Salam dan selamat sejahtera. semoga anda semua sihat sejahtera. Minggu lepas cuaca agak suram tapi ada sinar kembali terang menjelmanya minggu ini dan harapan yang tinggi agar kita terus di terangi cahaya rembulan di malam hari.
Entry kita pada kali ini sedikit keras dan penuh dengan dendam kesumat yang keterlaluan barang kali la. Namun semuanya ini benar-benar berlaku dengan tidak mengira saudara terdekat atau jauh semu ini bisa berlaku terhadap diri anda dan kaum kerabat anda.
Pernahkah anda di hina, di maki, di cerca dek kesusahan anda dan nasib malang yang menimpa anda....jawapanya amat pasti, mungkin segelintir anda merasainya kerana tidak semua orang sukakan kita dan tidak semua orang bencikan kita malah yang menanti kejatuhan dan kehancuran kita lah paling ramai berbanding yang akan bersama kita di kala kejatuhan...
Mungkin anda juga pernah di fitnah oleh saudara anda seperti sepupu atau ibu saudara, bapa saudara dan sebagainya..mungkin semua ini berlaku kerana sifat iri hati mereka terhadap anda dan juga kejayaan anda....suatu ketika dahulu anda mungkin pernah makan gaji dan bekerja di kilang yang sama dengan saudara anda 15 tahun yang lalu. Di sebabkan anda ingin berubah dan mencari rezeki yang lebih maka anda telah berhenti bekerja di kilang tersebut dan mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan tak kira di mana sahaja, maka di atas kecekalan anda maka anda berjaya sekarang ...
Namun di atas kejayaan anda ada segelintir saudara mara anda yang sedikit kurang senang dan iri hati jadinya mereka menabur fitnah dan mereka sedaya upaya cuba bersaing dengan anda ...mereka akan lakukan apa sahaja untuk menandingi anda walaupun hakikatnya di luar kemampuan mereka termasuk membeli kereta mewah, rumah besar walaupun mereka terpaksa bersengkang mata siang dan malam untuk cari duit lebih hanya semata-mata nak menandingi anda termasuk membuat pinjaman bank walaupun terpaksa membayar ribuan ringgit hutang setiap bulan demi memuaskan hati irihati mereka?????
Kenapa saya bicarakan hal ini pada posting kali ini ???
Hakikatnya perkara ini memang benar-benar berlaku. Apakah tindakan anda selanjutnya?????
Jawapan dari saya mudah dan senang sahaja, anda tidak perlu membalas dendam atau menabur fitnah kepada saudara anda, cukuplah sekadar anda mendiamkan diri dan teruskan perniagaan anda tanpa sebarang masalah yang akan timbul, tidak perlulah anda membuat pinjaman bank semata-mata untuk berlawan semula, tidak perlu anda membeli kereta besar sekadar untuk menunjuk-nunjuk, apa yang penting anda haruslah melaksanakan tugas anda sebagai peniaga , biarlah sekecil mana pun perniagaan anda tetapi sebenarnya anda telah berjaya menganjak perubahan paradigma pada kehidupan anda dengan berusaha sendiri tanpa bersusah payah bersengkang mata siang dan malam..
Anda teruskan perniagaan anda seperti biasa, tingkat jualan anda dan lebihkan simpanan anda daripada melebihkan membayar hutang..itulah yang di namakan kejayaan sebenarnya, biarlah saudara anda bersusah payah sehingga ke usia tua untuk membayar hutang yang semakin hari semakin bertimbun...mereka inilah yang sebenarnya " LOOOSERRRR " bukannya anda.
Anda lah sebenar yang berjaya kerana anda mampu tidur lena setiap malam, berniaga hanya sekadar jam 10 malam dan tidur nyenyak selepas jam 10.30 malam berbanding saudara anda yang terpaksa bekerja di kala anda di buai mimpi indah dalam pelukkan isteri tercinta, fikir dan renung-renungkan...selamat beramal......
EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM KLIK DISINI SEGERA
No comments :
Post a Comment