Feb 21, 2016

Persepsi Masyarakat Terhadap Peniaga Pasar Malam

Pagi tadi sekitar jam 9 pagi kawasan Taman saya diadakan aktiviti gotong royong membersihkan setiap longkang dan parit gara-gara denggi yang sudah 5 orang dijangkiti namun masih belum ada yang maut.

Gotong-royong diadakan dengan kerjasama dari Persatuan Penduduk dan juga Majlis Perbandaran Seberang Perai ( MPSP ). Saya macam biasa bangun awal pagi menyediakan keperluan memasak untuk berniaga petang nanti. Sambil masak sambil membersihkan kawasan.

Semasa membersihkan kawasan seseorang yang baru saya kenali menyapa saya, " awai no abang buat keja nak p nega bukan petang ke", soal mamat ni. Saya jawab " ya memang kena masak bihun dan sup la ni, nanti petang 3.30 anak buah nak p nega".

Saya meneruskan lagi mencabut rumput ditepi longkang besar sambil tersenyum. Kemudian mamat ni bertanya lagi, " sebulan RM2000 dapat tak bang nega kat Pasar Malam", saya hanya tersenyum dan menjawab " Insha Allah dapat kot". Dalam hati saya persepsi orang ni negatif sungguh dengan orang pasar malam.

Sebenarnya ramai lagi yang berfikiran seperti mamat tadi. Mereka beranggapan berniaga di pasar malam mungkin cukup-cukup makan sahaja dan mungkin juga mereka beranggapan kami semua adalah pemohon BRIM dan pelbagai bantuan kami pohon.

Ingin disini saya sangkalkan segala tanggapan tersebut walaupun mungkin ada sedikit kebenaranya. Dalam istilah perniagaan tiada pendapatan tetap walau apa sahaja perniagaan yang diusahakan baik kecil mahu pun besar. Untung rugi memang mainan peniaga. Kami dah manggli dah bak kata orang Utara dengan asam garam dunia perniagaan pasar malam.

Pendapatan bulanan adalah bergantung kepada jenis perniagaan seseorang, jika modal besar maka untungnya pun besar, jika modal kecil untung pun kecil dan rugi pun semestinya kecil juga.

Sama seperti saya dahulu bagaimana tanggapan isteri saya sendiri sebelum kami bernikah. Isteri saya adalah seorang guru ijazah dan mereka tidak pernah menyangka yang pendapatan seorang peniaga pasar malam mengalahkan gaji seorang guru besar. Anda surveylah sendiri berapa gaji seorang guru biasa dan guru besar. Malah saya tidak pernah memohon untuk menerima BRIM sebab saya rasa, memang saya tak layak dan saya tidak mahu menipu.

Kami tidak bekerja dari pagi hingga tengah malam. Pernah kawan saya semasa dalam tentera dahulu berkata, adakah saya mampu hidup menyara keluarga dengan berniaga di pasar malam. Mampukan saya?? itulah soalan beliau semasa kami akan bersara dari perkhidmatan 8 tahun yang lalu dan kini usia perniagaan pasar malam saya sudah mencecah 18 tahun . Beliau kini sedang bekerja di pelantar minyak dan 2 bulan sekali akan turun bercuti selama seminggu didarat.

Rasanya dah cukup panjang saya menaip..jari pun hampir kebas bukan sebab menaip tetapi disebabkan rasa nak beku dalam bilik beraircon ni hehhehehe..

Kalau anda ada niat nak bergelumang dengan hujan dan panas serta berpeluh jom nega kat pasar malam dan anda akan dapat nikmati keseronokkan berkerja sendiri...

Klik link bawah ebook anda ...

PANDUAN EBOOK NEGA PASAR MALAM ANDA DISINI, DAPATKAN SEKARANG

No comments :

Post a Comment