Aug 22, 2013

Bandar Perda - Liew Club - Ping Pong

Bandar Perda memang sudah sinonim dengan penduduk Seberang Perai dan Pulau Pinang kerana kawasan ini terdapatnya pejabat-pejabat pentadbiran Kerajaan Negeri dan juga Persekutuan.

Malahan terdapat juga kawasan perniagaan yang tersohor dan terkenal hampir seluruh Malaysia iaitu up-town yang cukup meriah pada hari sabtu dan ahad serta hari kelepasan , terlebih meriah lagi pada bulan ramadan dan sebelum menyambut perayaan.

Bandar Perda juga menempatkan hampir 95% warga berketurunan melayu yang mendominasi seluruh kawasan penempatan samada Pangsapuri Permata atau Kondominium Mutiara.

Kalau 12 tahun yang lalu harga Pangsapuri Permata hanya RM25,000 sahaja namun sekarang ini ground floor sudah mencecah hampir RM90,000 . Samada anda percaya atau tidak itulah kebenaran dan hakikatnya tentang betapa tinggi nya taraf hidup masyarakat negeri Pulau Pinang. Bagi mereka yang menyewa, harga untuk sewaan sebuah rumah dalam RM350 sebulan.

                                             Picture Apartment For Sale - Apartment Permata (Bandar...

Terdapat 20 Blok Pangsapuri di Bandar Perda dengan sebuah blok menempatkan 100 buah rumah dari paras satu hingga paras 4 tanpa "lift" . Di setiap blok akan diwujudkan komuniti masyarakat untuk urusan pentadbiran yang diuruskan oleh AJK yang di lantik mengikut blok masing-masing.

Ada blok yang tersangat aktif dan ada juga yang terlalu kurang aktif, status ekonomi merangkumi pelbagai bentuk pekerjaan dari buruh kasar ke eksekutif yang menjadikan perbezaan taraf kehidupan terlalu jauh berbeza. Kalau dulu syarat untuk melayakkan memohon rumah kos rendah adalah gaji kurang dari RM1000 dan 12 tahun yang lalu jika dilihat kawasan parkir hanya mempunyai 5 ke 6 buah kereta sahaja namun kini suasana amat berbeza dan berubah dengan ketaranya apabila ada di kalangan penghuni mampu membeli kereta mewah dari jenama Alphard dan Mercedes .

Pelbagai acara sukan serta riadah banyak di jalankan mengikut blok masing-masing dan terbaru di Liew Club Blok C kini sukan PING PONG menjadi sukan utama dari kanak-kanak hingga ke dewasa. Dan disini juga Aree Bihunsup Ex-Service Beroperasi sebelum bergerak ke Pasar Malam seluruh Seberang Perai...

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM UNTUK ANDA YANG SUDAH JEMU MAKAN GAJI DAN INGIN MENJANA PENDAPATAN YANG LEBIH

No comments :

Post a Comment