Feb 26, 2016

Keropok Lekor Paling Hangat Di Pekan Hari Penaga

Pekan Hari Penaga Keropok Lekor Paling Laris...
Salam dan selamat sejahtera buat semua sahabat yang sedang menjalankan perniagaan di pasar malam Arowana, sebuah pasar malam yang paling besar dan yang paling ramai peniaga menjalankan aktiviti perniagaan di Seberang Perai dan Pulau Pinang.
Dianggarkan terdapat hampir 700 lot tapak niaga disediakan di pasar malam Arowana ini. Kalau anda yang pernah kesana pastinya mudah anda gambarkan, namun pada mereka yang belum pernah jangan lupa kesana nanti.
Baiklah, hari ini saya akan membawa anda ke Pekan Hari Penaga yang terletak dalam jajahan Kepala Batas, Butterworth.
Disini berlakunya aktiviti perniagaan seumpama pasar malam cuma bezanya perniagaan dilakukan pada siang hari dan disebut Pekan Hari.....
Lokasi ini terdapat seorang sahabat saya yang menjual Keropok Lekor dengan terhangat sekali dan sebab digoreng menggunakan minyak panas hehehhe, kena gurau-gurau la sikit baru best tak la serius sangat.
Dalam gurau-gurau ingin saya maklumkan pada anda yang keropok Lekor sahabat saya paling laris disini walaupun terdapat hampir 9 peniaga Keropok Lekor lain.
Azhar Yakhim aka Che Ard panggilan mesra oleh sahabat pasar malam memang sudah sinonim dengan perniagaan pasar malam dan pekan hari sejak 17 tahun yang lalu, kemahiran Che Ard menilai jenis-jenis keropok sesuatu yang amat hebat dan beliau dapat menilai keropok mentah yang banyak dengan ikan atau tepung.
Justeru itu tidak hairanlah kenapa Keropok Lekor dan Keropok Kering Che Ard amat laris disini. Sehinggakan beliau terpaksa menggoreng dengan menggunakan 2 kuali demi memenuhi kehendak pelanggan yang menunggu sejak beliau baru tiba ke tapak pekan hari.
Sifat Che Ard yang melemparkan senyuman dan riang amat disenangi oleh sahabat dan pelanggan, pegangan agama yang kuat sering menjadi rujukkan kami dalam sebarang kemushkilan agama
Dibantu oleh isteri dan pekerja, perniagaan Che Ard setiap hari semakin maju dan laris. Keropok Lekor beliau yang penuh dengan ikan amat memikat hati pelanggan dan gerai beliau sentiasa sahaja dipenuhi pelanggan...kalau di pekan hari Penaga waktu menjual seawal jam 8 pagi hingga 2 petang namun Keropok Lekor Che Ard habis seawal jam 11.30 pagi....
Pernah seorang pelanggan memaklumkan kepada saya " abang, saya kalau tak dapat beli Keropok Lekor Che Ard pagi ni, saya sanggup pi pasar malam kat mana Che Ard niaga", tu diaaaaaa sampai macam tu sekali....
Jadi terbukti yang anda dalam kerugian jika tidak merasa Keropok Lekor Che Ard, apa lagi jangan lupa temujanji anda ahad akan datang dengan Che Ard....
Ard Keropok Lekor yang sentiasa tersenyum girang menambahkan lagi kelarisan keropok beliau.


Keropok Lekor yang diikat kemas dan kelihatan menyelerakan sememangnya dinantikan pelanggan.

Baby Lekor yang sentiasa kehabisan walaupum baru sahaja digoreng.

No comments :

Post a Comment