Saya Askar Pencen Akan Bantu Anda Hingga Berjaya di Pasar Malam Dan Sebagai Jutawan SimKad Tone WoW.Jana Pendapatan PASIF Hingga Pencen
Mar 16, 2016
Bahang Panas Dan Kesan Kepada Pasar Malam
Adakah Pasar Malam Terkesan Dengan Cuaca Panas Melampau....
Bercakap soal kepanasan melampau yang melanda kawasan Utara Semenanjung banyak memberi kesan terhadap tanaman dan binatang ternakan. Petani dan pesawah menjadi risau kerana ketiadaan air untuk memenuhi petak-petak sawah.
Di Pulau Pinang sendiri kelmarin suhu paling tinggi dicatatkan di Perai dengan bacaan 32 darjah celcius sudah cukup membuatkan baju basah tanpa perlu memerah keringat yang teruk.
Anda boleh bayangkan bagaimana kami peniaga pasar malam keluar seawal jam 3.30 petang dan sampai ke lokasi pasar malam yang tanpa sepohon pokok pun untuk berteduh dan kami membuka payung serta perkakas untuk berniaga dibawah cahaya terik matahari......bagi anda adakah kami " peduliii atau kesahhh", dengan itu semua.
Peluh dahi meleleh turun membasahi baju seakan mandi yang tidak henti-henti namun senyuman tetap terukir disetiap wajah kami yang bergelar orang pasar malam....bagi anda adakah kami " peduliii atau kesahhh", dengan itu semua.
Kulit wajah kami mulai kelihatan gelap, mulai hitam dan berubah dek terbakar oleh cahaya matahari sedangkan kalau anda pastinya sudah bertong-tong kotak krim anti panas anda sudah sapu, hilanglah kekacakan peniaga pasar malam.....bagi anda adakah kami " pedulii atau kesahhh ", dengan semua itu.
Baiklah untuk maklumat anda semua, kami sedikit pun tidak pernah " pedulii atau kesahh" atau ambil "pot", tentang kulit kami yang terbakar dek kepanasan matahari, berpeluh atau hilang kekacakan wajah. Kerana kami sentiasa berdoa kepada Allah agar suasana di pasar malam sentiasa cerah biar pun panas terik....
Apa yang kami ambil " Kesahhh atau Peduli ", adalah jika turunnya hujan, memang cuaca sejuk dan dingin namun kesejukan itu samalah sejuknya poket kami yang kosong dek tiada pelanggan yang datang ke pasar malam, wajah kami akan lebih putih dan poket kami akan makin beku tanpa pelanggan. Bagi yang bekerja pejabat mungkin persepsi anda berbeza dari akmi yang bergelar peniaga pasar malam.
Apa yang pernah kami alami tahun-tahun yang lalu sebagai contoh saya ambil pada tahun 2015 bulan Oktober dan November bila hujan yang turun setiap petang dan pada setiap hari. Ianya memang cukup menjejaskan perniagaan kami. Setiap hari ada antara kami terpaksa menanggung kerugian hingga ratusan ringgit dek hujan setiap petang hingga ke malam. Ada orang akan berkata " itu kuasa Allah", ya memang benar dan Allah maha berkuasa maka sekarang ini Allah mendengar doa dan rintihan kami peniaga pasar malam.
Allah maha mengetahui dan maha mendengar setiap doa makhluknya maka kini rezeki kami pula untuk menjana pendapatan dan menampung semula apa yang telah kami kehilangan musim hujan lalu. Jadi kedatangan musim panas yang sedang berlanjutan ini telah membuka pintu rezeki buat peniaga pasar malam. Insha Allah akan kami manafaatkan apa yang telah Allah kurniakan kerana inilah masa yang cukup sesuai buat peniaga-peniaga baru berkecimpung dalam dunia perniagaan pasar malam samada "partime" atau "fulltime".
Tak perlu sesiapa risau atau berfikiran negatif kerana percaturan yang Allah tetapkan adalah yang paling terbaik buat umatnya dan tiada sesiapa yang mampu meramalkan apa akan berlaku dengan cuaca berikutnya........yang boleh meramal adalah " Pejabat kaji cuaca yang sentiasa meramal tapi jarang bebenonya tepat hahahahaha", justeru itu redha pada apa yang telah Allah tetapkan.
Nasihat saya, awasi anak-anak anda di musim panas ini, elakan berada diluar rumah pada waktu tengahari dan minumlah air kosong 8 gelas sehari atau pun 4 botol air mineral 500ml untuk menjaga kesihatan anda dan kestabilan air dalam badan anda .....maafkan saya andai penulisan ini membuatkan ada yang kurang senang....sekian wasallam.
ANDA BERMINAT BERNIAGA DI PASAR MALAM, JOM DAPATKAN EBOOK INI YANG TELAH KAMI SEDIAKAN KHAS BUAT ANDA
No comments :
Post a Comment