Apr 16, 2016

Ibubapa Sanggup di Abaikan

Anak Yang Di Kandung 9 Bulan Sanggup Sisihkan Ibu


Sedih bila saya membuka keratan Harian Metro kisah ibubapa diabaikan anak-anak. Tergamak mereka abai ibubapa sendiri yang bersusah payah membesarkan mereka sebesar tapak kaki, dihumbannya ibubapa ke rumah orang jagaan orang tua-tua tanpa sedikit pun rasa bersalah.
Saya harap di kalangan kita peniaga pasar malam janganlah bersikap begitu dan jangan biarkan mereka di rumah orang tua-tua.


Walau susah mana pun kita dengan pasar malam, walau kerugian pun tidak tanggung ibubapa jangan diabaikan. Ibubapa kita makan tak banyak mana pun, kalau kita makan ikan kering ibubapa tak akan minta ikan merah, kalau kita makan ayam itulah juga makanan ibubapa kita.

Kenapa perlu sisihkan ibubapa dari hidup kita sedangkan syurga dibawah tapak kaki mereka.
Kalau ya pun ada perselisihan faham, kenapa di usia senja mereka kita harus berdendam. Kenapa perlu biarkan mereka terkulai layu di tepi jalan, berteduh di stesen bas, menumpang rumah orang, menagih simpati jiran sedangkan kita masih ada yang punya hubungan darah daging dengan mereka.

Tidakkah anda rasa bersalah, tidakkah anda rasa berdosa, tidakkah anda sedar perbuatan anda mengundang pintu neraka terbuka seluas-luasnya untuk anda. Kenapa perlu durhaka kepada sesorang yang bergelar ibu dan bapa. Tangan itulah yang mendukung anda tatkala masih bayi, tangan itulah yang menyuapkan anda sekepal nasi.

Mereka sanggup berlapar demi melihat anda kenyang, mereka sanggup meredah hutan belukar demi melihat anda sihat ketika anda diserang denggi berdarah dan mereka korbankan masa muda mereka demi pelajaran anda.....

Mungkin bagi yang pandai menjawab akan berkata " itu tanggungjawab mereka membesarkan kami, itu tanggungjawab mereka memberi pelajaran dan itu tanggungjawab mereka menyediakan kelengkapan kami", pandai anda menjawab.

Tapi dimanakah tanggungjawab anda sebagai seorang anak yang lebih bertanggungjawab terhadap seorang ibu tua. Apa kah agama yang kamu anuti dan apakah pegangan dalam agama kamu.
Setiap agama tidak pernah mengajar mengabaikan kedua ibubapa. Apatah lagi sehingga meninggal dunia hanya di rumah orang tua-tua.

Di sini saya soroti kisah sedih oleh yang diceritakan oleh seorang yang amat baik hati juga bekas seorang jururawat hospital kerajaan dan berasal dari Pontian, Johor sejak tahun 2000 apabila tidak sampai hati melihat warga emas ditinggalkan begitu sahaja  selepas dibenarkan keluar wad.


Kisah 1

Pak Cik Amran dibuang oleh anaknya sendiri bagaikan kucing kurap di tepi jalan berhadapan Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua
Al-Ikhlas, Puchong pada awal pagi.
Ditemui ketika penghuni penghuni rumah itu bersiap menunaikan solat subuh.
Selama 2 tahun pakcik Amran menghidap angin ahmar dan badanya di penuhi kudis, hingga kudisnya baik di rawat dia menghembus nafasnya disitu tapi tiada seorang pun anaknya datang menjengah.


Kisah 2

Hanya dikenali sebagai makcik Mami, berusia 90 tahun turut ditinggalkan anak-anaknya dengan beberapa beg pakaian. Kini sudah 8 tahun dia berada dirumah jagaan itu yang sudah nyanyuk.
Selama itu juga, anak Mak Cik Mami tidak pernah datang menziarahi ibu mereka.


Kisah 3

Seorang wanita warga emas dihantar anaknya ke rumah jagaan itu sebaik keluar dari Hospital Putrajaya kerana menghidap kanser.
Dijaga dirumah orang tua-tua itu selama 2 tahun tanpa sekali pun dijenguk anaknya sehinggalah meninggal dunia.

Sejurus meninggal, Muji (Pengurus dan Pentadbir Rumah Orang Tua-Tua) menghubungi anaknya memaklumkan khabar duka itu. Bagaimanapun si anak memberitahu "tak dapat datang" untuk menatap wajah ibunya buat kali terakhir, apatah lagi mahu mengurus jenazahnya.
Itulah serba sedikit kisah yang berlaku penganiayaan anak-anak terhadap ibubapa, wajarkah ibubapa dihantar ke rumah orang tua-tua dengan alasan sibuk bekerja dan disana mereka lebih terbela dan terjaga.....hampehhhhhhh bagi saya jawapan itu.

Ambil ikhtibar kisah ini, beri perhatian pada ibubapa anda sekarang kerana kehidupan ini umpama roda ....akan datang sila lah tunggu, anak-anak anda juga akan mencampakkan anda ke tepi jalan bukannya tepi jalan rumah orang tua-tua tetapi ditepi hutan penuh dengan jin pelesit dan binatang buas....baru la ada akai....







No comments :

Post a Comment