Mar 31, 2016

Borang Jualan Tapak Bazaar Ramadan Kecoh

Penipuan Nombor Giliran Dikenal Pasti

Tinggal lebih kurang 70 hari lagi seluruh umat Islam akan menyambut Ramadan yang bakal menjelma bulan Jun nanti. Rata-rata peniaga pasar malam dan uptown mula memperkatakan lokasi-lokasi yang paling bagus untuk bertapak selama 1 bulan.

Namun yang tak bestnya setiap kali itu juga pastinya berlaku perkara-perkara yang kurang enak didengar yakni berlakunya pergaduhan yang membabitkan bakal-bakal peniaga dengan penganjur atau sesama peniaga akibat merebut tapak.

Inilah yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro berlakunya pergaduhan disebabkan nombor je pun yang dikenal pasti berlakunya penipuan dalam mendapatkan nombor giliran untuk mendapatkan borang bazaar ramadan di Stadium Petaling Jaya kelmarin.

Berlaku sedikit kekecohan apabila ada individu yang menggunakan nombor giliran palsu ketika membeli borang permohonan berkenaan. Mereka menipu supaya dapat membeli borang tersebut kerana ianya terhad.

Namun Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBSJ) Zainun Zakaria berkata, hanya berlaku sedikit kekecohan ketika pengagihan nombor giliran tapi ianya tidaklah serius seperti yang dilaporkan mereka yang tidak bertanggungjawab di media sosial. Hanya wujud pertengkaran mulut tetapi tidaklah sampai berlaku tumbuk-menumbuk.

MBSJ menafikan sekeras-kerasnya khabar angin yang tersebar di WhatApp dan media sosial berhubung pergaduhan besar akibat berebut tapak bazaar Ramadan. Sepatutnya orang ramai jangan mudah terpengaruh dan menyebarkan berita yang tidak betul tanpa usul periksa terlebih dahulu.

"Segala kekecohan yang berlaku dapat diselesai dan ditangani oleh pegawai bertugas", ujarnya lagi.

Zainun berkata, segelintir individu tidak sepatutnya menyalahkan pihak MBSJ  kerana tawaran borang pengagihan sudah pun dimaklumkan dari awal sejak 9 Mac lalu.

" Mereka-mereka yang inginkan borang perlulah datang awal dan kami menggunakan sistem siapa datang awal akan dilayan dahulu, " first come first serve",.

Tiada sebarang laporan polis dibuat akibat insiden itu.

Mar 30, 2016

Wang Hantaran Kahwin Ikut Trend Atau Kelulusan

Pandangan Peniaga Pasar Malam Wang Hantaran Nikah Kahwin Melambung Gila-Gila

Banyak isu yang terjadi bila musim cuti panjang persekolah berkenaan nikah kahwin yang membabitkan wang belanja hantaran yang dikatakan cukup tinggi dan naik mendadak sejak kebelakangan ini.

Adakah ini budaya Islam atau pun trend ikutan bangsa Melayu yang suka berlawan dengan jiran, atau pun mengikut kelulusan mereka.

Bila isu ini timbul bagi pihak keluarga perempuan lah yang akan paling melenting disebabkan mereka perlukan duit untuk buat kenduri kahwin. Tapi bukanlah semuanya bersikap begitu namun kebanyakan memang macam itulah lebih kurangnya yang dok ada la ni.

Isu ini juga menjadi topik perbualan kami peniaga pasar malam semasa berehat ketiadaan pelanggan, sembang-sembang kosong kata orang.

Hal-hal begini ada pro dan kontra. Bagi saya sendiri yang mempunyai 3 orang anak dara dan 2 anak teruna pastinya mempunyai hujah yang tersendiri. Masing-masing mempunyai idea dan pendapat sendiri untuk dilontarkan samada ianya bernas atau igauan diri sendiri terpulang pada ampunya diri membuat persepsi berkenaan jumlah wang hantaran nikah kahwin.

Bagi kami anak jati kelahiran Pulau Pinang yang dilahirkan betul-betul dibahagian Pulau dan mempunyai darah kacukan india muslim walaupun tidak pure namun tetap ada campuran Melayu dan India Muslim berbeza dengan Melayu Original.

Ibubapa sebelah perempuan akan memberi alasan barang sekarang mahal sebab itulah jumlah wang hantaran nikah kahwin jadi mahal. Adakah itu boleh diterima?. Saya tak mau komen hal tersebut dan saya hanya akan lontarkan pandangan peribadi saya sahaja.

Bagi saya yang kami juga mengikut trend tetapi trend kami adalah wang hantaran pada PONUU (Istilah sebutan pengantin perempuan) yang diterima dari MAPPELAIR (Istilah sebutan pengantin Lelaki) akan kami gunakan membeli peralatan bilik buat pasangan pengantin seperti Katil, Tilam , Almari dan Meja Make-up serta Barang Kemas. Dan perbelanjaan kenduri kahwin akan dikeluarkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan. Istilah barang mahal atau tidak langsung tiada kaitan dengan kami.

Berbeza dengan bukan dari keturunan kami seperti yang dilahirkan disebelah Seberang Perai, mereka memberikan alasan barangan mahal disebabkan mereka akan gunakan wang hantaran tersebut untuk membuat kenduri kahwin.

Yang wajib adalah mas kahwin jadi janganlah membebankan pihak pengantin lelaki kerana mahukah anda melihat anak menantu anda menjadi susah selepas bernikah nanti kerana ditapukkk dengan hutang yang banyak sebab nak penuhi permintaan pihak perempuan. Kalau kenduri gah mana pun hanya sehari tetapi penderitaan yang anak menantu kita akan alami bertahun lamanya..

Jadi fikirkan dan renungkan sejenak hal ini......

ANDA INGIN BERNIAGA DI PASAR MALAM, JOM DAPATKAN BUKU PANDUAN PASAR MALAM DISINI SEGERA

Mar 28, 2016

Generasi Muda Dan Pasar Malam

Sebutan Gen Y dan Gen X Terkini Dan Pasar Malam Buat Mereka


Kalau anda sezaman dengan saya dalam usia 45 tahun ke atas maka anda akan dapat melihat dari zaman anda muda dahulu hingga ke usia sekarang ini. Bagaimana lonjakan kemajuan banyak mempengaruhi perkembangan pemikiran seseorang dan kemajuan yang dikecapi kini.

                                              
                              Sahabat saya dalam gambar, Rosli Murtabak adalah
                              seangkatan dengan saya memulakan pasar malam.

Bagaimana kalau dahulu tiada telefon bimbit untuk dibawa kesana-sini dan terpaksa kita gunakan pondok telefon , itu pun kalau masih dalam keadaan baik. Kalau dah hancur dek vandalisme maka hancussslah impian kita untuk menelefon buah hati atau kampung halaman.

Begitu jugalah kalau kita lihat perkembangan pasar malam zaman dahulu dan sekarang ini yang tampak cukup berbeza sepesat dengan kemajuan era digital terkini. Kalau dahulu jangan harap la boleh nampak peniaga-peniaga muda akan menjaja di pasar malam dan jangan harap nak nengok kebab dan kentang putar serta ais krim.

                                                

Dan cara susun atur barangan jualan mereka pun nampak "old fashion", maaf bukan saya mengata sesiapa tetapi sudut pengalaman inilah "realiti" ketika itu. Seingat saya, kisah perniagaan diri saya sendiri dalam dunia perniagaan pasar malam ketika saya berusia 27 tahun dan masih lagi berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia. Tetapi kalau dari segi berkecimpung dalam perniagaan seawal usia 25 tahun saya dah pun bermula . Ketika itu saya menjual keropok Lekor dan Air Kacang Soya, namun sekejap je sebab saya mula bernafsu besar hahahahaha....maksud saya ingin mencari duit lebih lagi di pasar malam.

Dalam usia sebegitu muda dan sudah ada pekerjaan tetap sebagai seorang anggota tentera, saya sekadar menjadikan pasar malam hanya "partime" mencari duit lebih dan memenuhi masa terluang. Sebab sebagai seorang anggota tentera dalam perkhidmatan Kor Kesihatan Diraja yang berkhidmat dengan unit Pangkalan Udara Butterworth ( TUDM Butterworth) sehingga pencen tahun 2008. Saya hanya bekerja dalam masa pejabat iaitu 8 pagi hingga 4.30 zaman saya dahulu tetapi kini jam 5 petang.

Ketika mengusahakan perniagaan pasar malam ini terasa keseronokan yang amat sangat sebab hari-hari dapat duit "cash" yang sentiasa memenuhi "porch". Ketika itu jarang kalau boleh nampak tauke seusia saya kerana ketika itu saya masih ingat lagi bahawa tauke bihunsup yang paling muda adalah saya yang berusia 28 tahun dan anda bayangkan bagaimana saya terpaksa bersaing dengan otai-otai yang dah berpuluh tahun bertapak di pasar malam.

Ketika ini saya amat bangga sangat sebab ramai dari generasi X dan Y sudah mula nampak keuntungan dan faedah berniaga di pasar malam. Minda mereka kini sudah terbuka dan ditambah pula kesukaran mendapat kerja dengan gaji yang setimpal walaupun mereka punyai diploma atau pun ijazah. Kalau anda terfikir yang peniaga pasar malam tidak berpelajaran maka anda silap besar hehehehe.....boleh dikatakan kebanyakan pemuda-pemuda yang berniaga di pasar malam mempunyai diploma atau ijazah...kalau sijil lagi la ramai.

Disebabkan pengetahuan mereka yang tinggi dengan ilmu maka anda lihat sajalah bagaimana mereka mengadaptasikan ilmu itu dalam perniagaan mereka dan paling ketara kita boleh lihat adalah dari segi "layout" barang jualan mereka. Paling ramai kita nak jumpa generasi muda ini boleh lah anda kunjungi Uptown Perda atau Kiosk Bertam. Merekalah mendominasikan segalanya.

INGIN BERNIAGA DIPASAR MALAM ATAU UPTOWN ATAUPUN BAZAAR RA,MADAN YANG BAKAL TIBA KURANG 60 HARI LAGI DAPATKAN PANDUAN DISINI

Mar 27, 2016

Pasar Malam Taman Pauh Semakin Suram

RM35 Ja Untung Pasti Orang Ketawa

Pasar Malam Taman Pauh berlokasi hadapan Politeknik Seberang Perai merupakan sebuah pasar malam yang menjadi impian setiap peniaga pasar malam ingin mempunyai tapak dilokasi tersebut dan sering menjadi rebutan kerana pasar malam ini di katakan cukup menguntungkan sehingga ada antara peniaga mengaut keuntungan bersih sehingga RM650 ke RM1000 hanya satu malam.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA.

Pada pendapat anda adakah ianya benar? atau sekadar omong kosong dikalangan peniaga yang kaki temberang. Mungkinkah mereka sekadar syok sendiri, anda jawablah dalam hati dan fikirlah sehingga ketemu jawapanya.

Jawapan saya untuk soalan tadi adalah memang benar kerana saya sendiri pernah merasainya. 

Namun kehebatan pasar malam Taman Pauh semakin muram kerana jualan sekarang ini amat teruk sekali. Ya untung sekadar RM35 memanglah kalut jadinya sebab pekerja saya pun gaji RM65 sehari. Inikan pula tauke sendiri dapat sekadar RM35 dan memangnya langsung tak berbaloi.

Kalau 7 tahun yang lalu "yes", memang cukup mantap pasar malam taman pauh ini dengan kunjungan ramai pelajar Uitm dan Politeknik.

Entah kenapa sekarang ini perniagaan kami di pasar malam yang cukup hebat menjunam secara tiba-tiba. Apa yang kami peniaga pasar malam perasan adalah kebanjiran pelajar-pelajar dari Pantai Timur yang cukup ramai dan kalau ke pasar malam mereka hanya akan mencari menu-menu turun temurun dari negeri mereka.


Kenapa saya kata begitu, ianya adalah kerana ada seramai 6 orang peniaga yang menjual nasi kerabu dan nasi dagang. Kesemua mereka berjaya menjual habis barang mereka.

Bukanya saya menyalahkan pelajar dan inilah asam garam seorang peniaga. Dalam dunia perniagaan tidak selalunya cerah sebab itu tak ramai orang kita yang mahu menjalankan perniagaan kerana takut alami kerugiaan. Justeru itu hati seorang peniaga kental, semangat kena kuat walaupun menjual goreng pisang. Kalau hati tak tabah maka sebulan rugi pasti tertiarap tengah halaman huhuhu. 

Jangan terlalu memikirkan sesuatu yang telab berlalu kerana hari esok pasti hadir dan belum berakhir hidup ini bak kata dalam Ql- Quran dan hadis " Kejarlah dunia seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan kejarlah akhirat seolah-olah kamu akan mati esok".

Hanya seorang peniaga mampu menyelami hati peniaga lain.

Mar 25, 2016

Polis Dan Pasar Malam Berpisah Tiada

Tanpa Polis Tiada Keamanan Dan Tiada Pasar Malam

Semperna sambutan Hari Polis pada hari ini yang disambut setiap tahun amat membanggakan saya sebagai salah seorang bekas badan beruniform walaupun warna berbeza namun objektif tetap sama menjaga keselamatan negara.

Tanpa Polis keamanan tidak mungkin dikecapi dan kalau tiada keamanan macam mana nak berniaga dan nak cari makan pun susah seperti diluar negara. Mereka hidup dalam kucar kacir, tiada makanan akibat huru-hara yang dilakukan rakyat mereka sendiri.

DAPATKAN BUKU PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM KHAS BUAT WARGA POLIS DIRAJA MALAYSIA HANYA RM30

Kami seluruh peniaga pasar malam amat menghargai jasa dan pengorbanan setiap anggota polis yang masih berkhidmat atau yang telah bersara dan tak lupa kami kirimkan Al Fatihah buat mereka yang telah kembali ke rahmatullah demi memperjuangkan negara Malaysia tercinta.


Setiap tahun apabila tiba sambutan Hari Polis maka solat Jumaat akan di Imamkan oleh seorang Pegawai Polis dari bahagian Agama. 
Pada hari ini juga sebentar tadi solat Jumaat telah di imamkan oleh seorang Pegawai Muda Polis yang membaca Khutbah berkaitan tugas-tugas kepolisan menjaga keamanan dan nilai-nilai murni dalam diri anggota Polis itu sendiri.

Setiap daripada mereka mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam melaksanakan tugas yang telah disusunaturkan oleh pihak atasan PDRM.


Masjid Bandar Perda menjadi saksi setiap kali sambutan Hari Polis disambut maka seorang imam dari kalangan anggota Polis akan berdiri dan berkutbah diatas Mimbar Masjid Perda dengan luahan kutbah yang berapi-api membakar semangat setiap makmum mencintai keamanan sejagat kerana tugas mereka tidak mampu dilaksanakan tanpa bantuan orang awam.

Penutup doa selepas solat cukup meninggalkan kesan yang amat mendalam buat makmum yang mengaminkan doa dibaca Imam pegawai polis tersebut dan hanya lelehan airmata tanpa disedari menggenangi setiap kelopak mata makmum yang hadir...

TAKBIRRRRRRRRRRRRRRR

Stokis Daging Pasar Malam Bukit Mertajam

Pembekal Daging Paling Besar di Bukit Mertajam

Sejak saya mula berniaga dipasar malam 18 tahun yang lalu, segala bekalan atau stok daging, tulang, gearbox, kaki, perut dan limpa semuanya datang dari pengedar di Market Bukit Mertajam. Istilah "Market", memangnya dalam bahasa inggeris tetapi kami orang Penang sudah biasa menyebutnya dan tidak menyebut Pasar. Kalau ada yang gunakan perkataan Pasar memang sah yang dia bukan orang Penang hehehe.

Market Bukit Mertajam berlokasi di Pekan Bukit Mertajam yang telah wujud sekian lama sejak saya belum dilahirkan lagi. Perniagaan daging ini telah diwarisi sejak zaman berzaman oleh tuan punya asal.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA

Gambar diatas adalah pembekal dan penjual daging terbesar di Market Bukit Mertajam. Mewarisi perniagaan dari bapa beliau. Nama gelaran Am daging, merupakan seorang yang berhemah, bermotivasi tinggi dan cukup rajin bekerja .

Stok daging yang saya perolehi disini sentiasa dijaga kualitinya sebelum dihantar ke rumah.
Sejak 18 tahun yang lalu disinilah tempatnya untuk saya dan rakan-rakan lain mendaptkan stok yang mudah . Tidak perlu bersusah payah kesana sini mencari stok kerana Am akan menghantar sendiri stok ke hadapan rumah terus kedalam peti sejuk kami.


Tulang-tulang yang "fresh" terdapat disini tanpa perlu menggunakan tulang import yang membuatkan kuah sup terasa lebih manis dan menyelerakan.


Wira sahabat saya yang cukup baik hati, sentiasa tersenyum girang melayan pelanggan juga merupakan adik kepada Am yang sama-sama menjalankan perniagaaan ini.
Pak Long daging saya beri gelaran merupakan seorang pesara tentera yang sentiasa berpakaian kemas walaupun kerjanya bermain dengan daging ...terbaiklah Askar Pencen.

Mar 24, 2016

Update Blog Dengan Mobile Anda

Karang Blog Guna PC Jangan Sekali-Kali Update Guna Mobile

Padah menanti anda jika semasa menulis sesuatu artikel pada blog anda dan esoknya anda menyedari terdapat kesilapan dalam ejaan, pastinya anda ingin betulkan ejaan tersebut.

Perkara ini berlaku kepada saya pada malam tadi apabila saya menulis sebuah artikel bertajuk " Kenapa Pesara Tentera Tidak Perlu Makan Gaji", dan pagi tadi saya menyedari terdapat beberapa kesilapan dari ejaan dan saya ingin betulkan mengguna Mobile.

Namun apabila saya menekan button update segalanya musnah dan hilang begitu sahaja....kecewa memang teramat kecewa sebab dah karang panjang lebar sampai 1500 patah perkataan, siapa yang tak hanginnnnn satu badan.

Mar 23, 2016

Pencarian Model Tudung Fareeda

Mydin Mall Bukit Mertajam Pencarian Model Tudung Fareeda

Semasa saya berkunjung ke Mydin Mall tadi dalam proses pencarian ayam untuk stok esok mata saya terpana kearah skreen tv gergasi di ruang legar utama pasaraya Mydin dengan model-model sedang memperagakan tudung-tudung jenama yang cukup terkenal iaitu Tudung Fareeda.

Bercerita tentang soal tudung Fareeda mungkin anda kurang percaya jika saya katakan yang keluarga mereka tinggal sekampung dengan saya, model sekarang yang sentiasa terpapar pada papan-papan iklan gergasi adalah Mawar iaitu anak sulung kepada Puan Fareeda.

Mawar dengan saya memanglah jauh perbezaan dari segi umur dan nenek kepada Mawar adalah rakan baik ibu saya kerana ibu saya dan nenek Mawar tinggal sekampung semasa kecil di Jelutong, Pulau Pinang.

Kampung kami terletak di Permatang Janggus, Permatang Pauh, Seberang Perai, Pulau Pinang. Sekarang ni dah jadi artis jadi Ibu saya dah jarang berkunjung ke rumah nenek Mawar.

Ok lah berbalik kepada tajuk entri, pencarian model tudung Fareed yang akan berlangsung di Mydin Mall, Jalan Baharu Perai dari 23hb - 25hb Mac 2016. Tiada sebarang syarat ketat dikenakan, tak perlu ada diploma atau ijazah. Anda hanya perlu hadir pada tarikh yang dimaklumkan untuk sesi fotografi dan mungkin tuah anda ada disini.

Saya masih lagi teringat pada tahun 2009 anak kepada Pak Mat Laksa yang bernama Halimahton. Sentiasa ke pasar malam membantu emak dan bapak beliau dalam perniagaan laksa. Rupa paras Halimahton memang tak boleh nak dipertikaikan la sebab siapa yang bertandang ke gerai laksa Pak Mat pasti kalau boleh tak nak bangun dah.

Akhirnya Si Halimahton berjaya menjadi model yang cukup terkenal sekarang ini, anda carilah sendiri siapa model yang saya maksudkan kerana dari Laksa ke pentas antarabangsa. Tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu, begitulah rezeki Halimahton.

Mungkin ada dikalangan anak-anak, kaum kerabat dan sahabat handai yang berminat menjadi model maka silalah panjangkan maklumat ini ya.

Kenapa Pesara Tentera Tidak Lagi Perlu Makan Gaji

Perlukah Pesara Tentera Bekerja Makan Gaji Selepas bersara

Sebagai seorang pesara tentera yang telah menamatkan perkhidmatan selama 22 tahun dalam Kor Kesihatan Diraja ingin saya melontarkan sepatah dua kata kepada yang telah bersara dan bakal meninggalkan perkhidmatan tidak lama lagi.

3 tahun sebelum meninggalkan dunia ketenteraan sudah sepatutnya kita fikirkan apa akan kita lakukan bila memasuki dunia awam yang akan menentukan kehidupan realiti kita sehingga meninggalkan dunia ini pulak hehehe.

Justeru itu cubalah mencari sesuatu untuk kita lakukan selepas bersara nanti. Tentunya pemikiran setiap dari kita berbeza, ada yang suka makan gaji dan ada yang ingin mengusahakan perniagaan sendiri. Alasan juga pasti ada dalam diri setiap bakal pesara tentera.

Kehidupan dunia awam memang cukup berbeza dengan dunia ketenteraan yang menyediakan segala kemudahan dari pelbagai sudut . Namun kejutan pasti akan berlaku selepas menamatkan perkhidmatan. Ada yang suka bila masa perkhidmatan akan tamat dan tak kurang pula yang berduka untuk meninggalkan dunia ketenteraan yang sudah dipelopori dari usia 18 tahun lagi .

Kenapa tajuk entri saya letakan Perlukah Pesara Tentera Bekerja Makan Gaji Selepas Bersara.
Saya tidak ingin mengulas lanjut semasa dalam perkhidmatan kerana setiap anggota tentera akan mengalami semua proses ini, cumanya bergantung kepada setiap individu bagaimana memilih kursus peralihan untuk bekalan bila tamat perkhidmatan nanti.

Setelah berkhidmat selama 21tahun minima pencen atau 22 tahun hingga ke 27 tahun. Kalau semasa zaman saya dahulu kebanyakan dari kami hanya akan berkhidmat selama 21 tahun hingga ke 22 tahun sahaja. Namun sekarang ini majoriti anggota tentera seboleh-bolehnya akan cuba menyambung paling kurang pun 25 tahun dan ada yang hingga 27 tahun, inilah ayat yang selalu anak buah akan cakap "tak kan nak tongkat langit kot, orang lain pun nak pakai pangkat juga", ayat rutin yang akan dicakapkan dari dahulu hingga sekarang, ok kita lupakan perkara itu.

Kenapa saya menggalakan anda berniaga dan mengusahakan perniagaan sendiri adalah kerana kata Tun M " Dah lama dah", anda makan gaji dan bertuankan orang lain. Mahukah anda sebut lagi "baik tuan, baik puan, yes sir, baik encik, baik sarjan", sampai nak sebut perkataan itu. Memanglah tidak mendatangkan sebarang kesan pada kita tapi soalan saya...sampai bila!!!!

Ubah minda dan sikap diri kita sendiri, kenapa perlu takut mengusahakan perniagaan sendiri. Bukanya membuka syarikat impot dan eksport yang perlukan modal ratusan ribut ringgit. Cukuplah sekadar perniagaan kecil-kecilan yang mampu menjana pendapatan meneruskan kehidupan dalam dunia awam.

Kenapa perlu takut, setiap anggota tentera yang bersara akan menerima awang ganjaran (gratuiti) dan wang tabung, wang gantian cuti serta sijil saham Affin Bank. Nilai semua itu mencecah ratusan ribu ringgit. Kalau 8 tahun yang lalu ketika zaman saya mula-mula pencen kami perolehi antara RM100,000 ke RM130,000 mengikut pangkat dan lama perkhidmatan. Tetapi kini jumlah itu semua telah meningkat 1 kali ganda dan menerima RM200,000 ke atas . Dimaklumkan oleh sahabat saya yang baru menamatkan perkhidmatan dengan pangkat PW 1. Nah itu dia modal yang sudah tersedia buat memulakan perniagaan.

Tambahan pula setiap anggota yang berpencen bakal menerima pencen bulanan (Rate Terkini) antara RM2200 ke RM2600 mengikut lama berkhidmat dan juga pangkat terakhir. Semuanya ini bakal menyelamatkan anda sekiranya berlaku kerugiaan dalam perniagaan.

Masalah sekarang adalah minda negatif dalam diri anda sendiri yang sentiasa terfikir kerugiaan sebelum memulakan perniagaan itu sendiri, saya sendiri pun bukanlah mempunyai perniagaan yang besar dan hebat, saya hanyalah seorang peniaga pasar malam . Saya telah menceburi bidang ini sejak 18 tahun yang lalu, 10 tahun semasa masih berkhidmat dalam tentera dan 8 tahun selepas pencen. Kalau semasa sedang berkhidmat saya sekadar melakukannya "part time" sahaja, namun selepas bersara saya terus melakukan perniagaan ini sepenuh masa dengan 5 pekerja .

Bolehkah Pasar Malam Tampung Kos Kehidupan??? mungkin ini berlegar juga di fikiran anda kalau sikap negatif masih tebal. Jawapan saya adalah, pendapatan pasar malam lebih dari gaji bulanan yang anda sandang dahulu....ini realiti tapi , mungkin ada yang memandang sinis kerana kami terpaksa bermain dengan panas, hujan dan berpeluh. Tapi satu sahaja ingin saya perkatakan yang anda akan berpuas hati bila menuai hasil pendapatanya dan pencen bulanan boleh anda bekukan sahaja dalam akaun bank anda.

Ada masa kita sambung, jom layan Arab Saudi lawan Malaysia...Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019


Wangian Ariff Kasturi Rebutan Di Pasar Malam

Jenama Produk Ariff Kasturi Terhangat di Pasar Malam Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam

Lomor je itu tag line yang digunakan untuk Produk Jenama Ariff Kasturi yang mempunyai rangkaian seluruh Malaysia. Jenama ini semakin hari semakin popular dengan jualan harian mencecah ratusan ribu ringgit disemua outlet serra terdapat di pelbagai kawasan dan kini anda tidak perlu bersusah payah untuk ke Perak mendapatkan barangan keluaran Ariff Kasturi daripada "owner".

Kini produk keluaran Ariff Kasturi sudah bertapak di pasar malam seluruh Malaysia dan khas untuk anda kami bawakan produk ini langsung dari Pasar Malam Taman Pauh hadapan Politeknik Seberang Perai.

Produk yang menjadi rebutan ramai ketika ini cukup mendapat sambutan yang hangat di pasar malam Taman Pauh. 

Terdapat pelbagai barangan dari Ariff Kasturi dan antaranya adalah wangian terapi, wangian kereta, wangian badan dan sabun muka yang sejuk berangin. 


Saya perkenalkan kepada anda sahabat saya yang merupakan stokis mobile yang cukup berjaya dalam penjualan produk jenama Ariff Kasturi yang sedang ngetopppp sekarang ini, orangnya " hansome" dan peramah itulah Suhaimi Mie nama yang gah di setiap pasar malam Seberang Perai yang sentiasa tersenyum mesra terhadap sesiapa sahaja.

Bermotivasi tinggi, mempunyai daya usaha yang cukup hebat dalam dalam melaksanakan tugas sebagai stokis mobile Ariff Kasturi yang paling berjaya dalam kelompok Stokis Mobile Ariff Kasturi.

Pasar Malam  Taman Pauh adalah salah satu lokasi perniagaan beliau yang mendapat sambutan yang cukup hangat dan hebat. Pasar malam ini didominasi oleh pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi seperti Uitm dan Politeknik yang sentiasa mengunjungi lot tapak saudara Suhaimi bagi mendapatkan stok Ariff Kasturi. Mereka amat tertarik dengan pelbagai produk diniagakan Suhaimi yang petah memberi penerangan tentang khasiat dan faedah dalam penggunaan produk-produk jenama Ariff Kasturi.

Riak wajah yang sentiasa tersenyum dan periang amat disukai pelanggan yang berurusan dengan Suhaimi jadi tidak mustahil mereka akan sentiasa menantikan kehadiran saudara Suhaimai seawal jam 4 petang. Ada yang sanggup berteduh di bawah khemah Aree Bihunsup sambil menanti saudara Suhaimi membuka perniagaan beliau.

Jadi kenapa anda perlu gunakan produk jenama lain sedangkan saudara Suhaimi sudah berada disini untuk anda, kerana setiap produk yang beliau jual mempunyai jaminan dan setiap minggu anda akan berjumpa beliau sekiranya terdapat sebarang masalah. Jika anda beli ditempat lain belum pasti anda akan berjumpa penjualnya.

Oleh itu jangan lupa temujanji anda hari Sabtu akan datang bersama Saudara Suhaimi bagi mendapatkan Produk Jenama Ariff Kasturi no.1 di Malaysia.

Mar 22, 2016

Beli Dengan Duit Koyak Di Pasar Malam

Duit Koyak Sikap Dan Mentaliti Pembeli

Isu duit koyak tak pernah akan habis atau berhenti disitu sahaja selagi sikap dan mentaliti pembeli dan termasuk peniaga masih ditakuk lama, tiada bertolak ansur dan sifat pendendam menghantui diri individu itu sendiri.

Seringkali kita terdengar pasal duit koyak yang diterima peniaga pasar malam atau peniaga yang memberikan kepada pembeli.

Duit Koyak ini bukan sahaja berlaku di pasar malam tetapi berlaku di mana sahaja dalam dunia perniagaan yang melibatkan urusan tunai (cash), adanya pembeli dan peniaga akan berlakulah isu duit koyak.

Ada sesetengah kes duit koyak punya pasal boleh menyebabkan pergaduhan yang melibatkan kecederaan yang agak serius dek masing-masing tak mahu bertolak ansur, menyalahkan antara satu sama lain. Kalau salah seorang mengalah dan menerimanya pasti tak akan berlarutan dan berpanjangan.

Ada juga dikalangan peniaga pasar malam bila menerima duit koyak akan memberi kepada orang lain pula, dan orang yang menerima duit koyak itu pula akan memberi kepada orang lain pula. Maka hal duit koyak ini tak akan berhenti, ianya akan berlegar-legar dalam satu pusingan ( circle ) roda.

Yang paling sakit hati sesama peniaga pun terkena juga kalau tidak diperhatikan betul-betul. Saya melabelkan orang jenis ini sebagai "banggang", sebab kawan sendiri pun nak pekena ....tidak sepatutnya berlaku. Minggu lepas saya sendiri menerima duit koyak selepas seorang sahabat yang juga peniaga pasar malam membayar duit air selepas minum. Saya dengan lembut memberi sedikit " Tarbiah", dan apa jawapannya ," orang bagi kat aku", dah tu kalau orang bagi wajarkah pekena kawan-kawan . Itu jawapan saya kepada mamat ni.

Sepatutnya kalau kita dah menerima duit koyak, kenalah "up" sikit minda tu. Ambik duit koyak tersebut dan simpan kemudian pergi bank dan tukar. Itulah cara yang saya lakukan.

Mulai hari ini mahu dok ingat, jangan dok pekena orang lain dah dengan duit koyak

DISINI KAMI LANCARKAN EBOOK PANDAUAN PASAR MALAM UNTUK ANDA

Mar 21, 2016

Astro Tak Berbaloi

ASTRO KALAU TAK BAYAR TERUS POTONG, BAYAR LEMBAB PEMASANGAN SEMULA

Posting saya kali ini hanya buat panduan rakan-rakan sebab Astro tidak pernah maklumkan beberapa perkara, bukan nak kondem tapi nak habaggggg ja....

Malam tadi selepas balik berniaga saya seperti biasa, mandi dan makan sambil berehat-rehat menonton tv. Rancangan yang saya tonton ketika itu Astro saluran 832 rancangan kegemaran saya perlawanan bola sepak  Liga Inggeris. Perlawanan antara Kelab kegemaran Manchester United menentang Manchester City.

Dalam pada sedap-sedap menonton tiba-tiba plooopppp terpapar di skreen tv ayat " you are not subscribe this channel", saya dan isteri apa lagi melompat la sebab isteri saya juga peminat bola sepak ...tambahan pula Liga Inggeris.

Kemudian saya dengan pantas terus membuat pembayaran melalui maybank2u jam 1.50 pagi dengan harapan penyambungan semula akan dilakukan dalam tempoh 30 minit seperti yang lepas-lepas. Menanti 30 minit kemudian penyambungan masih belum dilakukan, saya mengambil keputusan untuk tidur sebab dah lewat pagi.

Bangun pagi lebih kurang jam 10 pagi penyambungan masih belum dilakukan sehinggalah jam 7 malam. Saya mengambil keputusan untuk menelefon pihak Astro dan jawapan yang saya terima agak mendukacitakan kerana operator Astro memaklumkan bil saya masih tertunggak, cukup terkejut saya dengan penjelasan operator tersebut. Saya info kepada mereka pembayaran telah dibuat jam 1.50 menerusi Maybank2u online. Kemudian operator tersebut sekali lagi membuat semakan namun tidak dapat membuat sambungan semula sebab bayaran.di buat selepas jam 11 malam.

Sejak bila pula ada undang-undang dari Astro bayaran bil tidak boleh dibayar selepas jam 11 malam, kalau bayaran dibuat juga penyambungan akan mengambil masa 24 jam. Gilaaaaa betui la Astro ni....

Mar 20, 2016

Ebook Panduan Pasar Malam Dan Uptown

Ebook Panduan Berniaga Di Pasar Malam Dan Uptown
Meniti hari-hari mendatang, kita semakin tertekan dengan kehidupan seharian yang penuh mencabar dan penuh materialistik mendambakan kita terpaksa berusaha menambah wang saku dengan pelbagai kerja sambilan perlu dilakukan dan ebook panduan berniaga di pasar malam dan uptown sudah lama diterbitkan. Mungkin ramai yang belum perasan kewujudanya.


Apabila GST mula diperkenalkan kita tambah dibebani dengan kos kewangan yang kian mencengkam, bukanlah kita terlalu mengejar wang tapi harus diingat wang bukan segalanya tapi untuk membeli barang harus ada wang maka dengan itu ingin saya bantu anda dengan terbitnya ebook panduan berniaga di pasar malam dan uptown khas buat anda yang bermotivasi tinggi untuk menambah pendapatan.


Ebook panduan berniaga di pasar malam dan uptown bukan sekadar ebook yang dibuat hanya melepas batuk di tangga tetapi ianya dihasilkan oleh seorang peniaga pasar malam yang sudah berkecimpung dalam perniagaan pasar menjangkau hampir 18 tahun. Segala pengalaman dan panduan didalam ebook didatangkan khas dari apa yang telah pengarang lalui dan tempuhi selama 18 tahun.


Kandungan ebook panduan berniaga di pasar malam dan uptown ini cukup padat dengan segala macam ilmu yang belum pernah anda lalui dan tidak terfikir oleh anda. Sedikit pun tidak pengarang sembunyikan maklumat-maklumat penting untuk anda ikuti sebagai panduan bila anda memulakan perniagaan itu nanti. Anda tidak perlu gusar dan ragu-ragu terhadap ketulinan penulisan pengarang.
Penulis atau pengarang ebook panduan berniaga di pasar malam dan uptown  ini berasal dari Pulau Pinang dan nama gelaran di pasar malam Pulau Pinang dipanggil dengan nama "Aree", dan lebih sinonim dipanggil " Aree Bihunsup Ex Service", kerana beliau merupakan seorang pesara tentera .


Ebook panduan berniaga di pasar malam banyak memberi tip kepada anda yang secara totalnya langsung tidak tahu menahu tentang ilmu pasar malam dan uptown. Segalanya diceritakan dalam ebook tersebut:


1. Bagaimana untuk anda mendapatkan tapak di pasar malam.
2. Apakah produk untuk anda berniaga.
3. Bagaimana memperolehi lesen dari pihak berkuasa tempatan (PBT).
4. Cara memilih generator.
5. Tips pemasangan lampu .
6. Pengiraan modal.
7. Apakah kenderaan yang sesuai digunakan.
8. Cara membeli kaki meja 8ka x 8ka.
9. Berapakah gaji yang sepatutnya dibayar kepada pekerja anda.
10. Bagaimana mengurus dan mendapatkan bahan mentah dengan harga yang murah.
11. Bagaimana penggunaan bateri kereta menggantikan generator.
Dan pelbagai lagi perkara  yang didedahkan dalam ebook panduan berniaga di pasar malam dan uptown.
Anda juga boleh berhubung terus dengan pengarang ebook panduan berniaga di pasar malam dan uptown bagi mendapatkan khidmat nasihat secara terus melalui talian telefon yang diberikan mengikut laman web atau anda boleh menghantar sebarang pertanyaan melalui " whataps" dan " message", kerana Saudara Aree pasti akan melayan anda dengan penuh sopan dan berhemah...
Kepada yang berminat mendapatkan ebook panduan berniaga di pasar malam dan uptown sila ikuti link tertera disini>>http:/www.wangpasarmalam.com


Semasa zaman remaja seawal mula berniaga di pasar malam bersama pekerja yang cukup setia.


Kaki meja berukuran 6ka x 6ka


Bihunsup Special RM5.50


Inilah wajah Ebook Panduan Berniaga Di Pasar Malam


Banner yang diguna pakai dari dahulu hingga sekarang


Banner terbaharu dengan Logo Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP)


Ebook Resipi Sup Gear box akan diberi percuma pada anda dengan pembelian senaskah Ebook Panduan Berniaga Di Pasar Malam


Pekerja yang cukup setia dari dahulu hingga sekarang. Dan bagaimana kami kekalkan mereka terus berkerja dengan kami semuanya didedahkan dalam Ebook Panduan Berniaga Di Pasar Malam

Mar 19, 2016

Masalah Kerosakan Longkang Van Pasar Malam

Longkang Van Rosak

Perkara yang sering berlaku terhadap peniaga pasar malam yang menggunakan kenderaan van adalah longkang van rosak yakni pintu sisi yang boleh ditarik pada bahagian tepi bawah bahagian reel kerap kali reput akibat takungan air.

Longkang van rosak ini adalah rutin akan mengalami kerosakan dalam tempoh 2 tahun sekali pasti akan timbul kerosakan ini yang menyebabkan pintu van sukar untuk ditutup dalam keadaan normal. Peniaga harus menutup secara berhati-hati agar pintu ini tidak akan terus tercabut kerana untuk memasukkan kembali kedalam laluan reel amat sukar.

Sekiranya tuan punya van yang membuka dan menutup longkang van rosak ini tidak masalah kerana tuan punya van pastinya akan berhati-hati, yang dikhuatiri adalah pekerja-pekerja beliau kerana kebiasaanya mereka akan menarik atau membuka dengan kasar dan menambahkan lagi kerosakan yang sedia ada.

Bukanya tuan punya van enggan membaiki longkang van rosak ini tetapi kekanggan masa yang agak terhad menyebabkan beliau tidak sempat untuk dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Berniaga seminggu penuh 7 hari dan kalau dibawa ke bengkel pastinya mengambil masa paling kurang 1 hari baru siap justeru itu lah perkara ini berlarutan.

Bengkel yang paling terbaik untuk dihantar bagi membaiki longkang van rosak adalah bengkel yang sudah biasa membaiki van-van atau lori pasar malam kerana mereka hanya akan mengambil masa yang singkat lebih kurang 9 ke 5 petang bergantung pada keadaan longkang van rosak samada banyak atau sedikit kerosakanya.

Kos membaiki longkang van rosak juga bergantung pada kuantiti besi yang akan digunakan untuk membuat reel itu sendiri dan paling murah pun dalam anggaran RM200.

Bahagian reel yang rosak sudah dibaiki.


Kekemasan kerja baiki reel van boleh kita nampak.


Kerosakkan yang dialami agak serius

Kerosakkan begini akan menelan belanja yang agak tinggi.

Mar 18, 2016

Bila Pekerja Pasar Malam Mengamuk

Tauke Kedekut Perah Keringat

Mungkin tajuk entry agak keras Bila pekerja pasar malam mengamuk dan ini sekadar untuk memberi " impression", kuat terhadap sesuatu perkara yang berlaku di pasar malam melibatkan pekerja dan tauke mereka.

Bila pekerja pasar malam mengamuk sering kali kedengaran dimana-mana sahaja waema disektor apa sahaja yang terdapatnya pekerja dan tauke, bukan sahaja di pasar malam.

Namun pendedahan saya pada kali ini bila pekerja pasar malam mengamuk terdapat pelbagai cara dan kerenah dari pekerja kita dan 1001 perkara yang mereka lakukan untuk menunjukan protes terhadap majikan iaitu anda sendiri yang bergelar tauke di pasar malam.

Bila pekerja pasar malam mengamuk mempunyai pelbagai sebab dan musabab kenapa ianya berlaku dan sebagai seorang majikan anda harus dengan bijaknya menyelidiki kenapa ianya berlaku dan amatlah tidak adil tanpa usul periksa anda terus sahaja menjatuhkan hukuman, kerana pencuri sekali pun kalau ditangkap akan diadili oleh mahkamah terlebih dahulu sebelum dijatuhkan hukuman.

Banyak cara dan tip untuk kita ketahui bila pekerja pasar mengamuk ini dan salah satunya adalah cara " expresi", wajah mereka bila berinteraksi dengan majikan. Muka mereka bila bercakap tidak memandang wajah majikan dan memaling muka kearah lain.

Bila pekerja pasar malam mengamuk yang paling kita geram sebagai tauke adalah bila orang lain yang menyampaikan kepada kita yang pekerja kita selalu "KUTUK TAUKE", di belakang ....hahahahahaha, ini yang paling best . Saya tambah lagi bila pekerja pasar malam mengamuk siap plat nombor kenderaan anda sendiri pun akan di labelkan mengikut nama anda.

Sebagai contoh plat nombor dilabelkan bila pekerja pasar malam mengamuk seperti :

PDK XXXX  - Pak Daman Kedekut
MAK  XXXX - Mat Ali Kencing

Saya rasa mungkin anda dah boleh faham apa yang dimaksudkan oleh saya bila pekerja pasar malam mengamuk dan banyak perkara yang mereka ekspresikan dalam pelbagai perkara dan bentuk.

Kenapa bila pekerja pasar malam mengamuk boleh berlaku dan terjadi kepada anda. Anda sendiri sahaja yang mempunyai jawapannya.....

Dan tip dari saya yang paling penting dalam menjaga kebajikan pekerja agar bila pekerja pasar malam mengamuk tidak berlaku pada anda adalah bayaran gaji yang lumayan patut diberikan kepada mereka.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI DENGAN SEGERA DISINI

Sekadar Gambar Hiasan


Wajah ceria pekerja Aree Bihunsup Ex Service

Mar 17, 2016

Air Basuhan Pasar Malam

Besen Basuhan Pinggan Dan Mangkok Pasar Malam

Air Basuhan amat penting sekali bagi peniaga pasar malam yang berorientasikan perniagaan beliau dengan makanan yang menggunakan pinggan mangkok.

Air basuhan kalau kita perhatikan sering kali peniaga-peniaga kurang mengambil berat dan ada yang sambil lewa mencuci pinggan mangkok walaupun ramai pelanggan memerhatikan anda bekerja.

Bekas air basuhan perlulah disediakan dengan betul sekurang-kurangnya 3 besen air basuhan untuk memastikan yang pinggan dan mangkok selepas dicuci kebersihanya terjamin

Bila terdapatnya 3 besen air basuhan yang telah kita sediakan bermakna, 1 besen untuk menggunakan sabun, besen kedua untuk membilas sabun dan air basuhan besen ketiga untuk membilas semula. Ini sudah pastinya menghilangkan bau sabun basuh.

Jika air basuhan dalam keadaan kurang bersih atau bertukar warna sebaiknya ditukarkan air basuhan tersebut dengan yang baru.

Perniagaan pasar malam dengan kedai makan amat berbeza kerana kalau di kedai atau restoran air basuhan tidak menjadi masalah kerana mereka menggunakan paip air jadi penggunaan besen memadai hanya 2 sahaja untuk air basuhan tersebut sebab air paip sentiasa boleh mengalir kalau dibandingkan air basuhan di pasar malam.

Pemantauan oleh anda sendiri sebagai tauke atau ampunya perniagaan pasar malam berhubung air basuhan amat diperlukan kerana di kuatiri pekerja anda kurang menitik beratkan hal air basuhan ini. Janganlah sehingga Pihak Berkuasa Tempatan keluarkan surat saman berkenaan air basuhan yang kotor baru anda nak putih mata.

PANDUAN MUDAH BERNIAGA DI PASAR MALAM KAMI SEDIAKAN BUAT ANDA

Mar 16, 2016

Bahang Panas Dan Kesan Kepada Pasar Malam

                                  Image result for gambar berpeluh

                   Adakah Pasar Malam Terkesan Dengan Cuaca Panas Melampau....

Bercakap soal kepanasan melampau yang melanda kawasan Utara Semenanjung banyak memberi kesan terhadap tanaman dan binatang ternakan. Petani dan pesawah menjadi risau kerana ketiadaan air untuk memenuhi petak-petak sawah.

Di Pulau Pinang sendiri kelmarin suhu paling tinggi dicatatkan di Perai dengan bacaan 32 darjah celcius sudah cukup membuatkan baju basah tanpa perlu memerah keringat yang teruk.

Anda boleh bayangkan bagaimana kami peniaga pasar malam keluar seawal jam 3.30 petang dan sampai ke lokasi pasar malam yang tanpa sepohon pokok pun untuk berteduh dan kami membuka payung serta perkakas untuk berniaga dibawah cahaya terik matahari......bagi anda adakah kami " peduliii atau kesahhh", dengan itu semua.


                                         Image result for gambar berpeluh

Peluh dahi meleleh turun membasahi baju seakan mandi yang tidak henti-henti namun senyuman tetap terukir disetiap wajah kami yang bergelar orang pasar malam....bagi anda adakah kami " peduliii atau kesahhh", dengan itu semua.

Kulit wajah kami mulai kelihatan gelap, mulai hitam dan berubah dek terbakar oleh cahaya matahari sedangkan kalau anda pastinya sudah bertong-tong kotak krim anti panas anda sudah sapu, hilanglah kekacakan peniaga pasar malam.....bagi anda adakah kami " pedulii atau kesahhh ", dengan semua itu.

Baiklah untuk maklumat anda semua, kami sedikit pun tidak pernah " pedulii atau kesahh" atau ambil "pot", tentang kulit kami yang terbakar dek kepanasan matahari, berpeluh atau hilang kekacakan wajah. Kerana kami sentiasa berdoa kepada Allah agar suasana di pasar malam sentiasa cerah biar pun panas terik....

Apa yang kami ambil " Kesahhh atau Peduli ", adalah jika turunnya hujan, memang cuaca sejuk dan dingin namun kesejukan itu samalah sejuknya poket kami yang kosong dek tiada pelanggan yang datang ke pasar malam, wajah kami akan lebih putih dan poket kami akan makin beku tanpa pelanggan. Bagi yang bekerja pejabat mungkin persepsi anda berbeza dari akmi yang bergelar peniaga pasar malam.

Apa yang pernah kami alami tahun-tahun yang lalu sebagai contoh saya ambil pada tahun 2015 bulan Oktober dan November bila hujan yang turun setiap petang dan pada setiap hari. Ianya memang cukup menjejaskan perniagaan kami. Setiap hari ada antara kami terpaksa menanggung kerugian hingga ratusan ringgit dek hujan setiap petang hingga ke malam. Ada orang akan berkata " itu kuasa Allah", ya memang benar dan Allah maha berkuasa maka sekarang ini Allah mendengar doa dan rintihan kami peniaga pasar malam.

                                      Image result for gambar berpeluh

Allah maha mengetahui dan maha mendengar setiap doa makhluknya maka kini rezeki kami pula untuk menjana pendapatan dan menampung semula apa yang telah kami kehilangan musim hujan lalu. Jadi kedatangan musim panas yang sedang berlanjutan ini telah membuka pintu rezeki buat peniaga pasar malam. Insha Allah akan kami manafaatkan apa yang telah Allah kurniakan kerana inilah masa yang cukup sesuai buat peniaga-peniaga baru berkecimpung dalam dunia perniagaan pasar malam samada "partime" atau "fulltime".

Tak perlu sesiapa risau atau berfikiran negatif kerana percaturan yang Allah tetapkan adalah yang paling terbaik buat umatnya dan tiada sesiapa yang mampu meramalkan apa akan berlaku dengan cuaca berikutnya........yang boleh meramal adalah " Pejabat kaji cuaca yang sentiasa meramal tapi jarang bebenonya tepat hahahahaha",  justeru itu redha pada apa yang telah Allah tetapkan.

Nasihat saya, awasi anak-anak anda di musim panas ini, elakan berada diluar rumah pada waktu tengahari dan minumlah air kosong 8 gelas sehari atau pun 4 botol air mineral 500ml untuk menjaga kesihatan anda dan kestabilan air dalam badan anda .....maafkan saya andai penulisan ini membuatkan ada yang kurang senang....sekian wasallam.

ANDA BERMINAT BERNIAGA DI PASAR MALAM, JOM DAPATKAN EBOOK INI YANG TELAH KAMI SEDIAKAN KHAS BUAT ANDA

Mar 15, 2016

Kenapa Penyediaan Kuey Teow Sup Berbeza Dengan Bihun Sup

Kuey Teow Sup dan Bihun Sup Amat Berbeza Semasa Penyediaan Kepada Pelanggan


Ramai peniaga agak keliru dalam kuantiti penyediaan kuey teow sup dan Bihunsup semasa menyediakanya didalam mangkok untuk dihidangkan kepada pelanggan. Biasanya mereka akan meletakan kuantiti yang banyak seperti bihunsup juga tetapi ini ternyata salah.
Bihunsup kalau diletak banyak sekali pun ianya tidak mengapa, disebabkan bihun tidak memualkan dan tidak memenuhkan perut anda dengan cepat.

Tetapi kuey teow sup memang cepat memualkan dan mudah kenyang, sebab itu jika anda perhatikan kenapa pelanggan anda jarang menghabiskan kuey teow sup...jadi letakan sekadar untuk mengenyangkan sahaja dan jangan berlebih-lebih...nanti pelanggan anda cepat jemu dan pendapatan anda juga mulai susut..

Filem Munafik 5 Bintang

5 Bintang Buat Filem Munafik Arahan Shamsul Yusoff

Saya baru balik melayan kehendak anak-anak ingin menonton filem Munafik yang kini hangat diperkatakan di laman-laman sosial. Minggu depan kami ke pawagam jam 9 malam tapi tiket dah sold out, jadi petang tadi ke pawagam jam 4 petang untuk booking tiket bagi show jam 9.45 malam.

Filem ini mula ditayangkan pada 25hb Feb 2016, filem berunsur seram dan penonton berumur 13 tahun sahaja boleh menonton. Pengarah yang tak asing dengan filem aksi dan seram, Shamsol Yusof. Terbitan Skop Production Sdn Bhd.

Pelakon adalah terdiri daripada:
Shamsol  Yusof, Nabila  Huda, 
Sabrina  Ali, Pekin Ibrahim,
Fizz  Fairuz, Dato Rahim Razali,
A.Galak, Zarina Zainordin dan Ruzlan Abdullah.


Filem ini berkisar tentang cerita Adam(Shamsol Yusof) yang kematian isteri dan anak akibat kemalangan Jalanraya. Adam merupakan seorang pengamal perubatan Islam yang menjadi seorang tulang belakang dalam kampungnya. 

Apabila kematian isterinya Adam mulai mempertikaikan qada dan qadar Allah serta semakin menjauhkan diri dari Masyarakat dan meninggalkan alam perkerjaan mengubati pesakit yang terkena sihir buatan manusia. Keimananya mula tergugat dan rapuh, beliau lebih senang beribadat di rumah bersama anaknya, Amir.

Pada ketika itu, seorang penduduk kampung Maria ( Nabila Huda ) telah dirasuk oleh Syaitan/jin sehingga perlakuanya menimbulkan kesangsian oleh Ibu tirinya Zati
 ( Sabrina Ali ) dan mengalami tekanan mental hingga terpaksa mengambil ubat tekanan jiwa.

Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan bahasa Arab yang digunakan semasa berinteraksi dengan jin/syaitan amat menarik sekali dengan kelincahan dan kepetahan Adam melontarkan nada cukup membuat saya dan penonton teruja.

Kalau tanya saya, memang 5 bintang saya bago buat filem Munafik...tahniah buat Shamsol Yusof.