Aug 10, 2013

11 Ogos Operasi BihunSup Bermula

Setelah mengharungi Bazaar Ramadan selama sebulan dengan penuh perit getir dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang maha hebat....kini akan bermula kembali perjuangan di pasar malam seperti biasa.

Perniagaan saya akan bermula esok 11 Ogos 2013 di pasar malam Mengkuang Titi. Dengan penuh azam dan iltizam yang kuat saya menyasarkan jualan akan habis awal esok dan terlalu teruja menunggu hadirnya kembali pasar malam .


                                    
Pastinya ramai peniaga yang ternanti-nanti dan tidak sabar untuk kembali ke pasar malam yang amat menguntungkan dan pasti jugak ramai peniaga bersedih terpaksa melepaskan Bazaar Ramadan yang jugak menguntungkan bagi mereka yang berjaya menjana pendapatan yang banyak.

Namun bagi saya Bazaar Ramadan tahun ini terlalu mendukacitakan dan menjadi sejarah hitam dalam perniagaan saya yang kegagalan tahun ini terlalu ketara dan amat menyeksakan berbanding tahun-tahun yang lalu dari segi jualan. Ramai yang gembira namun terlebih ramai lagi yang merungut dengan prestasi jualan mereka. Hanya yang terlibat dengan perniagaan ini akan merasai pahit getir dan keperitannya......

Doakan permulaan pasar malam saya esok akan menjadi permulaan yang baik....dan mengagumkan...

EBOOK PASAR MALAM BUAT ANDA MENJANA PENDAPATAN , DAPATKAN DISINI 

No comments :

Post a Comment