nuffnang1

.:)

Mar 20, 2010

Pengurusan Kewangan


Salam dan selamat sejahtera buat semua.... Harap anda semua sihat walafiat dan semoga rezeki anda melimpah ruah...

Mungkin ada sesetengah daripada anda berfikiran yang perniagaan pasar malam tidak mendatangkan keuntungan!!!

Juga saya pernah dengar sendiri bekas peniaga pasar malam meluahkan perasaan ini.Namun saya menyangkalkan perkara ini ...semuanya adalah di atas kesilapan atau kesalahan peniaga itu sendiri. Kenapa saya kata begitu???

Semuanya bergantung ke atas pengurusan kewangan (Money Management) yang tidak betul atau mungkin juga kurangnya pengetahuan cara pengurusan wang perniagaan dengan betul. Tidak semestinya perniagaan yang besar sahaja perlu ada sistem ini, perniagaan Pasar Malam juga perlukan sistem pengurusan kewangan yang betul...

Sistem Pengurusan kewangan ini juga bergantung kepada jenis perniagaan anda, andaikata anda berniaga makanan ianya tidak rumit sangat tetapi jika anda berniaga pakaian atau barangan kering ia agak rumit seperti pengurusan runcit.

Anda juga perlu ada gaji harian anda sendiri kerana segala wang masuk bukan 100% duit anda tetapi adalah keuntungan perniagaan pada hari itu. Ramai peniaga yang salah faham dengan mengatakan semua wang masuk adalah kepunyaan beliau sendiri, jika tidak masakan individu yang mengendalikan stesen pam minyak pun boleh gulung tikar...dan kemudian di ambil alih orang lain pulak...

Oleh itu anda sewajibnya menguruskan sistem ini dengan bijak...segalanya anda boleh perolehi dalam EBOOK THE SELENT PASAR MALAM BILLIONAIRE

DAPATKAN EBOOK YANG PENUH MAKLUMAT DENGAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DISINI

Mar 12, 2010

KUTU ATAU KUT


Saya nak ceritakan kebaikan dan keburukkan sistem simpanan duit beramai-ramai yang selalu di amalkan oleh masyarakat kita..dan kami peniaga Pasar Malam jugak tidak terlepas dari mengamalkan permainan ini...

Ada baik dan buruknya sistem ini di amalkan...kebaikan kita dapat simpan wang dengan cara terpaksa, ertinya suka ke tidak sampai masa kena bayar .....keburukannya bila orang yang dapat duit lari...adusss sedihnya..

Sebenarnya saya nak ceritakan tentang permainan kut yang kami amalkan di Pasar Malam..kejadian berlaku pada Pasar Malam hari ahad..lokasi tak perlulah saya sebutkan..rahsiaaaaaa.

Setiap ahad kenan bayar RM100...dan setiap ahad jugaklah akan di buka ...pada awalnya dulu bila saya di buka pembayaran setiap orang akan perolehi sebanyak RM7400 memang cukup lumayan dan hebat...tapi lama kelamaan makin berkurangan tinggal RM7200 sahaja dan kini berita terbaru pulak hanya tingga RM6900 sahaja.. semuanya berpunca dari sesetengah peniaga yang dah berpindah dan janji nak bayar cara online....dah tu depa ni dah dapat semua duit tu....letih btul...

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM YANG TERHEBAT DI ALAF INI

Feb 24, 2010

KELEBIHAN BERNIAGA DI PASAR MALAM


Salam buat semua, disini saya ingin menerangkan serba sedikit kandungan ebook The Silent Pasar Malam Biliionaire saya.

Saya dapati ramai yang salah faham tentang kandungan ebook tersebut,kebanyakkan mereka menganggap yang kandungan ebook tersebut mempunyai resipi tetapi sebenarnya saya tidak langsung menjual resipi atau menu makanan atau minuman.

Ebook The Silent Pasar Malam Billionaire sebenarnya menceritakan bagaimana memulakan perniagaan Pasar Malam dan mengajar anda tentang kaedah dan teknik perniagaan ini yang merangkumi:

1. Bagaimana memulakan perniagaan yang anda tidak tahu langsung apa itu sebenarnya Pasar Malam.

2. Bagaimana mendapatkan tapak Pasar Malam.

3. Bagaimana mendapatkan lesen berniaga.

4. Bagaimana memilih lokasi terbaik.

5. Bagaimana memilih kenderaan.

6. Bagaimana memilih generator/lampu.

7. Teknik meledakkan perniagaan anda.

8. Mengurangkan risiko kerugian di kala hujan.

Disamping itu juga anda akan menerima sebuah ebook bertajuk Rahsia Resipi Bihun Sup Gear Box Pulau Pinang yang anda kandunganya adalah:

1. Teknik memilih Lokasi berniaga di Bazaar Ramadan.

2. Menu jualan utama Bazaar Ramadan.

3. Resipi terhebat Bazaar Ramadan.

4. Pelbagai lagi teknik hebat dan resipi Sup Gear Box Pulau Pinang yang saya dedahkan dengan 100% cara membuatnya tanpa menyembunyikan walau satu inci pun rahsianya...

Dapatkanya sekarang dengan kadar segera...kerana awal tahun inilah masa yang amat sesuai memulakan perniagaan anda....jangan hanya merancang, tapi teruskan mula dari sekarang...

DISINI EBOOK PASAR MALAM ANDA DENGAN HARGA YANG CUKUP MURAH

Feb 5, 2010

Pasar Malam Tasek Glugor, Seberang Perai


Salam dan selamat sejahtera, tahukah anda kenapa tajuk saya hari ini adalah Pasar Malam Tasek Glugor????

Saya sekadar ingin berkongsi suka dan duka bermulanya perniagaan Pasar Malam saya di Tasek Glugor yang penuh ranjau dan duri...he he he bukanya kena marah atau kena belasah dek orang nak berniaga kat situ cuma sekadar keperitan yang amat sangat saya rasai masa mula mula bertapak kat situ..

Almaklum saja lah untuk pengetahuan anda yang pasar malam tasek glugor ni boleh di katakan agak dalam kampung sangat sangat dan kuasa membeli terlalu amat kurang dah tu lambat plak orang yang datang , bukanya apa sebab lokasi tapak saya betul betul nun di hujung dalam kampung. Lama jugak saya ambil masa nak bertahan kat sini dengan terpaksa membayar gaji pekerja seramai 5 orang yang berniaga kat sini...sedih la jugak asyik keluar duit poket ja tapi saya tetap tabah dan sabar.

Dengan ketabahan dan kesabaran serta keyakinan yang tinggi saya teruskan juga berniaga kat sini , saya terus sabar tackle pelanggan dengan ramah mesra....

Dan sekarang ni alhamdulillah , saya tak menjangka sama sekali setiap minggu hari Khamis ja pastinya meledak bihun sup saya, sampai ada customer yang terpaksa tunggu sambil berdiri nak makan bihunsup, dan yang bungkus pun cukup ramai dan sabar menanti, yang saya pasti semuanya akan habis dalam jam 9.30 atau 9.40 malam...ada customer yang komplen pasal apa buat sikit sangat, tetapi yang sebenarnya tak sedikit la saya buat, setiap minggu saya upgrade jumlah bihun tu dan dah hampir menyamai jumlah dengan tenpat tempat lain, alhamdulillah syukur saya panjatkan pada Allah atas kurniaan rezeki tu....motivasinya adalah berkat kesabaran yang tinggi dan nilai juang yang jitu pasti ada kejayaanya...salam

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA SEKARANG KERANA STOK TERHAD