Feb 15, 2016

Pasar Malam Dulunya Hebat Tak Semesti Selamanya Hebat

Rata-rata peniaga pasar malam kebanyakkanya berniaga seminggu 5 hari sahaja dan ada juga yang 6 hari dan penuh 7 hari seminggu.

Dalam semua hari yang kita berniaga ada lokasi yang mantap yakni hebat dan ada juga yang untungnya tak seberapa. Tanyalah kepada mana mana peniaga pasar malam pun, jawapan yang bakal anda terima sama seperti yang saya nyatakan. Kalaulah semua lokasi yang kita niaga mantap maka dengan segera semua peniaga pasar malam akan cepat jadi Jutawan heheheehe.

Kalau dulu mungkin anda pernah berniaga di Pasar Malam Taman Pauh hadapan Politeknik S.Perai dan masa itu mungkin untung anda boleh mencecah sehingga RM1000 sehari tapi setelah 5 ke 6 tahun pendapatan bersih mulai susut di lokasi tersebut. Apakah faktor dan penyebabnya, mungkin harga barang mentah naik mendadak.....hanya anda sendiri yang mampu memberi jawapanya.

Dulu mungkin lokasi pasar malam anda di Mengkuang Titi hanya sekadar untung RM200 sehari tetapi kini dah cecah hingga RM600 sehari, apakah penyebabnya...hanya anda yang mampu memberi jawapanya...

Itulah asam garam perniagaan pasar malam yang sukar untuk diramalkan, apa yang termampu kita lakukan adalah buat yang terbaik dari segi masakan dan layout barangan disamping tidak lupa soal "PR", yang menunjukkan sifat peramah kita...muka mau senyum hehehe....jangan sampai orang tegur toke selekeh udah ler dan anak buah pun sama kena " Smart Alwiz"...

TIP TINGKATKAN JUALAN ANDA KAMI DEDAHKAN DISINI JOM BACA

No comments :

Post a Comment