Jan 20, 2017

Apakah Itu Affiliate

Memperkenalkan Konsep Affiliate Online

Apabila Aree aka Zulkarnai Berbicara:

Apakah Yang Dikatakan Program Affiliate...

Mungkin ramai di kalangan kita pernah mendengar berkaitan ejen pemasaran atau "Marketing Agen". Mudahnya ada ejen yang menjual kereta atau peralatan avon dan barang kecantikan yang lain. Mereka ini akan mendapat komisyen apabila dapat menjual sesuatu barang.

Untuk pengetahuan anda sistem ini dalam bahasa yang digunakan secara online yang hebat ini dinamakan sistem "Affiliate" iaitu anda cari orang anda dibayar.

Ok baik, untuk lebih kefahaman buat anda saya berikan contoh mudah disini.

Saya Aree selaku Affiliate dan Shamsol Anuar adalah tuan punya produk yang mempunyai sebuah kedai printing menjual baju.

En Shamsol Anuar telah mencari orang-orang yang berminat mempromosikan barangan beliau secara online atau pun offline. Aree pula berminat dalam bidang ini maka Aree pun menjadi ejen pemasaran kepada En Shamsol.

Kemudian apabila Aree berjaya mendapatkan pelanggan yang membeli produk En Shamsol maka Aree akan menerima komisyen sebagaimana yang telah ditetapkan oleh tuan punya kedai yakni En Shamsol.

Contoh lagi. Jika Aree berjaya menjual sehelai baju Encik Shamsol akan membayar komisyen sebanyak RM5 dan bayangkan jika seorang pelanggan yang menempah 400 helai baju maka Aree akan menerima komisyen berjumlah RM5 X 400 helai = RM200. Lumayan bukan.

Tujuan memperkenalkan pelanggan baru dan menjual produk sebagai Affiliate amat mudah sekarang ini kerana segala kemudahan hanya di hujung jari. Akan tetapi sebagai seorang pemilik barangan atau pun tuan punya kedai yang menjadikan seseorang itu sebagai "affiliate" juga perlulah jujur dan wajib membayar setiap barangan yang diperkenalkan sehingga orang baru itu membeli  produk itu.

Untuk menjadi seorang affiliate atau ejen pemasaran anda tidak perlu sebarang modal. Anda hanya perlu signup/daftar pada link yang telah disediakan oleh pemilik kedai yang membuat barangan tersebut dan anda hanya perlu menggunakan kemahiran yang ada pada diri anda dalam soal mempromosi untuk mencari pelanggan baru.

Semakin rajin anda membuat promosi maka peluang semakin banyak untuk anda menjana pendapatan dan semakin penuh kocek anda.

Tempat-tempat mempromosi cukup banyak sekarang ini dan hanya memerlukan sedikit kerajinan untuk mengarang bagaimana untuk anda menyakinkan seorang pembaca agar menjadi seorang pembeli.

Salam sukses
Aree aka Zulkarnai
0134704110

http://squadtoneplus.net/?ref=58

No comments :

Post a Comment