nuffnang1

.:)

Feb 4, 2011

ADA YANG GAGAL DI PASAR MALAM


Salam sejahtera buat anda semua..rasanye masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina..Gong Xi Fa Cai....tahun arnab.....

Terpanggil saya untuk membicarakan soal kegagalan di dalam perniagaan Pasar Malam...mengapa ini berlaku...kecewa, letih, tak bersemangat, msyukkk kureng atau apa sahaja alasan anda sebenarnya adalah tidak logik sama sekali..ingat Allah tidak akan mengubah nasib seseorang selagi manusia itu tidak mengubahnya sendiri, renung dan fikirkan...kata-kata itu...

Tadi saya ada terbaca pada satu ruangan blog yang di tulis oleh seorang bekas peniaga Pasar Malam yang meluahkan perasaan kepayahanya berniaga di Pasar Malam.

Beliau pada mulanya cukup bersemangat tetapi selepas berniaga selama 3 bulan..alasan yang di beri adalah terlalu letih dan penat serta tak cukup masa..bagi saya semua itu tidak benar kerana segalanya pada tangan anda..anda yang menentukan segala gerak atur dan susun cara perniagaan anda.

Apa yang di utarakan penulis tersebut adalah terpaksa bangun awal pagi. pergi pasar, kemudian balik nak masak lagi, lepas tu kena pack barang dalam kenderaan, petang pulak kena bergerak ke Pasar Malam untuk berniaga, malam plak balik kena kemas barang dan basuh barang-barang..lepas tu terus lena kerana penat, esok pagi kena bangun pulak dan teruskan lagi kisah semalam...hu hu hu..saya baca pun naik letih jadinye...apatah lagi penulis bertambah letih la keh3....

Nasihat saya anda jangan jadi seperti penulis di laman Blog tersebut, kenapa perlu menyusahkan diri nak jadi teruk cam tu...sebagai contoh saya dh berniaga di Pasar Malam masuk tahun 2011 ni dh 15 tahun usianya..itu saya ler..tetapi ada lebih veteran lagi dari sya yang dh masuk 30 tahun pun dah ada...saya tengok mereka ni ok jer..hu2....

Segalanya cukup mudah kalau anda lakukan dengan cara yang betul dan panduan yang betul..ianya memang cukup mudah meraih pendapatan RM200 ke RM300 sehari di Pasar Malam...

Mudah dan senang saja ..ikuti panduan saya di WEB PASAR MALAM YANG PENUH DENGAN PANDUAN MUDAH

Jan 21, 2011

SANTAU


Salam dan selamat sejahtera...semoga anda sihat dan walafiat....

Topik pada hari ini..saya ingin bawa anda semua merujuk kepada perbuatan yang kurang elok dan sangat sangat berdosa dalam Islam....tentu anda pernah dengar ada sesetengah peniaga merungut perniagaan mula jatuh merudum walhal sebelum ni sangat hebat dan amat mantap....kenapa ini boleh berlaku???

Mungkin ada banyak faktor dan penyebabnya mengapa ada orang sanggup musnahkan perniagaan anda...walaupun sebenarnya orang tu x dapat apa apa hasil pun dengan perbuatannya...tapi kerana terlalu marah dan sakit hati semua larangan Allah di abaikan demi mencapai cita-citanya....

Apa pun cuba tenangkan diri anda dan pohonlah dari Allah...semoga Allah melindungi kita dari perbuatan terkutuk ini..wallahualam...

Dec 20, 2010

Kembali Beraksi Dan Tingkatkan Mutu


Salam..semoga anda sihat semuanya, terlebih dahulu saya nak ucapkan tahniah kepada Pasangan yang baru mendirikan Rumahtangga iaitu Kak Hana dan Abg Shaari kerana baru melangsungkan pernikahan .....semoga kekal selamanya insyaallah....

Kak Hana merupakan seorang peniaga yang cukup berjaya dalam perniagaan Bihun Sup Gear Box suatu ketika dahulu..dan saya banyak menerima nasihat dari beliau...dan sya ucapkan jutaan terima kasih atas segala nasihat yg telah Kak hana berikan...

Bulan Disember 2010 semakin melabuhkan tirainya dan akan meninggalkan kita dalam tempoh tak sampai pun 2 minggu lagi...semua orang kini sedang sibuk membuat persiapan untuk persekolahan anak anak...jadi belanja lah dengan berhati hati...utamakan pelajaran anak anak..masa depan mereka adalah masa depan anda juga...

Rentak perniagaan pada hujung tahun mungkin sedikit perlahan kerana ramai pelanggan yang mungkin sedikit budget dalam perbelanjaan coz nak buka sekolah dh ni..jadi harap kawan kawan sume bersabar lah ye...yang penting teruskan perniagaan anda dan terus berusaha tingkat kan usaha menaikkan perniagaan anda...saya yakin berkat kesabaran anda pasti akan berjaya....insyallah....

Nov 26, 2010

Cuti Sekolah



Salam buat anda semua, semoga sihat walafiat hendaknya...

Kini cuti penggal terakhir persekolahan sudah pun bermula dan kegembiraan terpancar di ruang wajah bebudak sekolah...

Namun begitu awas sebab sekarang ni musim banjir dan berhati hati...saya ingin membawa anda semua melihat sejauh mana menjalankan perniagaan Pasar Malam pada musim hujan ni dan dalam suasana banjir di kawasan anda atau yang sewaktu dgnnya....

Ramai di kalangan peniaga sekarang ni mungkin tak berniaga di sebabkan hujan terlalu lebat dan tak berhenti-henti setiap petang hingga larut malam jadi pastinya menjejaskan perniagaan anda..termasuk lah saya di sini yang mana selepas Hari Raya Aidil Adha perniagaan saya terjejas teruk dek Korban yang banyak...namun saya tetap tabah dan redha pada Allah serta tawakal...

Jika anda rasa sekarang ni masa yang sesuai bercuti saya amat bersetuju dengan anda dan ambil peluang musim hujan ini dan cuti persekolahan ini membawa family anda berjalan jalan makan angin....

Mungkin akan ada rezeki anda di lain masa...berjimat semasa ada dan inilah masanya mengeluarkan semula apa yang anda simpan selama satu tahun...

Semoga anda bergembira pada musim cuti sekolah ini...insyallah...