Aug 23, 2013

Pasar Malam Tasek Glugor - 2 Minggu

Setelah tamatnya Ramadan maka semalam kami berniaga di pasar malam Tasek Glugor untuk minggu kedua selepas ramadan.

Minggu lepas misi gagal disebabkan hujan yang turun amat lebat dari jam 5 petang sehingga jam 8 malam dan disusuli  dengan hujan renyai-renyai. Perniagaan menjadi merosot kerana pelanggan takut di basahi hujan.

Malam tadi merupakan minggu ke 2 selepas ramadan kami berniaga disini, namun iklim perubahan menampakan peningkatan disebabkan cuaca panas dan terang. Faktor ekonomi juga sedikit sebanyak membantu dalam melariskan jualan malam tadi. Dengan pembayaran gaji pada 22/8/13 maka bertambah rancak lagi urusan jual beli.

Kehadiran pengunjung pasar malam seawal jam 6 petang sudah menampakkan trend penjualan akan bertambah rancak malam nanti, namun jangkaan saya meleset sama sekali apabila jam 8 sehinga 8.40 mula menampakkan sedikit susutan dari segi kehadiran pelanggan ke tempat saya , tapi sekitar jam 9 malam arus perjalan sedikit berubah apabila pelanggan mula berhimpun dengan pesanan yang banyak termasuk yang masuk makan ke gerai saya .

Segalanya selesai di jual sekitar jam 9.30 malam, jadi kami berkemas dan pulang awal . Harapan saya dan peniaga lain agar Pasar Malam Tasek Glugor berubah menjadi lebih " Konsisten" dengan kehadiran pelanggan. Dan akan lebih ceria pada tahun ini dan berikutnya.

ANDA TIADA PENGALAMAN BERNIAGA DI PASAR MALAM, DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DARI A TO Z DISINI SEKARANG
 

No comments :

Post a Comment