Feb 2, 2016

Persiapan Bahan Mentah Semperna Tahun Baru China 2016

Minggu hadapan semua kita ketahui tahun Baru Cina akan disambut pada 8 dan 9hb Feb 2016 iaitu hari isnin dan selasa. Namun ahad 7hb petangnya mereka akan berkumpul makan besar bersama seisi keluarga...

Anak anak perantau akan kembali ke kampung halaman masing-masing untuk bersama keluarga dan sahabat handai menyambut tahun Baru Cina yakni Kalendar Baru Masyarakat Tiong Hua.

Bagaimana pula persiapan kita sebagai peniaga pasar malam?.

Pastinya kedai kedai runcit mereka akan ditutup selama 3 ke 4 hari dan sedikit sebanyak menjejaskan stok barangan kita. Sayur, ikan, halia, bawang dan pelbagai barangan lain sudah tentunya mengalami sedikit masalah disebabkan perayaan ini.

Nasihat saya perkara paling baik adalah membeli stok simpanan selama seminggu untuk barangan yang kita jangka akan mengalami masalah stok perolehan. Saya sendiri sebagai contohnya akan memyimpan stok bihun, bawang, halia, kayu manis, buah pelaga, lada hitam, cili Melaka dan sebagainya.

Macam susu, gula, milo dan bahan membuat air tak timbul masalah sangat sebab dimana mana kedai ada menjualnya...tambahan pulak Hyper Market Mydin baru sahaja dibuka di Jalan Baharu, B.Mertajam dan pelbagai stok boleh didapati disana dengan harga yang cukup murah...

DAPATKAN PANDUAN EBOOK BUAT ANDA MULAKAN PASAR MALAM ANDA SEKARANG

No comments :

Post a Comment