakin hari menampakkan semakin lembab dan hujan masih berterusan . Saya yakin ramai di kalangan kita peniaga pasar malam kurang gemar dengan situasi ini kerana pada jangkaan kita masuk Disember pastinya hujan akan mulai reda namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Jika di bandingkan dengan tahun 2011 yang lalu pada Disember tiada langsung hujan dan kemarau melanda negara kita, namun pada tahun ini hujan di jangka akan berterusan kerana cuma tinggal beberapa hari saja lagi kita akan melangkah ke tahun 2013 namun kepastian tentang samada hujan akan berterusan atau tidak tiada siapa yang pasti . Ramalan cuaca hanyalah sekadar ramalan yang kadang kalanya tepat dan ada masanya langsung tidak tepat.

Namun kita sebagai peniaga pasar malam yang mencari sesuap nasi dengan berniaga di pasar malam seharusnya mencari sesuatu alternatif bagi meneruskan perniagaan ini walaupun di kala cuaca yang buruk. TV 3 sebentar tadi telah pun mengeluarkan amaran berjaga-jaga bagi negeri-negeri Pantai Timur berkenaan hujan lebat yang bakal melanda negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Di bawah menunjukan Ramalan Cuaca Bagi Negeri Pulau Pinang yang di petik dari Jabatan Metereologi Negeri Pulau Pinang.



DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM UNTUK MENAMBAH ILMU MENJANA PENDAPATAN PASAR MALAM

Dec 23, 2012

7 Perkara Teras Untuk Pesara Tentera - Pasar Malam



Berita gembira buat pesara tentera yang ingin menjalankan perniagaan atau untuk meningkatkan taraf ekonomi masing-masing sebagaimana yang telah diumumkan oleh PM baru-baru ini. Namun begitu perkara peling penting adalah usaha dan kesungguhan individu itu sendiri untuk memajukan diri dan taraf kehidupan. Segalanya telah di berikan dan kita sendiri yang akan mencorakkan masa depan kita.

KUALA KANGSAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan tujuh inisiatif teras bagi memperkasakan bekas tentera melalui Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia (1MVRP).


Tujuh inisiatif berkenaan ialah Program Penempatan Kerja untuk Veteran; Program Bimbingan Usahawan Veteran; Program Meningkatkan Penerimaan Latihan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) oleh Industri dan Kad Privilege 1Malaysia.


Tiga inisiatif seterusnya ialah Pusat Sehenti Veteran 1Malaysia, Program Pembangunan Keluarga Veteran 1Malaysia dan Program Membaikpulih serta Membina Rumah Veteran 1Malaysia.


Menurut Najib, inisiatif berkenaan diharap dapat membela dan memperkukuhkan tahap sosioekonomi lebih 300,000 pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 234,500 veteran tidak berpencen di seluruh negara.


Katanya, 1MVRP merupakan satu lagi produk 1Malaysia yang dilaksanakan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan.


"Inisiatif ini boleh dianggap satu lagi usaha membantu rakyat tanpa mengira latar belakang, wilayah atau komuniti agar mereka turut mendapat faedah dan pembelaan daripada kerajaan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan 1MVRP di sini semalam.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan.- Kosmo

EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DAPATKAN SEGERA DISINI