Feb 25, 2016

Zaman Moden Tikus Makan Bihunsup

Tikus Sekarang Makan Sedap-Sedap Hehehe


Pernah suatu ketika dahulu masa zaman kanak-kanak, selalu saya dengar orang tua-tua cakap kalau ada tikus dalam rumah kena bisik ja dan tak boleh sebut nama atau panggilan " Tikus", sebab kalau tikus tu dengar dia akan tambah mengganas. Panggilan yang harus kita sebut adalah " Cik Ti", sebutan panggilan nama manja bagi Si Tikus hehehe.

Tapi sekarang ni tikus dah tak mengganas dalam rumah tapi di luar rumah dan berkeliaran di longkang-longkang kawasan luar yang terdapat bekas bihunsup yang tertumpah. Yang sempoinya siang hari pun Cik Ti berani serlahkan diri seolah-olah tak takut mati . Berkeliaran dalam kawanan 3 ke 4 ekor makan sisa-sisa bihun yang tertumpah.

4 tahun lepas yang paling banyak pernah saya lihat hampir 10 ekor berebut-rebut makan bihun tu dengan pelahabnya tanpa mengendahkan orang yang lalu lalang. Dah pelbagai cara saya lakukan untuk menghalau kawanan Si Tikus ni namun gagal sebab ubat power masih belum ditemui...

Ada kawan-kawan cakap, beli ubat biji macam coklat bila dia makan , maka tamat la riwayatnya......
Mmmmmmm saya dah cuba macam-macam dah tapi hasilnya tikus tu makin lama makin beranak pinak dan siap bawak anak-anak kecik mai makan bihun...hahaha.

Tapi akhirnya dan finally saya jumpa juga ubat yang paling sedap untuk nak hapuskan Cik Ti ni bila dijual di pasar malam tempat saya berniaga di Tasek Glugor. Racun tikus tu macam dalam gambar tu, berupa serbuk berwarna pink. Tapi kuantiti punya la ciput dan harganya kalau tahun lepas sebelum GST RM1.40 tapi sekarang ni dah RM1.80 sepeket.

Cara letaknya cukup mudah, hanya taburkan pada laluan tikus tu sahaja dan kesannya amat menakjubkan sangat-sangat. Bila tikus tu lalu dan menghidu racun tu maka tak sampai pun 2 minit tikus tu akan jadi pening serta kehausan, kalau anda main-main dengan tikus tu pun dia tak lari akibat kesan racun tersebut. Dalam tempuh 5 minit perut tikus tu akan memboyot..
Buncittttt le...dan terus mati disitu juga.

Tapi amaran keras dari saya jangan gunakan racun ini didalam rumah kerana ditakuti kesannya hanya berbau bangkai sahaja tapi tikus tu kita tak jumpa heheehe...
Longkang ni la tempat depa dok makan-makan bihunsup


Lubang ni kalau tak tutup siap la penuh depa dok panjat nanti.

No comments :

Post a Comment