May 15, 2016

Chef Brian Chef Pasar Malam

Chef Brian Mengangkat Martabat Peniaga Pasar Malam, Chef Brian Memang Hebat


Kini anda boleh ikuti perkembangan terkini perniagaan pasar malam bersama Chef selebriti terkenal Chef Brian yang akan ke udara di TV 1 setiap Ahad jam 12.30 tengahari.

Rancangan masakkan yang dihostkan oleh Chef  Brian rasa saya sudah pun ke udara hampir setahun lamanya yang mengupas menu-menu makanan diniagakan di pasar malam.

Rancangan yang mengutarakan produk jenama pasar malam amat dialu-alukan oleh kami peniaga pasar malam dan secara langsung dan tak langsung dapat mempromosikan makanan di pasar malam yang masih ramai lagi tidak mengetahuinya.

Mungkin masih ramai rakyat Malaysia yang tidak pernah atau jarang ke pasar malam kerana persepsi makanan di pasar malam kurang sihat atau tidak bersih. Kalau begitu kenapa penggambaran ini boleh di buat. Ini membuktikan variasi makanan yang di jual di pasar malam sukar didapati di tempat lain dan di kedai-kedai atau restoran.

Sebagai contoh saya berikan adalah menu bihunsup dan laksa yang lebih sinonim dengan pasar malam dan jalanan. Kerana bihunsup amat sukar untuk didapati di kedai dan kalau ada pun sukar untuk melihat dalam kuantiti periuk besar seperti yang kami jual di pasar malam, mungkin juga keenakkannya berbeza dari pelbagai sudut.

Begitu juga dengan laksa yang sukar dilihat dijual di kedai makan kerana ianya lebih sesuai dijual di pasar malam.

Setinggi tahniah dan terima kasih saya mewakili peniaga pasar malam ingin mengucapkan kepada RTM dan TV 1 serta Chef Brian yang mengorak langkah mempromosikan produk perniagaan kami di pasar malam. Ini merupakan satu anjakkan paradigma alaf baru bagi mempromosikan pasar malam di mata masyarakat umum yang kurang peka wujudnya menu variasi makanan paling hebat di pasar malam.

Anda juga jangan ketinggalan berkunjung ke pasar malam untuk mendapatkan pelbagai menu kegemaran anda dengan harga yang murah namun kelazatan dan kualitinya tetap hebat.



Chef Selebriti Chef Brian memang seorang Chef yang hebat dan pandai mengacarakan rancangan ini dengan gaya yang mudah di fahami


Terima kasih tidak terhingga kepada Chef Brian dan RTM serta TV1

No comments :

Post a Comment