May 25, 2015

Tapak Bazaar Ramadan 2015 - Masjid Daerah Bandar Baru Perda

Salam dan selamat sejahtera buat semua peminat blog pasar malam... maafkan saya sebab dah lama tidak membuat sebarang entry akibat kekangan masa yang terlalu padat menguruskan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini.

Tidak sampai sebulan lagi kita akan menjalani ibadah puasa bagi tahun 2015 dan setiap peniaga pasar malam sedang mencongak untuk berniaga di bazaar ramadan yang mana satu untuk mendapatkan pulangan yang lumayan bagi tahun ini.

Sesetengah peniaga yang telah lama berniaga pastinya tidak mempunyai masalah kerana mereka telah mempunyai tapak yang agak kukuh dengan pulangan pendapatan yang agak lumayan. Namun begitu ada juga peniaga pasar malam yang kurang gemar berniaga di bazaar ramadan kerana pendapatan di pasar malam agak lebih lumayan berbanding bazaar ramadan, tetapi disebabkan bulan ramadan pasar malam kurang mendapat sambutan maka mahu atau tidak mereka terpaksa juga berniaga di bazaar ramadan .

Sambutan yang agak kurang hangat untuk mengambil borang di bazaar ramadan masjid daerah bandar perda menjadi kejutan kerana kalau mengikut tahun tahun yang lalu borang akan habis hanya dalam masa 2 hari sahaja, tetapi pada tahun ini borang masih ada sehingga Jumaat lepas setelah borang mula diedarkan 1 minggu yang lalu...namun apa puncanya tidak diketahui dan mungkin juga faktor yuran yang tinggi sehingga RM550 untuk satu tapak...

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BERNIAGA DIBAZAAR RAMADAN DISINI SEGERA

No comments :

Post a Comment