Mar 2, 2012

Kemarau Tak Kesampaian

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua yang sentiasa menantikan posting terbaru, maafkan saya kerana agak jarang masuk kesini...




Kebanyakkan dari kita peniaga pasar malam pastinya mengharapkan musim kemarau akan berlaku apabila mencecahnya Feb 2012 dan berharap agar perniagaan dapat berjalan dengan lancar pada sebelah malam hari.

Namun atas kuasa yang esa semua itu tidak kesampaian kerana bermula feb hujan mulai melewati setiap minggu dan masuk penghujung feb hujan mulai turun pada setiap hari di sebelah petang hingga ke malam dan saya pasti sedikit sebanyak akan menggugat perniagaan anda.

Jika di hitungkan purata hujan bermula minggu lepas Sabtu sehingga hari ini agak ketara kerana rata-rata kawasan pasar malam di sekitar Seberang Perai dan Pulau Pinang hujan turun agak lebat dan terus di bawa ke sebelah malam harinya, sebagai contoh kemarin di Pasar Malam Tasek Glugor, hujan turun dengan cukup lebatnya sehingga memaksa setiap peniaga terpaksa tutup perniagaan mereka seawal jam 8.30 dan 9 malam kerana tidak nampak tanda-tanda yang hujan akan berhenti sekitar jam tersebut. Termaksuklah diri saya sendiri dan saya mulai gulung tikar jam 9 malam.

Ramalan cuaca yang tidak dapat menentukan kadar hujan setiap hari dan maklumat yang tepat sukar untuk kita ikuti kerana cuaca sekarang ini amat tidak dapat di jangkakan kerana perubahan boleh berlaku dalam sekelip mata ...

Justeru itu saya berharap kepada rakan-rakan seangkatan agar banyak bersabar dan cuba minimakan modal anda dan buat sedikit budget sekadar berniaga untuk perolehi sedikit wang saraan harian dan ini sudah memadai..dan sekiranya ada keperluan wang yang lain...masa ini lah kita menggunakan wang simpana yang telah kita pelajari apa yang saya ajarkan bulan November tahun lepas, kerana kita tidak tahu bila cuaca begini akan berakhir.

Marilah sama-sama kita berdoa agar hujan dapat berhenti bila masa kita menjalankan perniagaan bagi memberi sedikit ruang untuk kita mencari rezeki, insyaallah....


DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM YANG MUDAH DI SINI

No comments :

Post a Comment