Apr 15, 2016

Pembetulan Gaji Bukan Kenaikan Gaji

Kekeliruan Penjawat Awam Terjawab


Rata-rata penjawat awam apabila melihat pekeliling yang dikeluarkan semalam berasa tidak puas hati kerana mereka sebenarnya salah faham . Ini bukanya Kenaikan Gaji atau Perubahan Gaji tapi adalah pembetulan gaji.

Secara ringkasnya saya ulaskan adalah pelarasan gaji minimum yang ada sekarang ke tingkatan yang lebih baik dengan erti dan maksudnya adalah kalau dulu semasa masuk bekerja menggunakan Sijil SPM gaji pokok adalah RM935 tetapi mulai 1 Julai 2016 gaji pokok SPM adalah RM1,352. Mudah bukan...harap anda faham.

Lapor Harian Metro Pelaksanaan Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuatkuasa 1 Julai 2016 ini hanya membabitkan Pembetulan Gaji dan Bukannya perubahan gaji.
Menurut sumber, semakan yang dibuat hanya membabitkan skim perkhidmatan awam dan bukannya semakan gaji.

"Semakan gaji membabitkan struktur gaji keseluruhannya, apabila dinyatakan semakan skim ramai yang berpandangan ia semakan gaji sebaliknya semakan terhadap skim perkhidmatan awam.
"Rasionalisasinya ini bertujuan memperkemaskan pengurusan skim perkhidmatan awam", katanya.

Sementara itu, Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata, pihaknya menyambut baik rasionalisasi itu dan memberi kelegaan kepada penjawat awam seluruh Malaysia.

Ada peningkatan dari segi gaji minimum sebagai contoh jika dahulu paling rendah RM800 dan mereka bakal menerima gaji RM1,200 manakala kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima gaji RM1,352 berbanding RM935.

Ini disebabkan ada gred peningkatan dari segi gred misalnya, Gred 17 ke 19 serta Gred 27 ke 29 malah, perubahan ini mengambil kira kelayakan akademik asas kata Azih Muda.
Juga beliau berharap penjawat awam berhemah dalam melakukan perbelanjaan.


Nota: Di harap semua penjawat awam memahami apa yang dinamakan PEMBETULAN GAJI


                    PANDUAN KHAS BUAT ANDA BERNIAGA DI PASAR MALAM


No comments :

Post a Comment