Feb 22, 2016

Keropok Lekor Terhangat Di Pulau Pinang

Pastinya anda mempunyai makanan kegemaran bila ke pasar malam. Setiap orang punya minat sendiri, ada yang suka makan bihunsup, nasi ayam, nagget atau air soya.

Kali ini saya ingin membawa anda ke pasar malam Taman Pauh hadapan Politeknik S.Perai Pulau Pinang.

Pasar malam yang beroperasi setiap hari sabtu sentiasa dinanti-nantikan oleh orang ramai yang menetap di sekitar Taman Pauh dan pelajar-pelajar Politeknik serta Uitm.

Tiap kali ke pasar malam selain Aree Bihunsup yang menjadi tumpuan adalah keropok lekor yang diusahakan oleh sahabat saya saudara Yusoff atau lebih mesra dengan panggilan Ucop. Perwatakan yang sederhana dan mesra pelanggan menjadikan keropok Lekor Ucop amat digemari oleh pelanggan yang datang ke pasar malam.

Keenakkan dan keranggupan rasa keropok yang penuh dengan ikan menjadi kegilaan pelajar Politeknik dan Uitm, yang datang pastinya tidak pernah pulang dengan tangan kosong. Setiap mereka akan membeli paling kurang pun RM1. Ada juga yang pelanggan tetap membeli sehingga RM10 sekali beli.

Pernah keropok Ucop habis seawal jam 8.30 malam akibat diserbu peminat-peminat keropok lekor dan pelanggan yang datang lewat marah-marah sebab tidak sempat membeli tapi demi menjaga hati pelanggan saudara Yusoff tidak pernah menghampakan mereka. Beliau akan pulang ke rumah mengambil sedikit stok yang masih ada buat permintaan pelanggan tetap tadi yang datang lewat

Begitulah sifat saudara Ucop yang peramah dan mesra pelanggan kerana moto beliau adalah " Customer First" dan " Customer is always Right", sifat terpuji Saudara Yusoff inilah yang menyebabkan beliau amat di sukai pelanggan dan amat disenangi kawan.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA

No comments :

Post a Comment