Jan 16, 2017

Sokongan Isteri Amat Perlu Bagi Peniaga Pasar Malam

Isteri Adalah Pembuka Pintu Rezeki Buat Suami, Merudum Rezeki Suami Juga Sebab Isteri.

Dalam melayari bahtera rumahtangga dan menuju alam kebahagiaan segalanya perlu dikongsi bersama oleh pasangan yang bergelar suami isteri. Segala luar dan dalam pastinya dikongsi bersama dan perlu dirahsiakan dari pengetahuan umum.

Namun dalam istilah perkongsian ini ianya bukan sahaja dari segi perkongsian jasad sahaja akan tetapi yang amat penting adalah keredhaan seorang isteri dalam soal rezeki yang si suami ceburi.
Dalam apa bidang sekali pun isteri wajib redha pada suami.

Kisah ini saya paparkan adalah sebagai panduan buat para isteri diluar sana yang masih lagi bersikap negatif terhadap pekerjaan suami. Paparan ini adalah kisah benar berlaku di pasar malam . Ianya berlaku kepada seorang sahabat saya yang pada awal pernikahan rajin isteri membantu namun lama kelamaan isteri berubah sikap terhadap perniagaan pasar malam suami sehingga tidak lagi mahu membantu samada di rumah atau di pasar malam.

Sedih saya dengar kisah seorang sahabat yang agak rapat dengan saya. Apa yang mampu saya katakan adalah banyak-banyak bersabar dan berdoa agar isteri beliau kembali seperti sediakala.

Maka beringatlah seorang isteri, terimalah suami anda dengan seadanya jangan terlampau mengikut nafsu tamak dan haloba. Jangan ikut cara orang. Yang kaya belum tentu bahagia dan yang susah belum tentu derita. Segalanya kita yang tentukan.

Bantulah suami mencari rezeki halal agar nasib keluarga terbela. Sejarah peniaga pasar malam telah membuktikan ramai anak-anak yang telah berjaya sehingga ke PHD dan ada yang menjadi usahawan besar dan menjawat jawatan tinggi.

Buang minda negatif anda. Setting semula niat awal usia perkahwinan iaitu membina keluarga bahagia dan Insha Allah pasti mendapat keberkatan dari Allah Amin...

KINI KAMI SUDAH MELANGKAH KE PENDAPATAN PASIF DENGAN TONE PLUS TUNE TALK DI SINI

No comments :

Post a Comment