Mar 28, 2016

Generasi Muda Dan Pasar Malam

Sebutan Gen Y dan Gen X Terkini Dan Pasar Malam Buat Mereka


Kalau anda sezaman dengan saya dalam usia 45 tahun ke atas maka anda akan dapat melihat dari zaman anda muda dahulu hingga ke usia sekarang ini. Bagaimana lonjakan kemajuan banyak mempengaruhi perkembangan pemikiran seseorang dan kemajuan yang dikecapi kini.

                                              
                              Sahabat saya dalam gambar, Rosli Murtabak adalah
                              seangkatan dengan saya memulakan pasar malam.

Bagaimana kalau dahulu tiada telefon bimbit untuk dibawa kesana-sini dan terpaksa kita gunakan pondok telefon , itu pun kalau masih dalam keadaan baik. Kalau dah hancur dek vandalisme maka hancussslah impian kita untuk menelefon buah hati atau kampung halaman.

Begitu jugalah kalau kita lihat perkembangan pasar malam zaman dahulu dan sekarang ini yang tampak cukup berbeza sepesat dengan kemajuan era digital terkini. Kalau dahulu jangan harap la boleh nampak peniaga-peniaga muda akan menjaja di pasar malam dan jangan harap nak nengok kebab dan kentang putar serta ais krim.

                                                

Dan cara susun atur barangan jualan mereka pun nampak "old fashion", maaf bukan saya mengata sesiapa tetapi sudut pengalaman inilah "realiti" ketika itu. Seingat saya, kisah perniagaan diri saya sendiri dalam dunia perniagaan pasar malam ketika saya berusia 27 tahun dan masih lagi berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia. Tetapi kalau dari segi berkecimpung dalam perniagaan seawal usia 25 tahun saya dah pun bermula . Ketika itu saya menjual keropok Lekor dan Air Kacang Soya, namun sekejap je sebab saya mula bernafsu besar hahahahaha....maksud saya ingin mencari duit lebih lagi di pasar malam.

Dalam usia sebegitu muda dan sudah ada pekerjaan tetap sebagai seorang anggota tentera, saya sekadar menjadikan pasar malam hanya "partime" mencari duit lebih dan memenuhi masa terluang. Sebab sebagai seorang anggota tentera dalam perkhidmatan Kor Kesihatan Diraja yang berkhidmat dengan unit Pangkalan Udara Butterworth ( TUDM Butterworth) sehingga pencen tahun 2008. Saya hanya bekerja dalam masa pejabat iaitu 8 pagi hingga 4.30 zaman saya dahulu tetapi kini jam 5 petang.

Ketika mengusahakan perniagaan pasar malam ini terasa keseronokan yang amat sangat sebab hari-hari dapat duit "cash" yang sentiasa memenuhi "porch". Ketika itu jarang kalau boleh nampak tauke seusia saya kerana ketika itu saya masih ingat lagi bahawa tauke bihunsup yang paling muda adalah saya yang berusia 28 tahun dan anda bayangkan bagaimana saya terpaksa bersaing dengan otai-otai yang dah berpuluh tahun bertapak di pasar malam.

Ketika ini saya amat bangga sangat sebab ramai dari generasi X dan Y sudah mula nampak keuntungan dan faedah berniaga di pasar malam. Minda mereka kini sudah terbuka dan ditambah pula kesukaran mendapat kerja dengan gaji yang setimpal walaupun mereka punyai diploma atau pun ijazah. Kalau anda terfikir yang peniaga pasar malam tidak berpelajaran maka anda silap besar hehehehe.....boleh dikatakan kebanyakan pemuda-pemuda yang berniaga di pasar malam mempunyai diploma atau ijazah...kalau sijil lagi la ramai.

Disebabkan pengetahuan mereka yang tinggi dengan ilmu maka anda lihat sajalah bagaimana mereka mengadaptasikan ilmu itu dalam perniagaan mereka dan paling ketara kita boleh lihat adalah dari segi "layout" barang jualan mereka. Paling ramai kita nak jumpa generasi muda ini boleh lah anda kunjungi Uptown Perda atau Kiosk Bertam. Merekalah mendominasikan segalanya.

INGIN BERNIAGA DIPASAR MALAM ATAU UPTOWN ATAUPUN BAZAAR RA,MADAN YANG BAKAL TIBA KURANG 60 HARI LAGI DAPATKAN PANDUAN DISINI

No comments :

Post a Comment