Feb 13, 2016

Laman Sosial Medium Terbaik Promosi Pasar Malam

Jarang jarang sangat saya perhatikan kawan kawan yang promosikan produk perniagaan mereka melalui medium online iaitu di FB, Whataps dan sebagainya.

Bagi pendapat saya media sosial adalah medium terkini yang cukup mantap dan hebat untuk kita promosikan produk kita di Pasar Malam.

Jauh dan dekat orang dapat baca dan lihat bagaimana kita menjual produk kita selain menggunakan website dan blog yang memerlukan kita update sentiasa.

Mungkin ada dikalangan peniaga yang malu disebabkan barang jualan yang kecil namun bagi saya kecil atau besar bukan menjadi satu isu. Apa yang penting adalah untuk melariskan jualan kita. Kecil kecil pun kalau anda mampu menjual RM400 sehari dan modal RM200, anda sudah untung RM200. Di kali dengan 30 hari total dah RM6000 sebulan pendapatan bersih anda....x perlu ada ijazah nak dapat pendapatan macam itu.

Buangkan sifat negatif atau malu dalam diri, biarkan satu dunia tahu perniagaan kita kerana apa yang kita lakukan halal . Kita tidak meminta minta dari orang dan sebagainya....

Apa anda tunggu lagi, jom cepat cepat promosikan produk anda online..

BELAJAR CARANYA PROMOSI DGN KAMI DI SINI SEGERA

No comments :

Post a Comment