nuffnang1

.:)

Sep 2, 2008

Ramadan Pertama

Salam..hari ini merupakan Ramadan pertama saya berniaga di Bazaar Ramadan..hujan mulai turun jam 2 petang tanpa henti, tak lebat sangat cuma renyai-renyai tetapi sudah pasti menyebabkan peniaga-peniaga di Bazaar Ramadan naik kecut he he he...ditambah pula jatuh cuti umum ganti ahad hari Kemerdekaan Negara yang ke 51 tahun.

Awal pagi saya telah dikejutkan olen anak makcik kueh talam yang saya langgan bila dia call bagitau tak dakstok coz mak di sakit masuk hospital...apa boleh buat cuma saya doakan makcik tu cepat seembuh. Nasib baik otak saya cepat berjalan dan saya teringatkan alternatif kedua untuk dapatkan stok kueh talam kat Kampung Pertama dengan abang yang selalu berniaga kat Pasar malam Alma...alhamdulillah abang dan kakak tu memahami jadi dia dapat support saya untuk 7 talam.

Esok saya akan tempah loyang ( acuan ) untuk buat kueh talam ni lagi 6 dan saya akan dapat 12 jenis kueh talam dan yang saya teruja tadi dapat satu kueh talam dengan nama kueh "Rasidah" pertama kali dengar...dan customer pun tertanya-tanya gak tapi saya tak sempat rasa coz kul 6 semua 7 talam kueh ni dah abis dijual. Satu perkara yang menarik adalah pada kali ni tak ramai yang jual kueh muih sebab saya dengar cerita tepung mahal dan susah nak dapat stok so orang tak berani buat..cuma yang ada pada kali perang lauk pauk....he he he....bagi jualan bihunsup plak saya merupakan peniaga tunggal kat situ...punya ler syok ...dalam hujan-hujan pun meledak jualan bihun sup ni..alhamdulillah...dan saya jangka esok hari bekerja akan pasti lebih meledak coz masing-masing tak sempat nak masak... yang datang membeli saya tengok ramai diantaranya adalah customer-customer setia yang setiap tahun akan datang..ditambah pula "Hyper Market Jusco" baru buka kat sini minggu lepas...fuh ramai betul orang....

Ok...kita sambung esok yer dan saya akan ceritakan setiap hari kisah perniagaan di Bazaar Ramadan ni selama 28 hari berterusan coz hari ke 29 dan 30 saya cuti buat persiapan raya....jumpa esok..bye

DAPATKAN EBOOK RAHSIA PERNIAGAAN PASAR MALAM DI BONGKAR DISINI

Aug 31, 2008

Layan Pada Anda

Salam....tadi saya ada terima panggilan talipon dari sahabat yang telah pun membeli ebook Pasar Malam...dan beliau kini sedang mengusahakan gerai makan di Kuala Lumpur dan beliau ingin mengetahui selok-belok memasak sup gear box dengan lebih terperinci.

Saya dengan ikhlas hati menerangkan satu persatu kaedah yang betul ...walaupun sebenarnya saya telah tulis didalam ebook Rahsia Sup gear Box dan anda boleh boleh praktikkan tetapi tak salah mendalaminya dengan menalipon saya dan mungkin ini akan lebih meyakinkan anda.

Saya telah survey hampir 130 website jualan menu atau website yang menceritakan cara pembuatan sup tetapi tidak satu pun resipi sup-sup itu menyamai "Original Recipe" dari saya dan bahan-bahan juga tak sama...kaedah pembuatan .masa bila nak masukkan serbuk sup..masa bila kita tumis..totaly memang tak sama langsung...

Saya akan dedahkan kepada anda semua bila mana blog saya ini terdapat hampir 300 pengunjung setiap hari...maka anda akan mendapat satu ilmu yang tak mungkin anda miliki dari orang lain.....

DAPATKAN EBOOK THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIRE ANDA PERCUMA DISINI

Aug 30, 2008

Banner Promosi Bazaar Ramadan

Salam....semalam saya telah memasang banner untuk promosi bihun sup saya bagi perniagaan di Bazaar Ramadan....gantung banner tu bukan free beb...semuanya duit..he he he..zaman la nak gantung tepi pokok pun kena bayar duit...siap kena cagaran lagi sebanyak RM50....

Satu banner kena RM20.00 , saya gantung 2 banner so kena ler RM40 sekali dengan cagaran jadi ler RM90.00. Maka selamat lah banner AREE BIHUN SUP EXT SERVICE tergantung selama sebulan..macam iklan kat online lah pulak yer..he he he

Saya gantung berhadapan traffic light menuju ke arah MPSP dan bersebelahan dengan TNB Bandar Perda....harap-harap dengan adanya promosi ni ...Insyaallah makin meledak ler bihun sup tahun ni...

DAPATKAN EBOOK PERCUMA RAHSIA RESIPI SUP GEAR BOX ANDA SEKARANG JUGA

Aug 29, 2008

Kerenah Pekerja

Salam...apa khabar sahabat pembaca sekalian ..semoga sihat walafiat..

Semalam pekerja saya mengadu kepada saya yang motosikal dia dah rosak dan nak repair pun tak berbaloi katanya sebab kos tu tinggi . Bila sorang mai mengadu maka mai pulak sorang lagi mengadu kata motor dia pun alami masalah yang sama gak..

Sebagai seorang majikan yang prahatin dan saya memandang jauh kehadapan maka saya pun beli kat mereka ni motor baru....yang sorang tu nak EX 5 Dream warna Maroon dan sorang lagi nak motor Panther...

Saya pun bawa mereka kat kedai suruh pilih...insyaallah hari ni boleh keluar sebab proses pendaftaran JPJ semalam dah hampir siap....

Satu panduan terbaik untuk anda disini..anda juga boleh berbuat demikian pada pekerja anda jika anda mampu. Dengan cara ini pekerja anda akan lebih menghormati anda dan pastinya mereka akan terus bekerja dengan anda dalam tempoh masa yang lama.

Anda tak perlu takut kerana nama di Gran Motor tu letakkan nama anda dan buat potongan bulanan sebanyak RM100 sebulan dan buatkan resit bayaran, cuma anda hanya ambil harga sebenarnya sahaja dan jangan ambil duit bunga macam kat kedai tu. Macam EX 5 tu harga on road adalah RM3,600 sahaja..jadi anda buat pemotongan hanya untuk RM3,600 sahaja...kalau kat kedai sure lebih lagi..sudah pastinya anak buah anda akan gembira justeru itu mereka akan terus bekerja dengan anda lagi tanpa sebarang rungutan..

DAPATKAN RAHSIA RESIPI SUP GEAR BOX ANDA PERCUMA DISINI