nuffnang1

.:)

Apr 29, 2011

RESIPI ASAM LAKSA YANG HEBAT


Bahan-Bahan

■500gm laksa basah-direndam dalam air panas sebentar

■1 biji timun dihiris panjang-panjang
■3 biji telur rebus - potong 4 setiap satu
■4 biji limau kasturi – potong-potong
■1 bawang besar dimayang
■Bahan-bahan untuk kuah: 4 ekor ikan kembung (dibersihkan dan direbus)
■8 keping asam keping
■2 tangkai daun kesum
■1/2 bunga kantan
■
■Bahan Kisar:

■8-10 cili kering (ikut pedas masing-masing)
■2.5cm belacan
■1 biji bawang besar
■Garam secukup rasa

Cara Penyediaan

1.Ikan yang direbus, di tos airnya, dibuang tulangnya. Airnya disimpan untuk kuah nanti.

2.Isi ikan dikisar.

3.Masukkan isi ikan, air rebusan, bahan-bahan kisar yang lain, asam keping, daun kesum, dan bunga kantan. Biarkan mendidih.

4.Masukkan garam secukup rasa, dan bolehlah di
hidangkan.

5.Tambahan:- Boleh juga ditambah hirisan nenas, daun salad dan potongan cili merah atau cili padi, jika anda suka pedas.

Segala panduan yang mudah dan bagaimana untuk anda memperdagangkan menu jualan yang anda telah pilih telah di ajar di dalam ebook panduan buku perniagaan Pasar Malam..anda boleh dapatkan dengan kadar segera sebelum harga di naikkan..

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM YANG MUDAH DAN HEBAT DISINI

APA KATA DATO DR. FADZILAH KAMSAH


Petua Orang Berjaya:

Saudara Bukan Gagal, Tetapi Belum Berjaya...

" Orang yang berhenti tidak akan menang, dan orang menang tidak akan berhenti".

Ada pepatah Inggeris menyebut yang bermaksud, "Apabila perjalanan menjadi sukar, kesukaran akan memulakan perjalanan." Ini bertepatan dengan ayat Al-Quran dalam surah al-Insyirah, dimana Allah menyebut,"Sesungguhnya bagi setiap kesukaran itu akan ada kesenangan."

Dalam pengurusan kerja dan masa pun begitu juga. Mungkin saudara berasa bahawa saudara adalah jenis orang yang gemar menangguhkan masa, dan tidak mungkin saudara boleh berubah.

Nanti dulu!!...Jangan fikir saudara seorang yang gagal, kerana ia akan hanya memudaratkan diri saudara.

"Orang yang berhenti tidak akan menang, dan orang yang menang tidak akan berhenti." Oleh itu jangan berhenti sekarang, jadilah orang yang berjaya!!
Petikan kata-kata: Dato Dr. Mohd Fadzilah Kamsah.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA SEKARANG DGN HARGA DISKAUN

Apr 28, 2011

Kentang Goreng


Resipi ini saya peroleh dari teman saya yang bekerja di KFC .

Cara- cara:

•Potong kentang
•Siapkan pasta.
•Campur sedikit pasta dengan air (kata chef KFC kebanyakan menggunakan pasta lagi bagus.

•Rendam kentang dalam air yang sudah direndam pasta selama 2jam atau 3 jam

•Toskan kentang selama 15-20 minit.

•Campurkan dengan tepung .

•Kemudian goreng .

•Dah siap, senangkan.

Anda juga boleh mempraktikan di rumah terlebih dahulu, kemudian anda boleh rancangkan bagaimana untuk menjualnya di Pasar Malam.

Untuk maklumat anda, penjual kentang goreng di pasar malam mampu meraih pndapatan antara RM2000 ke RM2500 sebulan dengan mudah sekali...

DAPATKAN EBOOK PANDUAN MEMULAKAN PASAR MALAM ANDA DI SINI

Apr 11, 2011

Duit Duit , Sifat Dengki Ujud


Salam dan selamat sejahtera..semoga anda sihat walafiat.....apa yg ingin saya utara kan di sini adalah sifat, sikap sesetengah daripada golongan peniaga yang tidak pernah merasa puas dengan apa yang di perolehi...

Dan juga tidak kurang sifat hasad dan dengki dengan kawan atau peaaing mereka...saya ingin menceritakan kisah kebenaran apa yang berlaku pada diri saya sendiri pada hari sabtu 9 April 2011 yang lalu.

Sesampainya saya pada jam 6 petang...saya seperti biasa setting barang dan kawan saya terus memanggil saya...saya pun pergi padanya...dia menceritakan tentang seseorang yang cuba menjatuhkan saya atau memperlekehkan perniagaan saya...sebelum ini pun ada jugak di kalangan kawan kawan memaklumkan pada saya tentang perkara ini dan juga orang yang sama, pada masa itu saya tak ambil pot langsung namun bila ramai yang bercerita..saya jadi geram dan sakit hati namun saya tetap bersabar demi menjaga hubungan silaturrahim...saya hanya bertawakkal pada Allah dan saya akan teruskan berniaga secara jujur dan ikhlas kerana saya yakin dengan cara ini maka rezeki saya akan bertambah...

Buat apa saya juga nak ikut perangai macam mamat yang sorang ni..tak ada gunanya..yang penting tidak ada sifat irihati dalam diri saya...itu lebih baik..anda perlu ambil iktibar dari kisah benar ini...sifat dengki tidak akan kemana ...yang akan datang pastinya keburukan...ingat dan insaflah..Allah maha kaya lagi maha adil dan bijaksana...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DENGAN DISKAUN YANG MENARIK SEMENTARA STOK MASIH ADA