Dec 12, 2016

Syirik Pelaris Dalam Perniagaan

Menggunakan Jin Untuk Laris Bisnes Undang Kemurkaan Allah S.W.T


Perkara yang wujud sejak sekian lama oleh pelbagai masyarakat.

Pangkat, kuasa dan mahukan keuntungan dengan cara yang mudah serta cepat menyebabkan ada

 individu sanggup membelakangkan hukum agama dengan menggunakan makhluk halus sebagai

pelaris atau pemanis.


Walaupun perkara berkenaaan dianggap sudah ketinggalan zaman namun masih mendapat

permintaan tinggi terutama daripada pemilik kedai makan untuk melariskan perniagaan mereka.

Malah, ada antara jurujual juga didapati menggunakan jin sebagai 'pemanis' supaya orang ramai atau

pelanggan tunduk kepada mereka dan mengikut saja kemahuan akibat penangan penggunaan

 makhluk halus itu.


Walaupun tindakan itu salah di sisi agama  namun hanya kerana tamak mereka sanggup mengambil

risiko dengan mempertaruhkan aqidah demi memastikan perniagaan dijalankan mendapat sambutan.

" Kebiasaannya, individu yang menggunakan khidmat jin untuk menjadikan dirinya kelihatan

menarik dan orang ramai pula tunduk kepada kemahuannya selain pemilik kedai makan dapat

menarik lebih ramai pelanggan," kata pengasas dan juga Pakar Kajian Alam Mistik Profesor Datuk

Dr Engku Ansaruddin Agus.


Pendedahan oleh Harian Metro semalam berkenaan permintaan khidmat jin mendapat permintaan

tinggi dan mempunyai pembeli tegar amat mengejutkan hingga ia dijadikan bahan dagangan oleh

segelintir pengamal ilmu hitam demi mendapat keuntungan berlebihan.


Dengan harga antara RM500 dan RM1,000 setiap satu jin pengamal ilmu hitam itu akan menjalankan

 tugas 'tuan barunya' termasuk memberikan rasa hormat, pelaris perniagaan, menimbulkan gerun dan

penunduk bergantung kepada hasrat pemilik
.

Selain itu, beliau berkata, pengamal dan pengguna ilmu hitam itu perlu mengetahui bahawa

penggunaan 'pelaris atau pemanis' terbabit boleh mendatangkan keburukan kepada pemakainya

malah turut menyusahkan ahli keluarga yang lain.

"Setiap pemilik atau pengamal ilmu hitam ada pantang-larangnya dan sekali gus perbuatan berkenaan adalah syirik kerana kita tunduk kepada kemahuan makhluk halus.

"Sebaiknya adalah mengamalkan sunah Rasulullah dan ayat suci Al-Quran dalam melariskan perniagaan atau kekal menarik kerana ia lebih banyak memberi kebaikan kepada pengamalnya," katanya.

Admin amat berharap agar kawan-kawan seangkatan dalam perniagaan pasar malam menggunakan jalan yang benar untuk mengaut keuntungan dan jauhkan perkara syirik.


No comments :

Post a Comment