May 25, 2015

Kenaikan Harga Barang Di Pasar Malam (GST)

Ramai juga dikalangan peniaga pasar malam yang mulai merungut kesan GST pada 1 April yang lalu akibat kerakusan sesetengah peruncit yang menaikkan harga barang mentah dan ini sudah pastilah menjejaskan peniaga pasar malam yang rata-rata menjual produk makanan pada harga yang rendah...

Namun bila GST dilaksanakan maka kos bahan mentah meningkat secara mendadak dan peniaga pasar malam mulai merasa serba salah samada untuk menaikkan harga atau mengekalkan pada harga yang lama.

Pelanggan yang datang juga sentiasa bergurau, " Kena GST tak abang". PENIAGA yang bertanggungjawab dan perihatin tidak akan menaikkan harga barangan kerana walaupun dikenakan GST atas bahan mentah yang dibeli namun untuk menjaga hati pelanggan mereka akan tetap kekalkan pada harga lama walaupun keuntungan mungkin jatuh sedikit.

Saya sendiri contohnya masih mengekalkan harga bihunsup pada paras harga lama sebelum GST, cuma harga minuman terpaksa saya naikkan akibat harga susu, milo dan bahan untuk air meningkat 2 kali ganda..kalau nak dibandingkan dengan kedai nasi kandar maka harga saya masih jauh lebih rendah..dan saya harap pelanggan -pelanggan dapat memahaminya...kerana harga air balang di tepi jalan pun kini sebungkus RM1.40.

EBOOK BAZAAR RAMADAN TERDAPAT DISINI UNTUK MEMBANTU ANDA BERNIAGA

No comments :

Post a Comment