Feb 23, 2016

Ayam Goreng Terlaris Di Pasar Malam

Gelaran Mee Ayam Goreng Penang Yang Paling Hebat Di P.Pinang

Tahukah anda dimana untuk mendapatkan ayam goreng yang paling enak dimakan begitu sahaja!.

Pastinya ramai akan menyebut pelbagai lokasi samada di Pasar Malam atau pusat membeli belah yakni Shopping Komplek diserata Negeri masing-masing.

Pasar Malam yang banyak di Pulau Pinang merupakan sumber rezeki bagi penduduk Negeri ini tak kira samada yang asal atau pun yang berhijrah ke sini. Pulau Pinang memang sudah diistiharkan sebagai "Syurga Makanan Dunia", dan tempat pertama didunia. Kalau anda masih belum tahu sila ke pakcik google dan taip makanan dunia.

Hari ini saya akan bawa anda ke pasar malam Mengkuang Titi, sebuah lokasi pasar malam yang berada dalam kampung atau pinggir bandar. Lokasi yang dikelilingi dengan Taman Perumahan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan menyaksikan perniagaan pasar malam yang terbaik disekitar Seberang Perai.

Dengan nama jolokkan Mee Ayam Goreng, beliau merupakan seorang peniaga yang cukup gigih berusaha menjana pendapatan dengan perniagaan ayam. Resipi turun temurun yang diwarisi oleh keluarga beliau, Mee atau nama sebenar Azmi memulakan perniagaan sejak 17 tahun yang lalu.

Ayam goreng beliau memangnya cukup sedap dan ranggup apatah lagi harga seketul masih lagi hanya RM1.00 dan kita akui sukar mendapatkan harga yang begitu murah sekarang ini.

Menjadi tumpuan pelanggan-pelanggan sekitar Pekan Penanti, Guar Perahu, Tanah Liat dan B.Mertajam. setiap kali mula sahaja perniagaan, pelanggan sanggup tunggu untuk mendapatkan ayam goreng beliau apatah lagi soa juga merupakan tarikkan utama kerana resipi sos juga adalah buatan sendiri.

Perwatakan yang mesra pelanggan dan senyuman yang sentiasa terukir dibibir amat disenangi segenap lapisan pelanggan. Yang tua dan muda tidak pernah lupa datang setiap kali hari ahad di pasar malam Mengkuang Titi.

Apatah lagi beliau merupakan seorang yang pandai dalam segi agama dan menjadi rujukkan kami jika ada kemusykilan dalam soal agama. Jadi tidak hairanlah 2 orang anak beliau kini sedang melanjutkan pengajian ke Universiti tempatan dengan hasil jualan ayam goreng.

Masa yang paling hebat adalah sekitar jam 8 malam selepas waktu maghrib, tumpuan kepada ayam goreng beliau memangnya luar biasa. Belum jam 9 malam habis dijual dan adakalanya pelanggan terpaksa menempah seawal jam 6 petang kerana takut habis bila malam nanti. Yang datang membeli pula tak kurang dari 5 ketul seorang, " Memang sedap bang ayam goreng Mee, tempat lain tak dapat macam ni bang", ujar seorang pelanggan semasa berbual dengan saya.

Jadi apa anda tunggu lagi, jangan lupa temujanji anda di pasar malam Mengkuang Titi, Penanti menghala Ara Kuda setiap hari Ahad.

EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI DAPATKAN SEGERA SELAGI ADA STOK

Dalam Proses penyediaan dan dibantu anak beliau

Wajah ceria Azmi yang sentiasa tersenyum melariskan lagi ayam goreng beliau

No comments :

Post a Comment