Feb 14, 2016

Kenapa Anda Tidak Disukai Kawan-Kawan di Pasar Malam

Kisah yang ingin saya paparkan adalah

sesuatu yang kerap berlaku dan kisah

benar di Pasar Malam.

Ada peniaga yang sedar atau tidak

memang ianya berlaku dan mungkin

kepada diri anda sendiri dan ini adalah

salah satu kehidupan dan asam garam

dunia perniagaan Pasar Malam dan tidak

mustahil juga berlaku dalam dunia

pekerjaan lain.

Kisah orang tak suka pada diri kita atau

kita yang sensitif pada persekitaran dan

tidak pandai bergaul atau juga syak

wasangka.

Pasar Malam merupakan tempat

perniagaan yang mempunyai ramai

peniaga dan kalau nak dihitungkan

sesetengah pasar malam mungkin

mencapai 300 ke 400 jumlah peniaga.

Pelbagai ragam dan "Peel", akan kita

ketemu.

Ada yang semasa sedang mencari tapak

bersikap cukup peramah dan mesra,

saling tegur menegur dan sapa menyapa

tiap kali bertemu, namun bila dah dapat

tapak dan dah masuk setahun lebih

berniaga mula lah sikap

berubah...nampak

kawan yang rekomen tapak pun dah tak

nak tegur.

Di tapak pasar malam pula tidak mahu

bercampur dengan peniaga lain, bawa diri

sendiri. Tapi bila peniaga lain berkumpul

dan berbual datang pulak dalam dirinya

syak wasangka dan berfikir yang orang

sedang " mengata", soal dirinya.

Kemudian boleh dicakapnya pula yang

orang cemburu dengan perniagaanya

yang sedang maju dan jaya hehehe,

sebenarnya sikap yang dimiliki oleh

peniaga begini amatlah buruk sekali

kerana sifat syak beliau akan memakan

dirinya sendiri.

Justeru itu saya ingin menasihati peniaga-

peniaga pasar malam yang seangkatan

dengan saya, hindari sikap begini kerana

jika sikap ini terus ada dalam diri kita tak

mustahil lama kelamaan ianya akan

memakan diri kita sendiri dan pasti ramai

yang akan membenci diri kita dan apa

yang negatif dalam minda anda akan

menjadi kenyataan dan realiti....fikir

fikirlah sendiri wahai sahabat ku.

TIP BAGAIMANA UNTUK ANDA BERJAYA DIPASAR MALAM KAMI TUNJUKAN PADA ANDA DISINI

No comments :

Post a Comment