Dec 2, 2016

Etika Whatsapp

Whatsapp Mempertemukan Sahabat Lama Dan Whatsapp Juga Memecah Belah Sahabat


Hakikat Dan Kebenaran Yang Tak Boleh Dinafikan...

Whatsapp diperkenalkan bertujuan memudahkan perhubungan antara seseorang, begitu juga fb bagi

membantu menyalurkan maklumat samada pelajar atau pekerja dan berhubung sesama rakan.


Whatsapp mempertemukan kita (yakni kawan lama yg terputus hubungan) dan Whatsapp juga

memecah belah sesama kita akibat tidak sehaluan dan tidak sependapat serta masing-masing cuba

menegakkan hujah sendiri.


Namun dalam etika berwhatsapp perlu diingatkan bahawa setiap orang berhak menyuarakan pendapat masing-masing dan apa sahaja senda gurau dalam berhubung dengan medium ini tidak semua ahli

kumpulan mempunyai pendapat yang sama.


Akibat tidak sehaluan inilah maka pelbagai perkara negatif bakal berlaku sesama ahli dalam

kumpulan atau group whatsapp tersebut. Mulanya perbualan biasa dan akhirnya berkesudahan

dengan dendam amarah yang meluap-luap akibat hati disakiti. Anda boleh fikirkan sendiri apa bakal

berlaku sesudah itu.


Pastinya akan ada yang meninggalkan group (left group). Ada juga yang masih kekal dalam group

tersebut namun akan sentiasa mencari pasal sekiranya orang yang beliau dendami membuat apa

sahaja posting dengan niat agar komen tersebut di balas dengan komen negatif. Maka akan marak api

kemarahan sehingga ada ketikanya di bawa hingga ke dunia luar. Perkara ini pernah berlaku sehingga berlakunya pertumpahan darah.


Dalam berwhatsapp setiap dari ahli perlulah mempunyai jati diri yang tinggi dan jiwa yang kental.

Jangan terlalu mudah sensitif dengan apa yang diperkatakan oleh ahli kumpulan. Sikap mendiamkan

 diri dan sekadar menjadi pembaca juga bukanlah sesuatu yang baik. Untuk memeriahkan group dan

bertahan lama seharusnya setiap ahli kumpulan perlu memainkan peranan masing-masing. Mungkin

ada orang berkata whatsapp untuk menyalurkan maklumat kiranya ada kecemasan, namun bagi saya

....medium lama juga boleh digunakan seperti messenger dan talipon. Justeru itu mereka sekadar

menjadi pemerhati. Lama kelamaan ahli group lain juga semakin hari semakin hilang idea lantas

menjadi pemerhati juga. Akhirnya group whatsapp tersebut akan berkubur.


Sebab itu saya sentiasa ingatkan kawan-kawan agar tidak terlalu merendah diri dengan apa yang kita

 ada dari segi kehidupan, pekerjaan, anak-anak dan keluarga masing-masing. Kita berkawan bukan

kerana harta, kita berkawan disebabkan kita pernah bersekolah, satu asrama, satu kolej, satu

universiti, satu kampung, satu intake, satu kompeni dan satu platun. Itu tujuan kita kembali

mewujudkan kembali kumpulan dalam whatsapp. Nasib dan rezeki seseorang tidak sama begitu juga

pandangan serta perangai juga berlainan. Kita jangan anggap kita suka itu orang lain juga suka

justeru itu sikap keterbukaan adalah "SOLUTION". Sebab itu saya selalu katakan " Don't Drop Your

 Self" ataupun "Do Not Down Your Self". Moto dan motivasi saya berikan pada rakan-rakan yang

terlalu negatif pada diri sendiri dan orang lain. Biar apa orang nak cakap...katakan yang anda lagi

hebat. Kehebatan seseorang tidak sama. Mungkin kawan anda hebat dari segi pelajaran namun anda

 hebat dari segi lain. Mungkin pekerjaan anda tidak sehebat rakan lain namun mungkin anda lebih

beruntung dari segi lain.


Pembersihan hati memainkan peranan paling penting untuk pembersihan minda. Kalau anda sentiasa

negatif pasti jiwa anda tidak akan tenteram. Siang malam asyik memikirkan apa yang ahli group

perkatakan maka anda sebenarnya seorang " LOSSER". Maaf kerana mungkin ianya agak kasar akan

tetapi bukan ditujukan kepada anda...ianya kepada mereka-mereka yang sering bersikap negatif. Prof

DR Hamka pernah berkata, " Manusia yang paling rugi adalah yang sentiasa mengenang perkara

lepas dan enggan melepaskanya.


Ada ketikanya mereka yang negatif, ahli group berbicara sesuatu perkara dia akan anggap orang

sedang memperkatakan dirinya...ahhhh cukup sensitif...


Lontaran idea seseorang perlu kita hormati walaupun hakikatnya idea tersebut tidak matang atau

logik akal untuk diterima...teguran bukan bermakna marah atau sakit hati...itu perbincangan normal

 bagi mereka yang berminda positif namun tidak kepada yang negatif...


Kita perlu sentiasa berfikir secara rasional dan terbuka untuk menerima segala segala pendapat tanpa

mempunyai prejudis atau prasangka. Orang yang berfikiran positif akan sentiasa berminda sihat,

hidup ceria dan bahagia selalu.


Setakat itu untuk malam ini, andai ada kata dan silap saya mohon jutaan ampun dan maaf...Ini

hanyalah sekadar pendapat saya ..



No comments :

Post a Comment