Salam dan selamat sejahtera, semoga anda sihat hendaknya.
Rentetan menonton rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia dan Wanita Hari Ini bertarikh 17hb Feb 2012 amat menerujakan saya dan terharu sangat sangat sangat ...bercampur dengan sedih yang tak terkata berkaitan dunia hari ini yang mana di ceritakan dalam rancangan tersebut berkaitan Suami Dayus serta seorang isteri yang mengukur keimanan seseorang hanya dengan solat dan kopiah tinggi.
Sampai ahli panel pun mengucap panjang, namun saya ucapkan tahniah kepada seorang pemanggil wanita yang namanya mungkin sekadar nama samaran, beliau membuat pengakuan yang beliau telah bernikah pada usia yang muda sekitar umur 20an dan kini telah berusia 25 tahun ...suaminya pula berusia 31 tahun sekarang. Dalam pengakuan tersebut beliau menceritakan yang suami beliau tidak pernah bersolat atau mengaji membuatkan beliau telah mengambil keputusan belajar agama di kampung.
Semasa sedang belajar agama tersebut beliau telah tertarik dengan anak Ustaz yang mengajar mengaji tersebut kerana kewarakkan , rajin solat dan sering kali mengaji Al_Quran...beliau menjadi tertarik justeru itu maka berlakulah hubungan terlarang sehingga menyebabkan berlakunya Zina sebanyak 2 kali...nahuzubillah...pengajaran yang kita perolehi adalah jangan mengukur kebaikan atau ke aliman seseorang itu dengan apa yang kita nampak...bila dah jadi Zina memang susahlah apatah lagi dia isteri orang...hanya Allah yang maha mengetahui....meremang bulu roma saya...
Dan dalam rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia pula ..satu soalan telah di ajukan dari pemanggil bernama yang mungkin juga nama samaran..bertanya soal..seseorang suami yang tidak melarang si isteri yang tidak menutup aurat atau lebih tepat pemakaian tudung (Mini Telekung)...suami-suami sebegini di anggap Dayus dalam Islam dan tidak akan cium Syurga...namun itulah yang berlaku dalam masyarakat Islam di malaysia sekarang ni...Ambil lah pedoman tentang kisah ini...yang amat simple tapi kesannya amat besar///
DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA DISINI
No comments :
Post a Comment