Mar 23, 2016

Kenapa Pesara Tentera Tidak Lagi Perlu Makan Gaji

Perlukah Pesara Tentera Bekerja Makan Gaji Selepas bersara

Sebagai seorang pesara tentera yang telah menamatkan perkhidmatan selama 22 tahun dalam Kor Kesihatan Diraja ingin saya melontarkan sepatah dua kata kepada yang telah bersara dan bakal meninggalkan perkhidmatan tidak lama lagi.

3 tahun sebelum meninggalkan dunia ketenteraan sudah sepatutnya kita fikirkan apa akan kita lakukan bila memasuki dunia awam yang akan menentukan kehidupan realiti kita sehingga meninggalkan dunia ini pulak hehehe.

Justeru itu cubalah mencari sesuatu untuk kita lakukan selepas bersara nanti. Tentunya pemikiran setiap dari kita berbeza, ada yang suka makan gaji dan ada yang ingin mengusahakan perniagaan sendiri. Alasan juga pasti ada dalam diri setiap bakal pesara tentera.

Kehidupan dunia awam memang cukup berbeza dengan dunia ketenteraan yang menyediakan segala kemudahan dari pelbagai sudut . Namun kejutan pasti akan berlaku selepas menamatkan perkhidmatan. Ada yang suka bila masa perkhidmatan akan tamat dan tak kurang pula yang berduka untuk meninggalkan dunia ketenteraan yang sudah dipelopori dari usia 18 tahun lagi .

Kenapa tajuk entri saya letakan Perlukah Pesara Tentera Bekerja Makan Gaji Selepas Bersara.
Saya tidak ingin mengulas lanjut semasa dalam perkhidmatan kerana setiap anggota tentera akan mengalami semua proses ini, cumanya bergantung kepada setiap individu bagaimana memilih kursus peralihan untuk bekalan bila tamat perkhidmatan nanti.

Setelah berkhidmat selama 21tahun minima pencen atau 22 tahun hingga ke 27 tahun. Kalau semasa zaman saya dahulu kebanyakan dari kami hanya akan berkhidmat selama 21 tahun hingga ke 22 tahun sahaja. Namun sekarang ini majoriti anggota tentera seboleh-bolehnya akan cuba menyambung paling kurang pun 25 tahun dan ada yang hingga 27 tahun, inilah ayat yang selalu anak buah akan cakap "tak kan nak tongkat langit kot, orang lain pun nak pakai pangkat juga", ayat rutin yang akan dicakapkan dari dahulu hingga sekarang, ok kita lupakan perkara itu.

Kenapa saya menggalakan anda berniaga dan mengusahakan perniagaan sendiri adalah kerana kata Tun M " Dah lama dah", anda makan gaji dan bertuankan orang lain. Mahukah anda sebut lagi "baik tuan, baik puan, yes sir, baik encik, baik sarjan", sampai nak sebut perkataan itu. Memanglah tidak mendatangkan sebarang kesan pada kita tapi soalan saya...sampai bila!!!!

Ubah minda dan sikap diri kita sendiri, kenapa perlu takut mengusahakan perniagaan sendiri. Bukanya membuka syarikat impot dan eksport yang perlukan modal ratusan ribut ringgit. Cukuplah sekadar perniagaan kecil-kecilan yang mampu menjana pendapatan meneruskan kehidupan dalam dunia awam.

Kenapa perlu takut, setiap anggota tentera yang bersara akan menerima awang ganjaran (gratuiti) dan wang tabung, wang gantian cuti serta sijil saham Affin Bank. Nilai semua itu mencecah ratusan ribu ringgit. Kalau 8 tahun yang lalu ketika zaman saya mula-mula pencen kami perolehi antara RM100,000 ke RM130,000 mengikut pangkat dan lama perkhidmatan. Tetapi kini jumlah itu semua telah meningkat 1 kali ganda dan menerima RM200,000 ke atas . Dimaklumkan oleh sahabat saya yang baru menamatkan perkhidmatan dengan pangkat PW 1. Nah itu dia modal yang sudah tersedia buat memulakan perniagaan.

Tambahan pula setiap anggota yang berpencen bakal menerima pencen bulanan (Rate Terkini) antara RM2200 ke RM2600 mengikut lama berkhidmat dan juga pangkat terakhir. Semuanya ini bakal menyelamatkan anda sekiranya berlaku kerugiaan dalam perniagaan.

Masalah sekarang adalah minda negatif dalam diri anda sendiri yang sentiasa terfikir kerugiaan sebelum memulakan perniagaan itu sendiri, saya sendiri pun bukanlah mempunyai perniagaan yang besar dan hebat, saya hanyalah seorang peniaga pasar malam . Saya telah menceburi bidang ini sejak 18 tahun yang lalu, 10 tahun semasa masih berkhidmat dalam tentera dan 8 tahun selepas pencen. Kalau semasa sedang berkhidmat saya sekadar melakukannya "part time" sahaja, namun selepas bersara saya terus melakukan perniagaan ini sepenuh masa dengan 5 pekerja .

Bolehkah Pasar Malam Tampung Kos Kehidupan??? mungkin ini berlegar juga di fikiran anda kalau sikap negatif masih tebal. Jawapan saya adalah, pendapatan pasar malam lebih dari gaji bulanan yang anda sandang dahulu....ini realiti tapi , mungkin ada yang memandang sinis kerana kami terpaksa bermain dengan panas, hujan dan berpeluh. Tapi satu sahaja ingin saya perkatakan yang anda akan berpuas hati bila menuai hasil pendapatanya dan pencen bulanan boleh anda bekukan sahaja dalam akaun bank anda.

Ada masa kita sambung, jom layan Arab Saudi lawan Malaysia...Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019


No comments :

Post a Comment