Feb 7, 2016

Angin Kuat Melanda Pasar Malam Pulau Pinang

Nak dikatakan ribut tidak lah sangat namun angin boleh dikatakan agak kuat, anggaran saya mungkin dalam 70KM sejam melanda di seluruh negeri P.Pinang dari tengahari tadi hingga sekarang ini.

Mungkin setiap lokasi kelajuan angin berbeza dan kawasan yang paling kuat berhampiran tepi pantai.

Lokasi Pasar Malam kami hari ini adalah Mengkuang Titi arah Penanti dan menuju ke arah Ara Kuda.

Angin yang melanda menjadikan Pasar Malam Mengkuang kelam kabut kerana peniaga terpaksa memegang payung dan khemah. Paling masalah yang menggunakan Kanopi 15kaki 10 kaki kerana sekali angin membadai ada yang terbalik.

Sahabat yang berada dihadapan saya kanopi beliau hampir terbalik dan wayar wayar semua putus menyebabkan beliau terpaksa berniaga didalam gelap. Perniagaan malam ini agak laju dan penuh dengan pelanggan.

Kami terpaksa berusaha sedikit lebih dengan memegang payung dan tarpan ukuran 20ka x 20ka. Kami masih beruntung sebab mempunyai pekerja yang cukup seramai 5 orang, syukur alhamdulillah.

Seorang sahabat saya yang berniaga keropok Lekor di Pasar Malam Datuk Onn, Seberang Jaya diuji Allah. Angin yang membadai secara tiba tiba telah menyebabkan meja dan kuali yang sarat dengan minyak masak terbalik....ujian Allah yang menuntut kesabaran yang tinggi....

Sehingga kami tutup perniagaan malam ini dan semasa saya menulis bloq ini angin masih lagi membadai dengan kuatnya....Ya Allah kami redha dengan ujian dan dugaan mu...

TIP DAN CARA HADAPI SUASANA ANGIN KAMI AJAR ANDA DISINI

No comments :

Post a Comment