Feb 7, 2016

Tahun Baru Cina Dan Pasar Malam

Semalam dan juga hari ini ramai yang sibuk mengemas barang-barang untuk balik ke kampung semperna cuti perayaan tahun baru Cina 2016.

Ada juga yang sengaja buat " havoc", nak balik kampung macam dia sorang je ada kampung halaman, di Malaysia tak kira apa sahaja perayaan iaitu Raya Puasa, Raya Cina dan Deepavali segenap Masyarakat akan jadi kelam kabut, itulah yang disebut sebut sebagai 1Malaysia.

Negara yang paling banyak cuti adalah Malaysia sebab itu warga asing cukup suka bekerja di Malaysia kerana gaji yang lumayan dan cuti yang panjang tambahan pula dengan termeterainya TPPA hak warga asing dengan rakyat adalah sama rata dari segi gaji dan apa apa faedah pekerjaan.

Kami peniaga Pasar Malam juga tidak terlepas dari bahang cuti tahun baru Cina cuma tidak semua yang akan bercuti. Rezeki berniaga harus diteruskan kerana ini mata pencarian kami untuk menyara keluarga. Memang hasrat hati cukup seronok kalau bercuti namun kerja harus diutamakan....kami bukan seperti anda yang makan gaji bulanan dan anda tidak perlu fikir apa apa...cukup bulan cucuk jer dapat duit hehehehee...

MUNGKIN ANDA NAK TAMBAH PENDAPATAN BULANAN DENGAN PASAR MALAM, JOM KAMI LATIH ANDA DISINI

No comments :

Post a Comment