Selamat menyambut hari Kemerdekaan yang ke 56 tahun buat seluruh Warga Malaysia dalam dan luar Negara. Sama-sama kita mengibarkan jalur gemilang, bendera kebanggaan kita dan simbol perpaduan seluruh rakyat Malaysia.
Petang tadi saya berkesempatan singgah di Alma semasa membeli barang . Saya singgah sebentar di warung menjual nasi lemak dan teh tarik. Lapik perut sementara menunggu hari malam, saya makan nasi lemak 2 bungkus dan teh tarik.
Apa yang menarik perhatian saya adalah sikap majmuk masyarakat Malaysia pelbagai kaum yang singgah makan dan minum disitu yang terdiri dari Melayu, Cina, India dan lain-lain etnik. Sesuatu yang amat boleh di banggakan kerana semua kaum boleh duduk dibawah satu bumbung sambil menikmati makanan petang yang tidak mungkin dapat dilihat di negara lain.
Perpaduan kaum beginilah yang kita ingini demi keharmonian Malaysia dan semoga kita akan kekal aman selamanya, insyallah.....
Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Buat Semua.. " MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAH KU"////
DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM UNTUK EKONOMI ANDA
Saya Askar Pencen Akan Bantu Anda Hingga Berjaya di Pasar Malam Dan Sebagai Jutawan SimKad Tone WoW.Jana Pendapatan PASIF Hingga Pencen
Aug 30, 2013
Aug 26, 2013
PENGERTIAN SIMBOL PADA BENDERA MALAYSIA
BENDERA MALAYSIA
Bendera dan lagu kebangsaan ialah lambang kebesarn sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia mempunyai bendera dan lagu kebangsaannya sendiri.
Bendera Malaysia mengangdungi 14 jalur merah dan putih. Jalur merah dan putih ini membawa maksud 13 buah negeri di Malaysia dan sebuah kerajaan Persekutuan.
Bendera Malaysia mempunyai empat warna, iaitu merah, putih, kuning dan biru. Warna biru tandanya perpaduan. Warna kuning ialah warna diraja. Bulan sabit lambang agama Islam negara ini. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan.
MENGHORMATI BENDERA MALAYSIA
- JANGAN LETAK BENDERA DI ATAS TANAH.
- JANGAN BIARKAN BENDERA MELERET KE TANAH SEWAkTU MENURUNKANNYA.
- JIKA BENDERA DIKIBARKAN SEPARUH TIANG, NAIKKAN DAN BAWA IA MASUK PADA WAKTU PETANG.
- JIKA HENDAK MENGIBARKAN BENDERA SEPARUH TIANG, NAIKKAN DAHULU SEPENUH TIANG, KEMUDIAN BARULAH TURUNKAN.
- JANGAN GUNAKAN BENDERA SEBAGAI ALAS MEJA ATAU PENUTUP SESUATU BENDA, KECUALI SEBAGAI TANDA PENGHORMATAN. MISALNYA UNTUK MENUTUP KERANDA.
- TALI BENDERA HENDAKLAH SENTIASA DIPERIKSA. PASTIKANIA TEGUH DAN TIDAK MUDAH PUTUS.
PULAU PINANG PULAU MUTIARA
BENDERA NEGERI PULAU PINANG
Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih pula
membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai. Warna kuning melambangkan
kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.
Jalur Gemilang - Patriotik Rakyat Malaysia Terlampau Kurang
Minggu lepas saya menjalankan "survey" ke Pulau Pinang bermula dari turunnya Jambatan Pulau Pinang sehingga ke Bandar sekitar "Penang Road: terus menuju ke Tanjung Tokong, melalui "Gurney Drive" serta ke Padang Kota Lama.
Bendera Malaysia hanya di pasang pada bangunan kerajaan sahaja sahaja dan boleh di kira dengan jari pada premis-premis swasta dan individu.
Hari ini saya bersiar sekitar bandar Bukit Mertajam melalui simpang empat terus bukit minyak, melalui Alma serta berpatah balik melalui jalan Kampung Baru... begitu juga suasana yang sama dapat saya perhatikan betapa kurangnya pemasangan bendera Malaysia malah ada sekolah -sekolah tidak memasang bendera dan saya mengucapkan tahniah kepada beberapa buah SJKC yang penuh dengan bendera Malaysia dan berbeza dengan Sekolah Menengah Kebangsaan di sekitar BM yang langsung tidak memasang Bendera Malaysia .
Mungkin selepas membaca blog ini Pengetua Sekolah tersebut pasti akan memasang bendera Malaysia dengan segera takut hujung tahun tidak tercalon pengetua cemerlang huhuhu...
Perlukah kita menunggu pemberian percuma dari kerajaan untuk membeli sehelai Jalur Gemilang yang hanya berharga sekitar RM4.90 atau paling mahal RM5.70 mengikut kedai-kedai yang menjual dengan ukuran 3 X 6 kaki.
Rasanya sedikit pun tidak memberi impak pada wang saku kita kerana RM500 dan RM250 pemberian BR1M telah di terima justeru itu tidak perlulah kita pertikaikan dan menanti segalanya dengan percuma sahaja. Kenapa kita tidak boleh mencontohi negara jiran seperti Thailand dan Indonesia yang mempunyai semangat Patriot yang terlalu tinggi, adakah kita merasa cukup selesa dan berada di ambang kesenangan yang terlau mudah kita perolehi. Berbeza dengan Indonesia yang menumpahkan darah demi kemerdekaan.
Begitu juga dengan di rumah-rumah sekitar Taman Perumahan yang boleh dikira jika terdapat 100 rumah yang memasangnya hanya 1 atau 2 rumah sahaja itu pun di kalangan bekas pesara tentera yang pernah terlibat dengan perjuangan menentang Komunis kerana semangat mereka tetap kental walaupun sudah bersara.
Perlukah Kerajaan mewajibkan setiap premis memasang bendera kalau gagal didenda??? adalah kita mahu begitu??? tepuk dada tanya selera....
Mungkin akan kedengaran ayat-ayat "Clisye" mengatakan " kami punya semangat patriotik yang cukup tinggi, tak perlu pasang bendera untuk menunjuk-nunjuk."//////saya dah pun dengar ayat begitu....malas nak layan...
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM SEBAGAI PANDUAN MEMULAKAN PASAR MALAM

Aug 23, 2013
Pasar Malam Penanti - Mengkuang Titi
Pasar Malam Penanti atau lebih tepat lagi terletak di Lokasi Mengkuang Titi merupakan sebuah pasar malam yang telah diasaskan sejak 20 tahun yang lalu dan dikhabarkan sebelum siapnya lebuh raya kehadiran pengunjung memang cukup ramai, termasuk juga peniaga mencecah hampir 200 gerai .
Pengalaman seorang peniaga yang telah berumur hampir 55 tahun menceritakan pengalaman beliau kepada saya. Kemudian setelah projek Lebuhraya sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan pasar malam di kawasan ini.
Saya mula berniaga disini sejak 13 tahun yang lalu dan merasai pelbagai susah dan senang bertahan disini. Pengamatan saya sekarang memang pada mula dulu perniagaan kurang memberangsangkan. Namun setelah kehadiran pekerja-pekerja luar dari Myamar, Vietnam dan Bangladesh sedikit sebanyak telah melonjakkan rentak perniagaan disini.
Jangan terkejut kalau sup adalah menjadi makanan "favorite" bagi warga Bangladesh dan Warga Nepal. Mereka pandai bertutur didalam Bahasa Melayu dan setiap kali datangnya hari ahad mereka pasti tidak melepaskan peluang menikmati "SUP" kerana di negara mereka juga terdapat "SUP" yang seumpamanya, namun mereka tidak makan bihun atau koay teow.
Dengan wujudnya taman perumahan di persekitaran pasar malam ini maka telah membantu dari segi ekonomi untuk peniaga pasar malam Mengkuang Titi menambah pendapatan dan meningkatkan jualan.
Mungkin juga ada dikalangan penduduk kawasan persekitaran yang tidak pernah berkunjung ke Pasar Malam ini. Merupakan satu kerugian kepada anda jika anda tidak pernah berkunjung kerana anda terlepas peluang menikmati makanan yang cukup enak jika di bandingkan dengan kedai makan yang dan disamping harga yang cukup murah dan layanan yang teristimewa.
Jangan lupa lapangkan masa anda pada hari ahad ini untuk berkunjung ke pasar malam Mengkuang Titi untuk menikmati pengalaman yang tak mungkin anda lupakan dan jangan terlepas peluang berkunjung ke Gerai " AREE BIHUNSUP EX-SERVICE " ..
ANDA INGIN BERNIAGA DI PASAR MALAM NAMUN TIADA PENGALAMAN, KINI ANDA BOLEH DAPATKAN EBOOK PANDUAN YANG PENUH INFORMASI DISINI SEKARANG

SUP GEAR BOX |

Pasar Malam Tasek Glugor - 2 Minggu
Setelah tamatnya Ramadan maka semalam kami berniaga di pasar malam Tasek Glugor untuk minggu kedua selepas ramadan.
Minggu lepas misi gagal disebabkan hujan yang turun amat lebat dari jam 5 petang sehingga jam 8 malam dan disusuli dengan hujan renyai-renyai. Perniagaan menjadi merosot kerana pelanggan takut di basahi hujan.
Malam tadi merupakan minggu ke 2 selepas ramadan kami berniaga disini, namun iklim perubahan menampakan peningkatan disebabkan cuaca panas dan terang. Faktor ekonomi juga sedikit sebanyak membantu dalam melariskan jualan malam tadi. Dengan pembayaran gaji pada 22/8/13 maka bertambah rancak lagi urusan jual beli.
Kehadiran pengunjung pasar malam seawal jam 6 petang sudah menampakkan trend penjualan akan bertambah rancak malam nanti, namun jangkaan saya meleset sama sekali apabila jam 8 sehinga 8.40 mula menampakkan sedikit susutan dari segi kehadiran pelanggan ke tempat saya , tapi sekitar jam 9 malam arus perjalan sedikit berubah apabila pelanggan mula berhimpun dengan pesanan yang banyak termasuk yang masuk makan ke gerai saya .
Segalanya selesai di jual sekitar jam 9.30 malam, jadi kami berkemas dan pulang awal . Harapan saya dan peniaga lain agar Pasar Malam Tasek Glugor berubah menjadi lebih " Konsisten" dengan kehadiran pelanggan. Dan akan lebih ceria pada tahun ini dan berikutnya.
ANDA TIADA PENGALAMAN BERNIAGA DI PASAR MALAM, DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DARI A TO Z DISINI SEKARANG

Aug 22, 2013
Bandar Perda - Liew Club - Ping Pong
Bandar Perda memang sudah sinonim dengan penduduk Seberang Perai dan Pulau Pinang kerana kawasan ini terdapatnya pejabat-pejabat pentadbiran Kerajaan Negeri dan juga Persekutuan.
Malahan terdapat juga kawasan perniagaan yang tersohor dan terkenal hampir seluruh Malaysia iaitu up-town yang cukup meriah pada hari sabtu dan ahad serta hari kelepasan , terlebih meriah lagi pada bulan ramadan dan sebelum menyambut perayaan.
Bandar Perda juga menempatkan hampir 95% warga berketurunan melayu yang mendominasi seluruh kawasan penempatan samada Pangsapuri Permata atau Kondominium Mutiara.
Kalau 12 tahun yang lalu harga Pangsapuri Permata hanya RM25,000 sahaja namun sekarang ini ground floor sudah mencecah hampir RM90,000 . Samada anda percaya atau tidak itulah kebenaran dan hakikatnya tentang betapa tinggi nya taraf hidup masyarakat negeri Pulau Pinang. Bagi mereka yang menyewa, harga untuk sewaan sebuah rumah dalam RM350 sebulan.
Terdapat 20 Blok Pangsapuri di Bandar Perda dengan sebuah blok menempatkan 100 buah rumah dari paras satu hingga paras 4 tanpa "lift" . Di setiap blok akan diwujudkan komuniti masyarakat untuk urusan pentadbiran yang diuruskan oleh AJK yang di lantik mengikut blok masing-masing.
Ada blok yang tersangat aktif dan ada juga yang terlalu kurang aktif, status ekonomi merangkumi pelbagai bentuk pekerjaan dari buruh kasar ke eksekutif yang menjadikan perbezaan taraf kehidupan terlalu jauh berbeza. Kalau dulu syarat untuk melayakkan memohon rumah kos rendah adalah gaji kurang dari RM1000 dan 12 tahun yang lalu jika dilihat kawasan parkir hanya mempunyai 5 ke 6 buah kereta sahaja namun kini suasana amat berbeza dan berubah dengan ketaranya apabila ada di kalangan penghuni mampu membeli kereta mewah dari jenama Alphard dan Mercedes .
Pelbagai acara sukan serta riadah banyak di jalankan mengikut blok masing-masing dan terbaru di Liew Club Blok C kini sukan PING PONG menjadi sukan utama dari kanak-kanak hingga ke dewasa. Dan disini juga Aree Bihunsup Ex-Service Beroperasi sebelum bergerak ke Pasar Malam seluruh Seberang Perai...
DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM UNTUK ANDA YANG SUDAH JEMU MAKAN GAJI DAN INGIN MENJANA PENDAPATAN YANG LEBIH

Saingan Piala Malaysia 2013 Bermula - Pasar Malam
Kini apabila bermulanya Piala Malaysia musim 2013 pasti ramai di kalangan peminat seluruh Malaysia mula menumpukan perhatian terhadap pasukan negeri masing-masing dan mula membuat congakkan siapa yang bakal menjulang Piala Malaysia 2013.
Itu kisah satu Malaysia namun tidak sunyi juga kami peniaga pasar malam yang sering memperkatakan Piala yang berprestij ini dan pada hari pembukaan masing-masing mula meletakkan pasukan impian akan menang .
Ramai yang kecewa apabila kebanyakkan perlawanan mencatatkan keputusan yang di luar dugaan apabila JDT tewas dan begitu juga pasukan idaman saya ATM tewas kepada Sime Darby . Keputusan yang mengejutkan ini bukanlah satu permulaan yang baik untuk ATM kerana Piala Malaysia terlalu singkat dan hanya ada 6 perlawanan sahaja. ATM perlu bangkit selepas ini untuk terus melakar sejarah 2012.
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI UNTUK JANA PENDAPATAN HEBAT

Aug 21, 2013
Pasar Malam Memang Menguntungkan
Setelah berakhirnya Bazaar Ramadan maka kini telah bermulalah perjuangan kami peniaga pasar malam beraksi semula di pasar malam pada setiap hari .
Minggu pertama perniagaan pasar malam telah mula menunjukkan tanda yang cukup positif dengan kehadiran pengunjung yang amat ramai dan ketara , seolah-olah mereka membalas dendam kepada makanan idaman mereka yang diidamkan tidak dapat di nikmati selama sebulan di bazaar ramadan.
Mungkin Bazaar Ramadan di lokasi mereka sebelum ini tidak seenak di pasar malam. Sebagai contohnya malam tadi di pasar malam Taman Janggus yang menyaksikan semua peniaga pulang dengan hati yang cukup girang akibat serangan pelanggan yang telah lama tidak kelihatan. Bolah di katakan semua menu yang di jual habis semuanya .
Maka tidak hairanlah ramai peniaga pasar malam lebih menggemari berniaga di pasar malam berbanding bazaar ramadan. Memang benarlah bagai di kata, perniagaan bazaar ramadan tahun ini boleh di katakan hampir 80% merungut dan gagal mendapat keuntungan yang banyak jika berbanding dengan pasar malam.
Dengan harga bahan mentah yang melonjak tinggi dan kos serta modal yang juga tinggi makanan yang di jual tidak mampu di letakkan dengan harga yang tinggi menyebabkan ramai peniaga seperti kami gagal di bazaar ramadan. Apatah lagi jika bazaar ramadan tersebut terletak di sekitar kawasan kampung-kampung yang kuasa membeli terlalu rendah.
Bila tamatnya Ramadan maka kini telah tibanya kembali masa yang di nanti-nantikan oleh semua peniaga pasar malam untuk mengembalikan semula musim kegemilangan dalam perniagaan masing-masing di pasar malam kerana PASAR MALAM AMAT MENGUNTUNGKAN.
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DISINI UNTUK KEUNTUNGAN MASA DEPAN ANDA

Aug 14, 2013
Pasar Malam Sahaja Yang Mampu Buat Duit
Tak kata tak melata, itulah pepatah yang sinonim dan mungkin tepat untuk kita perkata dan bincangkan pada kesempatan hari ini.
Tidak susah atau sukar untuk menghayati pepatah atau ayat di atas kerana hanya Pasar Malam yang mampu menjana pendapatan yang lumayan melebihi Bazaar Ramadan. Permulaan hari berniaga di pasar malam selepas bazaar ramadan mampu membuatkan peniaga yang tidak pernah mengukir senyuman di bulan puasa mampu tersenyum puas dan teruja..malah ada yang bersiul riang dan di wajah mereka tampak keceriaan yang tidak terhingga.
Kalau kita tanya bagaimana di bazaar ramadan pasti mereka mengerutkan dahi serta menunjukan wajah yang suram namun bila di pasar malam, riak wajah berubah ceria tanpa perlu kita bertanya dan kita sendiri boleh melihat kegembiraan yang terpancar di wajah-wajah peniaga pasar malam ini.
Gembira dan cukup gembira yang tidak terhingga, apa tidaknya jika di bazaar ramadan ramai yang gagal meraih pendapatan yang lumayan dan ada yang mengalami kerugian setiap hari selama 20 hari atau ada yang menanggung kerugian sehingga tamat ramadan , mereka ini bertahan demi menjaga pekerja yang setia dan sanggup membayar upah walaupun hakikatnya mereka mengalami kerugian yang teruk.
Jika kita tanya pasti yang mengalami kerugian berjumlah ribuan ringgit semasa ramadan dan hasil kaji selidik saya hampir 70% peniaga bazaar ramadan tahun 1434 Hijrah (2013) mengalami kerugian atau keuntungan yang cukup nipis ( Dalam anggaran RM70 ke RM100 sahaja sehari ).
Dengan kembalinya pasar malam dan keghairahan pembeli yang pelbagai kaum maka terpancar semula senyuman di kalangan mereka. Syukur Alhamdulillah.....kesabaran dan sokongan keluarga yang amat di perlukan.....Aminnnnnnn
DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM ANDA DISINI

Aug 10, 2013
11 Ogos Operasi BihunSup Bermula
Setelah mengharungi Bazaar Ramadan selama sebulan dengan penuh perit getir dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang maha hebat....kini akan bermula kembali perjuangan di pasar malam seperti biasa.
Perniagaan saya akan bermula esok 11 Ogos 2013 di pasar malam Mengkuang Titi. Dengan penuh azam dan iltizam yang kuat saya menyasarkan jualan akan habis awal esok dan terlalu teruja menunggu hadirnya kembali pasar malam .
Pastinya ramai peniaga yang ternanti-nanti dan tidak sabar untuk kembali ke pasar malam yang amat menguntungkan dan pasti jugak ramai peniaga bersedih terpaksa melepaskan Bazaar Ramadan yang jugak menguntungkan bagi mereka yang berjaya menjana pendapatan yang banyak.
Namun bagi saya Bazaar Ramadan tahun ini terlalu mendukacitakan dan menjadi sejarah hitam dalam perniagaan saya yang kegagalan tahun ini terlalu ketara dan amat menyeksakan berbanding tahun-tahun yang lalu dari segi jualan. Ramai yang gembira namun terlebih ramai lagi yang merungut dengan prestasi jualan mereka. Hanya yang terlibat dengan perniagaan ini akan merasai pahit getir dan keperitannya......
Doakan permulaan pasar malam saya esok akan menjadi permulaan yang baik....dan mengagumkan...
EBOOK PASAR MALAM BUAT ANDA MENJANA PENDAPATAN , DAPATKAN DISINI

FC Barca Menentang Harimau Malaya ( Malaysia )
Perlawanan antara Barca dan Malaysia memang menakjubkan apabila Malaysia sekadar kalah 1-3 . Dan ini amat membanggakan kita kerana Barca merupakan salah sebuah kelab gergasi dunia yang paling kuat.
Namun ramai yang amat kecewa kerana Messi tidak beraksi sehingga ke akhir perlawanan kerana di khabarkan mengalami kecederaan. Perlawanan ini merupakan persembahan terakhir Barca dalam misi jelajah Asia setelah mengaibkan Thailand dengan 7 - 1 huhuhuhu.
Walaupun rentak permainan Malaysia sekadar bertahan dan nampak hambar namun yang dalam perlawanan bolasepak adalah menang atau kalah. Malaysia berjaya menyekat kemaraan Barca untuk mendapatkan gol yang banyak....syabas Malaysia...
ANDA INGIN BERNIAGA DI PASAR MALAM, DAPATKAN EBOOK PANDUAN DISINI

Aug 6, 2013
Selamat Menyambut Hari Raya 1434 Hijrah - Salam Aidil Fitri.
Di kesempatan yang ada ini saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya buat semua sahabat , rakan taulan, pembeli ebook pasar malam dan yang mengenali diri saya Aree Bihun Sup Ex-Service.
Semoga hari lebaran tahun ini akan memberi makna yang amat mendalam buat kita semua serta perniagaan dan orang yang kita sayangi dan cintai.
Lupakan kegagalan kita di Bazaar Ramadan dan tanamkan azam untuk tingkatkan jualan selepas hari raya nanti. Cukup sekadar berhari-raya dalam seminggu dan jangan berlebih-lebih....
SALAM LEBARAN DARI SAYA BUAT SEMUA SAHABAT DALAM ATM JUGA...
Jika ada kesempatan dan peluang sila jemput ke rumah saya di alamat:
SERTA HUBUNGI SAYA DI - 013-4704110
No 21, Lorong Penaga 12
Taman Penaga.
13000 PENAGA
KEPALA BATAS
BUTTERWORTH
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA KERANA MINGGU DEPAN PASAR MALAM AKAN BERMULA DENGAN LEBIH HEBAT LAGI