Aug 23, 2013

Pasar Malam Penanti - Mengkuang Titi

Pasar Malam Penanti     atau lebih tepat lagi terletak di Lokasi Mengkuang Titi merupakan sebuah pasar malam yang telah diasaskan sejak 20 tahun yang lalu dan dikhabarkan sebelum siapnya lebuh raya kehadiran pengunjung memang cukup ramai, termasuk juga peniaga mencecah hampir 200 gerai .

Pengalaman seorang peniaga yang telah berumur hampir 55 tahun menceritakan pengalaman beliau kepada saya. Kemudian setelah projek Lebuhraya sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan pasar malam di kawasan ini.

Saya mula berniaga disini sejak 13 tahun yang lalu dan merasai pelbagai susah dan senang bertahan disini. Pengamatan saya sekarang memang pada mula dulu perniagaan kurang memberangsangkan. Namun setelah kehadiran pekerja-pekerja luar dari Myamar, Vietnam dan Bangladesh sedikit sebanyak telah melonjakkan rentak perniagaan disini.


ebook panduan pasar malam
SUP GEAR BOX



Jangan terkejut kalau sup adalah menjadi makanan "favorite" bagi warga Bangladesh dan Warga Nepal. Mereka pandai bertutur didalam Bahasa Melayu dan setiap kali datangnya hari ahad mereka pasti tidak melepaskan peluang menikmati "SUP" kerana di negara mereka juga terdapat "SUP" yang seumpamanya, namun mereka tidak makan bihun atau koay teow.

Dengan wujudnya taman perumahan di persekitaran pasar malam ini maka telah membantu dari segi ekonomi untuk peniaga pasar malam Mengkuang Titi menambah pendapatan dan meningkatkan jualan.

Mungkin juga ada dikalangan penduduk kawasan persekitaran yang tidak pernah berkunjung ke Pasar Malam ini. Merupakan satu kerugian kepada anda jika anda tidak pernah berkunjung kerana anda terlepas peluang menikmati makanan yang cukup enak jika di bandingkan dengan kedai makan yang dan disamping harga yang cukup murah dan layanan yang teristimewa.

Jangan lupa lapangkan masa anda pada hari ahad ini untuk berkunjung ke pasar malam Mengkuang Titi untuk menikmati pengalaman yang tak mungkin anda lupakan dan jangan terlepas peluang berkunjung ke Gerai  " AREE BIHUNSUP EX-SERVICE " ..

ANDA INGIN BERNIAGA DI PASAR MALAM NAMUN TIADA PENGALAMAN, KINI ANDA BOLEH DAPATKAN EBOOK PANDUAN YANG PENUH INFORMASI DISINI SEKARANG

No comments :

Post a Comment