Jan 6, 2017

2017 Tahun Mencabar Buat Peniaga Pasar Malam

Kenaikan Harga Barang Dan GST Membebankan Peniaga Pasar Malam

Tidak dinafikan seluruh rakyat Malaysia amat merasai keperitan kos kehidupan kini. Apatah lagi dengan GST yang mula dikuatkuasakan.

Rungutan demi rungutan disuarakan oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kami peniaga kecil pasar malam namun hanyalah sekadar meluahkan rasa kekecewaan hati.

Peniaga yang terasa sangat kejatuhan harga ringgit di pasaran antarabangsa adalah peniaga yang berorientasikan bahan mentah yang diimport umpamanya daging lembu dan daging kambing.

November dan Disember 2016 cukup memberi kesan yang amat ketara dan cukup membebankan saya dan rakan-rakan lain. Kenaikan harga yang mendadak ekoran ringgit jatuh teruk dan pertukaran wang untuk membeli produk dari India menggunakan dollar Amerika yakni USD.

Harga barangan yang kami jual masih pada harga lama dan kekal sebegitu buat masa kini. Lantaran kenaikan harga pasaran menjadikan margin keuntungan kami susut lebih 40% pada keuntungan asal.

Untuk mengatasi kerugian dan mencari sumber kewangan ramai di kalangan kami mencari alternatif lain dan mencari sumber lain bagi menampung wang sara hidup untuk demi kelangsungan mencari sumber rezeki yang halal.

Pelbagai peluang yang ada di depan mata kami cuba usahakan dan lakukan. Namun ramai yang gagal dan ada yang terpengaruh pelbagai skim cepat kaya dan pelaburan forex yang menjanjikan keuntungan lumayan dan mimpi indah.

Saya juga pernah melakukan pelbagai perniagaan sejak 2007 dan pasar malam merupakan perniagaan hakiki saya.

Menjual ebook online, menjual pakaian di Ebay, Amazone.com, menjadi affiliate dan saya juga ada produk sendiri ebook pasar malam saya jual pada harga RM69.99.

Semua perjalanan yang saya lalui menjadikan saya lebih matang dan saya lebih kental dalam kehidupan ini.

Sehinggalah awal tahun 2016 apabila adik saya memperkenalkan Sim Kad Tune Plus yang menjanjikan keuntungan hakiki dengan sekali menjual kekal hingga akhir hayat dan boleh di warisi selagi mereka yang menggunakannya terus membuat topup.

Kegunaan sendiri juga kita di bayar sebanyak 3% dan orang di bawah tajaan kita apabila topup kita akan dapat pulangan sebanyak 13%.

Saya sekadar ingin berkongsi dengan anda bagaimana kami menjana pendapatan pasif akibat kepayahan hidup suatu ketika dahulu dan sehingga kini saya masih berniaga di pasar malam dan terus berusaha memaklumkan kepada orang ramai akan kebaikan dan keuntungan kami jana dengan tone talk tune plus...

ANDA INGIN KETAHUI LANJUT SAYA JANA PENDAPATAN PASIF TUNE TALK KLIK DI SEGERA.

No comments :

Post a Comment