nuffnang1

.:)

Apr 16, 2008

Bagaimana Membuat Pilihan Pembelian Generator

Salam!!!

Sila ikuti panduan ini untuk anda membuat pembelian generator bagi menyalakan lampu persekitaran tempat perniagaan anda agar terang lagi benderang!!!!!!!!!!

Bagi mereka yang masih baru dan tidak punya banyak modal?

1. Saya sarankan agar hanya menggunakan bateri kereta atau lori kerana ini boleh menjimatkan kos , tetapi keburukannya adalah anda hanya mampu menggunakan satu atau 2 mentol sahaja dan kawasan perniagaan anda sudah pastinya kurang terang kerana faktor kecerahan atau keterangan mentol di Tapak Pasar Malam juga memainkan peranan penting untuk merancakkan proses perniagaan...

2. Anda boleh meminta jasa baik sahabat atau peniaga di sebelah anda untuk menggunakan sambungan wayar ke generator beliau dengan menggunakan plug 3 kepala! setelah habis berniaga ucapkan terima kasih dan hulur ler sikit beb... he he he.. dalam RM2 ke RM3 sebagai tanda terima kasih.

Bagi mereka yang punya duit lebih dan nak buat besar-besaran?

1. Ada banyak jenis generator yang boleh anda gunakan dan salah satu yang saya sarankan adalah jenis Yamaha ET 950 kuasa kuda dan dapat digunakan selama 5 jam tanpa henti dengan penggunaan minyak 2T. Jenis Yamaha ini dapat bertahan lama dan sekiranya anda pandai menjaganya boleh melangkaui jangka hayat 8 ke 10 tahun.Cuma harganya agak mahal sekitar RM1500 ke RM 1700.

2. Enjin jenis Honda 950 kuasa kuda dan dapat bertahan sehingga 5 jam tanpa henti dengan penggunaan minyak 2T. Juga jangka hayat meliputi sekitar 8 ke 10 tahun. harga agak murah sekitar RM750 ke RM900 sahaja.

3. Enjin jenama Tiger,Metrek dan dari buatan Negara China. Juga menggunakan 2T, kuasa kudanya sama juga 950 tetapi penggunaannya hanya sekitar 3 ke 4 jam sahaja tanpa henti dan bagi menjaga jangka hayat anda disaran selalu memastikan minyak 2t diisi dengan betul dan mengikut peraturan. Jangka hayat sekitar 1 ke 2 tahun dan jika pandai menjaga kemungkinan sehingga ke 3 tahun. Harganya sekitar RM270 sehingga RM350.

Sila buat pilihan yang bijak untuk mengelakkan kerugian anda????? jumpa lagi....

4 comments :

Perfect Girl Boutique said...

can i know where can i buy the china model Generator at KL? can you pls contact to me 014-234-0014. TQ

ariffhjahmad said...

boleh saya tahu mcm mana nak menggunakan bateri kereta untuk menyalakan mentol lampu dan apakah kesan kepada kereta itu... boleh x email ke email sya mohdariffhjahmad@yahoo.com

Aree Tone WoW said...

Anda boleh menggunakan bateri kereta samada anda membeli bateri berasingan atau bateri asal dri kereta anda.

Anda hanya perlu charge sahaja bateri kereta jika berasingan tetapi jika menggunakan bateri yang sedia ada di kereta , dalam setengah jam anda harus menghidupkan enjin kereta kerana di takuti akan weak so nanti nk balik dah tak bleh start kereta tu. Saya menyarankan kepada anda , beli bateri yang berasingan dan jangan menggunkan bateri kereta...

Untuk maklumat lanjut anda boleh visit http://www.wangpasarmalam.com

HUTAN BARA STID 1103 said...

kalau yang model yamaha et950 tu, brapa biji lampu yang bleh dipasang? n klau nk pasang speaker bleh support ke