Feb 2, 2016

Musim 2016 Harga Pun Baru

Dalam sedar atau tidak kini sudah pun masuk bulan Februari 2016, terlalu pantas masa berlalu tanpa kita sedari.

Kenaikan harga barang sering diperkatakan setiap masyarakat Malaysia termasuklah warga asing yang tak tau pa ceta pun tapi pandai sembang pasal kenaikan harga yang cukup ketara sekarang ini.

Tahun lepas pada bulan April, Mei dan Jun harga daging mentah naik setiap bulan. Walapun kenaikan hanya 50sen dan 3 bulan menjadikanya Rm1.50 dan mungkin nampak sedikit sahaja pada anda semua tetapi bagi saya ianya cukup tinggi.

Rm1.50 x dengan 20 kilo sehari , ia akan jadi RM30 sehari dan dikali dengan 1 bulan (30 hari ). So sebulan sudah jadi RM900. Bolehkah anda nampak disitu berapa nilai ringgit yang hilang pada keuntungan bersih saya. Kami cuba bertahan sehingga Disember 2015 namun kami sudah tidak berdaya lagi menanggung segala kos dan kos kenaikan baru yang naik mendadak secara tiba tiba.

Justeru ketidaktentuan harga barang dan bahan mentah ini maka kami terpaksa naikkan harga bihunsup biasa iaitu daging dan ayam RM4 semanggkok, rasanya harga masih lagi pada paras harga patut dan masih murah dibandingkan dengan peniaga lain.

EBOOK PANDUAN NEGA DIPASARMALAM LENGKAP DISINI

No comments :

Post a Comment